Part 1

903 30 5
                                    

Ira epilog

        Makin hari,semakin banyak cacian yang diterima olehku. Hanya disebabkan fizikalku yang sedikit berbeza berbanding yang lain. Berdosa kah aku?

        Hanya kerana diriku yang sedikit berisi ini, aku diperlakukan seperti binatang. Dihina dan selalu dibandingkan.

 
        Tidk setaraf kah aku dgn yg lain?

        Bukan aku yg minta jadi sebegini rupa. Apakah mereka terlalu sempurna sampaikan mereka boleh sesuka hati mencaci diriku ini??

-----------------------------------------------------------------------------





        "Hoiii badak air!!!!"

        Satu jerkahan yang berjaya membuat nadirah berpaling..yess. Itulah nama samarannya disekolah.


'badak air'....

        Nadirah melihat Nadim berjalan laju menghampirinya. Lelaki itulah yg menjerkahnya tadi.Apakah bala yang sedang menantinya.

        Nadirah terkebil kebil sementara muka Nadim pula sudah merah menyala menahan amarah.

        "Ya Allah,bala ape pulak yang datang ni" getus hati Nadirah

        "Ehh gemok ,kau ni memang jenis tak sedar dirikan. Ada hati nak dekat aku. Sedarlah sikit kau tu gemok. Badan dah lah macam badak air aku tengoknya. Dekat rumah kau tak ada cermin ke hah!!. Cermin sikit muka tu. Eee.. Buat malu aku jelah" bidas Nadim

        Merah padam muka Nadirah dengan kata-kata Nadim. Matanya berkaca-kaca dan mukanya merah menyala menahan malu. Dia tidak menyangka Nadim sama sahaja dengan kawan-kawannya yang lain.

        "Ap... apa yang awak cakap ni??" 

        "Apa yang aku cakap? Ni,ni buku sial kau ni. Kalau nak buat buku ni pun tak perlu nak bawa merata-rata" katanya sambil menunjukkan buku diari Nadirah

        Terkejut Nadirah apabila melihat buku diarinya yang hilang dua hari lepas kini berada di tangan Nadim

        "kau memang nak suruh semua orang tahu pasal masalah kau ke hahh?!! Macam tu? Kau nak orang simpati kat kau?!! Go to the hell!!! Orang tak kisah langsung pasal kaulah!! kau nak mampus ke apa. Tak ada seorang pun akan kisah. Kau dengan diari kau ni boleh pergi mampuss!!!" kata Nadim sambil melempar buku itu dan memijaknya.

        Sekali lagi hati nadirah hancur. Kali ini lebih teruk. Dengan kata-kata yang dilempar sebentar tadi dan buku yang dipijak itu ialah pemberian terakhir mamanya sebelum meninggal.Secara tidak sengaja juga, nadirah tertolak Nadim menyebabkan Nadim tersungkur jatuh. 

Nadim tidak mahu mengaku kalah. Dia memijak pula tangan Nadirah yang cuba mengambil bukunya kembali. 

        Nadirah meringis kesakitan apabila tangannya dipijak kuat oleh Nadim.

        Rakan-rakannya yang lain ada yang bersimpati atas nasib yang dihadapi oleh Nadirah dan ada juga yang tersenyum sinis. Ramai yang ingin menolong tetapi tidak berani kerana Nadim antara yang berkuasa disekolah itu. Mereka tidak mahu mempunyai masalah yang berkaitan dengan Nadim. Kawan-kawannya cuba menahan daripada terus menyakiti nadirah namun tidak berhasil

        " Weh Nadim, dahlah bodoh..Anak orang tu. Kau ada masalah apa hah??!!. Kalau kau tak puas hati sekalipun kau tak patut buat dia macam ni. Mak ayah kau ajar macam ni ke?!!"
tengking salah seorang kawannya shahrul.

        Dialah yang selalu membantu Nadirah ketika dia diejek dan dihina oleh orang lain.

        "Kau apahal nak cakap pasal mak bapak aku hah?!!. asal? Kau nak backup minah ni lagi ke bodoh? Kau minat dia kan? Aku tahulah bodoh. Kau dgn betina tu boleh pergi mampus! Kau dengan mak bapak kau sama ii b*d*h. Dekat dengan orang macam aku ni sebab nak duit je.B*d*h, dasar kikis" kata Nadim dengan bongkak. 

        Dia melihat Shahrul dengan sinis manakala kakinya masih memijak tangan Nadirah. Malah, dia makin menguatkan pijakkannya.

        Shahrul tidak dapat menahan diri apabila Nadim menghina kedua-dua ibu bapanya.

        Satu tumbukan tepat mengenai muka Nadim. Siapa lagi kalau bukan shahrul yang mula menumbuk Nadim. Dan, beberapa saat kemudian terjadilah aksi tumbuk-menumbuk.

Kebetulan pada masa itu seorang guru sedang melalui kawasan tersebut. Dia memberhentikan pergaduhan itu dan menyuruh mereka bertiga ke bilik disiplin.


---------------------------------------------------------------------------

So how your first expression? Saya tak lah pandai mana buat cerita..tpi saya cuba

tolong vote key kalau taknak komen pun..saya memerlukannya
hehehe..gurau je

So enjoy kay

cerita ni akan diupdate dua minggu sekali.
sorry ye guys.. I'm little busy. Muah cikit

Pujaan hati tengkuWhere stories live. Discover now