BAB 1 : SEJARAH

9 0 0
                                    

" Pada zaman dahulu , umat manusia , haiwan , tumbuhan & makhluk asing bebas bekerjasama. Setiap kawasan mempunyai pemerintah yang berwibawa termasuklah tempat kesayangan kita Bumi atau nama purbanya Gaia . Namun , aku akan menceritakan tentang sejarah kelam Anzimania  . Sekiranya engkau membaca warkah ini , mungkin diriku hanya sekadar sejarah . Jadi , hanyatilah warkah terakhirku yang akanku sampaikan . Dahulu , terdapat 10 planet di Anzimania .  Bumi (Gaia) , Suzo , Futon , Dhabi , Azana , Quert'o , Ricosta , Icicle , Chuayo & Aria . Planet sejuk beku , Icicle telah diperintah oleh sepasang suami isteri yang berwibawa bernama King Cronia & Queen Rexona . King Cronia & Queen Rexona mempunyai kesukaran memerintah kerajaannya disebabkan cuaca sejuk yang melampau . Namun , nasib kerajaan itu mula berubah setelah lahirnya anak sulung mereka pada tahun ke-9 pemerintahan mereka.  Princess Nahime  telah membesar dengan penuh kesenangan dan jayanya.  Beliau mempunya rambut yang mewarna merah jambu yang amat jarang ditemui pada ketika itu. Sejak kelahiran puteri Nahime , planet icicle tidak lagi sejuk seperti dahulu.  Keterujaan yang membara di dalam hati puteri Nahime telah berjaya diguna pakai untuk memanaskan suhu planet. Jadi , selagi mana puteri Nahime hidup , selagi itu tenaga itu berkekalan. Berkat kehadiran tuan puteri , kehidupan  masyarakat di planet icicle telah menjadi mudah . Pada usia puteri yang ke-27 , suatu serangan telah berlaku keatas planet Icicle . Tuan Puteri Nahime , telah diculik ketika kejadian itu berlaku . Al hasil , Planet Icicle kembali menghadapi cuaca sejuk seperti asalnya . Menurut lagenda , satu-satunya barang yang ditinggalkan ialah sebuah jam dan serangkap kata kata berbahasa inggeris .

" FOR MY SAKE OF LIVING , A PERSON NEEDS TO FIND THAT THING, TO EVERYBODY THAT LOVE TO MOCK , PLEASE FIND ME THAT CLOCK , AS THE BRITIAN MONEY IS CALLED POUND , LET JUST THE TRUTH TO BE FOUND "
                  - Princess Nahime , 27 , 1300
                    Past light year

Wahai si pembaca warkah ini , klu tentang jam itu terdapat didalam kata-kata ini . Berusahalah kamu mencari kebenaran tentang Puteri Nahime . Biar tuhan mengurus selebihnya . "

(Warkah 1 , Sir Mrod mc danial , 1900 b.c. )

-----------------------------------------------------------
" wah !! Tak sangka pulak dekat library ada benda macam ni. Nak curi lah " kata Ryan dengan terujanya

"Stop!!! Tak baik buat begitu Ryan " Tegur Alice

"Eh Alice , sorry " kata Ryan

Terkejut Ryan dibuatnya . Alice merupakan kawan Ryan sejak dari sekolah rendah sehingga Universiti. Walaupun melalui pelbagai kesukaran , persahabatan mereka masih lagi kekal . Alice sedang menyiapkan ijazah dalam bidang arkeologi manakala Ryan sedang menyiapkan ijazah dalam bidang bahasa. Mereka hanya menunggu masa untuk graduasi iaitu pada minggu hadapan .

"Alice , warkah ni ada chapter 2 tak ? " tanya Ryan

" Tak ada , memang tu satu je . Kalau kau nk try cari jam tu , kau boleh pinjam warkah tu dari library ni " kata Alice

"Oh , Ok! Jom teman saya pergi pinjam warkah ini . Pleeease !! " pujuk Ryan

"Eish !! Mengada-ngada je kerja . Jom lah ! " kata Alice

"Hehehe ...... Ok, Jom ! " kata Ryan dengan penuh teruja

Ryan lun pergi bersama Alice ke kaunter perpustakaan untuk meminjam warkah tersebut. Setelah berjalan sambil berbual, mereka pun menemyi kaunter peminjaman . Disitu , mereka menemui Pak Abu yang merupakan seorang pustakawan  yang bakal bersara bersara dalam sebulan. Setelah selesai proses peminjaman , Ryan dan Alice singgah disebuah kedai makan sebelum pulang ke asrama. Kedai makan itu bernama Le Franché de Rosé.  Alice telah memesan Chicken Golden Bleu dan Matcha manakala Ryan pula memesan Nasi Lemak Sambal Rusa dan Teh Limau Suam bersama cincau dan foam . Jumlah harga kesemua makanan ini ialah RM 52.90 . Merekapun meneruskan perjalanan menaiki kereta exora milik Ryan berdua-duaan . Setelah 15 minit perjalanan , mereka tiba di asrama .

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: May 16, 2021 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

PUTERI RAHSIA Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ