07

18 1 2
                                    

My journey permulaan STAM

Sudah 2 minggu start belajar STAM. Aku tak nafikan kehidupan aku bertukar 360 darjah. Kalau time SPM aku sudah sibuk dengan study, inikan pula STAM yang mana aku ambil 11 subjek(10 maddah stam dan muet).

Bertambah sibuk aku dibuatnya. Terkejar-kejar untuk catch up silibus dan pada masa yang sama nak fikir bagi kelengkapan masuk asrama bagai. Beli barang2 dan aku nak kena buat surat bagi permohonan pendidikan. Aku akui sekarang lagi mencabar saat aku mula belajar STAM.

Sedih, kecewa dan penat...itu yang selubungi aku saat aku baru sahaja memulakan pelajaran stam. Ya Allah, baru dua minggu aku start belajar. Stress tu benda biasa kadang2 aku menangis sorang-sorang. Memang pdpr(belajar online) buatkan aku rasa macam haishhh...serius banyak yang aku tak faham.

Yang geramnya aku tak faham tapi diaorang yang lain heboh cakap fahammmmmm ustaz. Celah manalah diaorang faham ni. Hal ini disebabkan aku memang kalau madah bahasa arab ni aku lebih selesa dan lebih faham gunakan buku teks. Hanya 3 maddah je yang aku betul-betul faham bila belajar pdpr ni(ustz yang sama ajar untuk tiga subjek nih).

Ini tidak kebanyakan maddag ustaz ustazah gunakan fail pdf untuk nota bagi maddah yang mereka ajarkan. Aku rasa macam apa benda aku belajar ni. Tahu2 je dah masuk tajuk baru. Benda ni semua lagi serabutkan kepala aku yang memang sedia ada serabut untuk fikirkan macam2 hal. Dengan yuran asrama, kos kain baju semua dan macam2 lagi. Aku bukannya dari keluarga yang senang. That why benda ni semua ibarat beban batu yang besar sekali gus menghempap aku. Dan aku pula terkapai-kapai untuk mengalih batu itu. Alhamdulillah aku bersyukur sangat2 ustaz, ustazah dan cikgu2 aku yang lain sudi membantu. Banyak sangat jasa mereka terhadap aku.

Aku cuba untuk berfikir positif dan cari jalan keluar untuk aku fahamkan dan kejar balik apa yang aku tertinggal. Bila dah ada dekat tempat baru dan suasana baru so memang ambil masa untuk diri aku sesuaikan diri. Tambah pula aku ni jenis pendiam dan pemalu.... Jadi aku jarang respons semasa kuliah dijalankan. Jenis aku, bila aku faham aku akan diam but if aku x faham baru aku pm ustaz dan ustazah untuk bertanya. Dekat kelas aku memang ramai yang jenis peramah atau aku boleh cakap aktif dalam kelas. Aku rasa just aku dengan sahabat dan beberapa orang yang lain sahaja jenis pasif atau agak pendiam.

Disebabkan aku sudah terbiasa perform dalam subjek jadi bila mula2 masuk stam dan baru permulaan aku tak faham benda ni buatkan aku rasa useless dan serius memang aku down. Alhamdulillah berkat sokongan family, guru dan senior stam yang aku kenal, aku berjaya ignore rasa tu. Aku ignore rasa insecure dengan orang yang aktif tu dan aku just fokus pada diri aku sahaja untuk cari cara macam mana aku nak faham maddah yang aku kurang penjelasan.

Susah bila cikgu asyik guna nota sedangkan buku teks tu lagi syumul(sempurna). Sebab bagi aku nota tu hanyalah rujukan selepas kita belajar habis dalam buku teks. Dulu pun time aku study subjek dini aku jarang guna buku nota kecuali subjek LAM. Aku hanya guna buku teks sahaja sebab lagi faham.

Jadi aku minta maaf kepada readers yang masih tunggu update story dari aku. Aku minta maaf sangat2. Aku terlalu busy sekarang. Doakan aku supaya aku boleh dapat muntaz sofi dalam STAM inshaaAllah. InshaaAllah kalau ada rezeki dan masa aku akan update juga story aku. Rindu aku nak menulis tapi aku tak akan biarkan benda yang penting tertinggal. Maas salamah. Thanks for reading my confession. Love you all.

My ConfessionWhere stories live. Discover now