Bab 1 : Sara

8.7K 78 5
                                    

Sara's POV

PERKARANGAN Institut Tadbiran Awam Negara ataupun INTAN mulai sesak. Orang ramai mula membanjiri ruangan lobi utama. Masing-masing dengan luggage dan juga backpack besar yang memuatkan pakaian dan keperluan mereka sepanjang tiga minggu berkursus disini. Aku antara orang yang terakhir sampai disini. Aku lihat semuanya sudah sibuk dengan pendaftaran.

"Fuhh! You, I takut lah! Nanti I takda kawan dekat sini!" ucapku melahirkan rasa resah.

Razif menyapu lembut bahuku untuk menenangkan aku. Bagasi besar berisi pakaianku selama tiga minggu disini dia keluarkan dari bonet kereta. Beg sandang dia pakaikan ke lengan kiriku.

"Have fun dekat sini ye! I percaya you mesti akan dapat kawan baru, cuba bergaullah sikit ya. You tak lama lagi naik pangkat, ini salah satu cara you belajar berkomunikasi dengan bermacam jenis orang!",ucap Razif tenang.

Aku menghela nafas. Aku sendiri dihantar ke kampus ini untuk berkursus sebagai syarat untuk kenaikan pangkat di syarikat tempat aku bekerja. Bukan satu dua hari, tetapi menginjak ke tiga minggu. Apalah yang perlu aku lakukan disini tanpa tunang tercinta.

"Semua barang you dah ambik kan. Kalau ada apa-apa yang you perlukan nanti give me a call je sebab I stay dekat nearest hotel je untuk hari ni",balas Razif.

"Eh, kenapa? You taknak balik rumah terus ke?",soalku pelik.

"Taklah! Manatau ada masa you boleh slip out, kita boleh pergi dinner sama-sama atau you join je I dekat hotel sama-sama",balas Razif sambil tersenyum nakal padaku.

Aku tersenyum. Pandai dia cari cara buat aku gembira dan tenang.

"I rasa tak boleh la, sebab ikut tentatif program ni semua masa packed ada je aktiviti. Masa rehat pun tak banyak",ucapku sambil menunjukkan Razif kertas yang mengandungi jadual aktiviti untuk minggu ini saja.

"Yelah pula, takpalah. I just stay dekat hotel je incase you perlukan apa-apa untuk hari ni, esok malam I fly pergi KL. So at least takdalah terkejar-kejar nanti",balas Razif lagi.

"Okaylah kalau you dah kata macam tu. I masuk dululah ye, rasanya nak kena daftar masuk lagi ni. Nanti ada apa-apa I call you!".

Aku mengambil kedua tangan Razif dan menyalaminya. Sempat dia berikan ciuman di kedua belah pipi dan dahiku.

"Take care you, jangan lupa makan nanti ya!",pesanku usai bersalaman.

"Jaga diri kat kampus ya! Jangan nakal-nakal dengan other boys!",pesan Razif semasa dia sudah masuk ke dalam perut kereta. Kaca mata dipakainya dan memberikan senyuman sebelum kereta Honda Civic hitam itu memecut laju meninggalkan lobi Intan.

Aku menoleh ke arah lobi yang sesak, ada beberapa tangga yang perlu aku daki. Kemudian aku toleh ke arah luggage aku yang agak besar.

"Laa.. ada tangga je, sliding rail takda! Mampuslah nak kena panjat tangga ni!".

Aku mula bergerak menuju ke lobi dengan langkah yang cukup bersemangat. Luggage aku heret perlahan dan setibanya dia tangga aku cuba angkatnya.

"Omg! Beratnya..!",ucapku. Hampir berpinar biji mataku. Apa saja aku pack didalamnya sampai berat begini. Aku cuba lagi.. eh tiba-tiba ringan!

Seorang lelaki terus mengambil luggage aku dan bawanya ke atas. Tidak sempat aku menangkisnya, lagipun aku juga perlu bantuan. Alamak siapa ni?

"Thank you!",ucapku lembut.

INTANWhere stories live. Discover now