•CERITERA 2•

1.1K 176 13
                                    

MEREDITH memandang tajam satu persatu lelaki yang diikat melutut di hadapannya. Lelaki-lelaki itu turut memandang berani ke arahnya. Tajam juga.

Dan akhirnya Meredith mengangkat veil nipis yang menutup wajah ke kepala. Bibir merah bak delimanya menarik senyum manis ke arah mereka.

Lelaki empat bersaudara itu terkedu. Barangkali kerana kecantikan wajah itu. Sepatutnya orang lanun seperti perempuan ini comot wajahnya. Bajunya juga sepatutnya kelihatan lusuh dan usang. Seperti gambaran biasa lanun-lanun yang diceritakan kisah pada kisah.

Tapi ternyata lanun ini memberi mereka satu pandangan yang sungguh berbeza. Wajah mereka bersih dan kemas. Tubuh mereka gagah. Perempuan di hadapan mereka ini juga kelihatan gah dengan pakaian kulit dan mantel berbulu yang diperbuat dari beruang hitam.

Sepertinya lanun-lanun ini lebih maju.

"Berani sungguh pemuda-pemuda ini memecah masuk kapal aku. Apakah mau Tuan-Tuan sekalian ke mari?" Tanya Meredith tenang. Tangan sudah bermain-main di hujung pedangnya.

Diam. Mereka berempat hanya memandang lama wajah Meredith. Rambutnya hitam pekat beralun lembut seperti laut malam. Pandangan mata seperti permata light aquamarine itu tajam dan cantik.

Oh. Tak sangka rupanya ketua klan lanun El-Callan ini perempuan.

Dan...

Cantik.

"Adakah pemuda empat bersaudara ini punya ibu yang sama?" Tanya Meredith tenang.

Mereka berempat berpandangan sesama sendiri.

"Tidak. Kami berempat punya ayah yang sama. Tapi ibu kami berbeza." Beritahu seorang pemuda yang masih remaja tingkahnya.

"Engkau berempat mahu membunuh aku? Apa yang kau janjikan kepada ayah kau? Kepala aku? Atau jantung aku? Dan apa pula janji ayah kau jika kau berjaya? Emas? Sutera? Atau penghormatan dalam keluarga?" Tanya Meredith bertubi-tubi bersama wajahnya yang kosong. Senyuman manis tadi mati.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Teka perempuan lanun ini benar belaka.

Mustahil!

Apa dia punya kuasa untuk membaca fikiran manusia?

"Malang sekali. Kau semua tidak kenal siapa aku. Aku adalah Meredith. Meredith El-Callan. Merompak adalah pekerjaanku. Membunuh pula adalah hobiku. Dan aku senang sekali. Akhirnya aku ada empat kepala baru untuk dijadikan koleksi terbaru aku." Meredith menyeringai jahat. Suka dia melihat wajah pucat empat bersaudara itu.

Bushh!!!

Bunyi sesuatu jatuh ke air membuatkan empat bersaudara itu terus memandang antara satu sama lain.

"Kapten. Aku sudah lepaskan perahu. Seperti yang kapten minta." Beritahu Rolf.

"Oh. Oh ya! Sebelum aku lupa." Meredith senyum manis. Perlahan-lahan dia jatuhkan sebelah lutut menghadap empat bersaudara itu.

"Aku kalau boleh tak mahu penuhkan ruang koleksi aku untuk kepala orang biasa seperti kau semua. Jadi aku mahu tiga sahaja. Aku beri pisau ini." Meredith melempar pisau belati itu ke hadapan empat bersaudara itu.

"Jika mahu mati bersama. Aku persilakan. Tapi jika kau mahu pulang dengan aman ke Mahkotapura, aku beri kau peluang untuk ambil pisau ini. Potong tali di tangan kau dan terjun. Ada satu perahu menanti. Terjunlah ke perahu itu maka kau dapat pulang dengan selamat dan sejahtera." Meredith bangun. Pedang di tangan di hentak kasar di atas lantai geliungnya sebelum tangan menongkat dagu di hujung pemegangnya.

"Ingat. Hanya seorang sahaja yang akan selamat." Provok Meredith lagi.

Lelaki bermisai di hujung sekali terus merampas pisau itu dan digarit pada tali tebal yang mengikat pergelangan tangannya.

MEREDITH AL-AISHAA (Hold)Where stories live. Discover now