Bab 13

30.1K 194 7
                                    

Alya perlu bersiap awal pada hari ini kerana pagi ini ada mesyuarat. Alya memilih untuk memakai pakaian yang lebih formal pada hari ini. Alya mencari bra dan panties berwarna natural untuk dipakai bersama kemeja putih wanita jenis satin. Alya memadankan kemaja putih satin dengan kain labuh hitam dan tudung labuh satin berwarna hitam. Kemudian Alya mengenakan blazer supaya selesa daripada kekhuatiran terlihat perkara yang tidak sepatutnya oleh orang lain pada pakaiannya.

Tips internet : Bila pakai baju kemeja putih, kena pakai pakaian dalam yang berwarna natural bagi wanita. Ada juga yang memberi tips memakai warna merah pekat yang sama tona dengan warna kulit.

Afiq menanti Alya di depan pintu rumah Alya bagi menjemput Alya. Tanpa sedar hari ni Afiq juga mengenakan kemeja putih dan seluar hitam dipadankan dengan blazer kelabu.

Afiq terpersona dengan penampilan Alya hari ini yang berbeza daripada hari lain, mungkin kerana mengikut formaliti apabila mesyuarat di pejabat.

Alya : Abang janganlah renung Alya lama-lama...malulah...Alya tak cantik eh pakai kemeja? Kalau tak cantik Alya tukar baju kurung je.

Afiq : Eh...jangan2...Alya cantik pakai macam ni...abang terpersona sebenarnya sebab jarang2 dapat tengok Alya pakai kemeja...hehehe...jap buka lagu ni...

Afiq mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan butang play.

"Terpersona...aku terpersona..."

Alya : Abanggg...janganlah sakat Alya pagi2 ni...nanti time mesyuarat nanti muka merah...pastu abang sakat lagi...

Kata Alya malu.

Afiq : Hihihi...suka tengok sayang...comel...kalau tak pakai blazer mesti lg best.

Afiq menutup mulutnya. Satu terlepas cakap sayang...satu lagi imaginasi nakalnya.

Alya : Ha...abang...dah mula lah tu nakalnya...hihihi...tak bolehla...kan nak jumpa ramai orang...nanti abang juga yang merana...hihihi

Sejak bertunang, Alya sudah dapat mengenali Afiq dengan lebih dalam. Afiq sering kali menjadi nakal apabila bersama Alya. Dengan orang lain terus keluar sifat professionalnya.

Afiq : Jom, kita gerak.

Mereka berjalan ke arah lif dan kemudian turun ke parking kereta. Mereka masuk ke dalam kereta Honda Civic yang nampak sporty dan eligen berwarna merah, kemudian meluncur keluar dari perkarangan kondominium.

Di bilik mesyuarat...mereka bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah dan pihak atasan yang lain selama 3 jam. Pelbagai isu dan perkara yang dibincangkan bagi memastikan objektif dan matlamat pengurusan hotel tercapai. Menjadi kebiasaan setiap bulan akan diadakan mesyuarat bersama pihak atasan. Manakala, setiap minggu Afiq akan membuat 'post mortem' atau 'brainstorm' dengan pekerjanya bagi mengenalpasti kekurangan yang perlu dibaiki. Alya pula akan membantu Afiq menguruskan kelengkapan slides pembentangan serta membantu setiausaha merekodkan minit mesyuarat.

Pada jam 3 petang...sedang Alya menyiapkan kerja, seorang lembaga pengarah mencari Afiq untuk berbincang berkaitan beberapa dokumen. Namun, ketika itu Afiq tiada di biliknya kerana ada perbincangan bersama tetamu di lobi. Alya memaklumkan kepada lembaga pengarah tersebut Afiq ada perjumpaan bersama tetamu. Lembaga pengarah itu berpesan kepada Alya untuk maklumkan kepada Afiq sekiranya Afiq ada waktu, beliau ingin berjumpa dengan Afiq. Alya menerima arahan tersebut.

Alya membuka aplikasi whatsapp untuk menghantar pesanan kepada Afiq. Kemudian Alya ingin menghantar dokumen yang telah disiapkan di atas meja Afiq. Alya perasan Afiq meninggalkan telefon pintarnya di atas meja.

Alya : La...penat2 hantar mesej tinggalkan telefon pula.

Alya melihat telefon pintar Afiq baru dicaj 50%. Mungkin Afiq meninggalkan telefon pintarnya kerana kehabisan bateri. Kebiasaannya Afiq akan memaklumkan kepada Alya sekiranya ada makluman penting ketika baterinya habis, Afiq meminta Alya menjumpainya sama ada di lobi atau tempat dia berjumpa tetamu. Tapi mungkin kerana disebabkan terlalu banyak kerja menyebabkan Afiq terlupa untuk pesan. Alya kemudian mencari Afiq di lobi. Alya merasakan Afiq masih lagi ada di lobi kerana sehingga kini Afiq belum naik ke atas.

Hatiku MilikmuWhere stories live. Discover now