Part 29

2.4K 102 19
                                    

Dania tiba dengan membawa dulang makanan dan minuman yang dibeli. Agak pelik Dania apabila melihat Shaza terlampau fokus akan telefon pintarnya sehingga tidak menyedari akan ketibaan dia situ. Setelah meletakkan dulang yang di jinjingnya. Dania mencuit lembut bahu Shaza, membuatkan Shaza sedikit tersentak.

     "Uhh? " tanya Shaza dalam keadaan blur. Dania menggelengkan kepala sambil melabuhkan punggung di atas kerusi.

     "Kau layan apa sampai tak sedar aku datang ni? Tengah chat dengan en suami ke? " tanya Dania. Shaza menggelengkan kepala. Tanpa berkata apa dia menujukan apa yang dibaca kepada Dania. Hal itu membuatkan Dania berkerut dahi.

     "PTSD? Ni bukan ke penyakit mental yang disebabkan trauma tu? Yang kau tiba² tertarik pasal ni kenapa? Kau okey tak? " banyak soalan yang ditujukan kepada Shaza oleh Dania.

     "Aku okeylah, tapi tengah musykil" kata Shaza.

  Dania menghirup air minumnya sebelum dia berkata "musykil apa? " tanya Dania lalu menyuapkan makanan kepada dalam mulut.

     "Pasal ni.. Simptom-simptom dia ni macam sama dengan Iman" kata Shaza.

  Terangkat kening Shaza apabila Iman berkata begitu. Dia melihat Shaza, tidak jadi dia hendak teruskan makan. "Iman? Kenapa? Apa jadi dengan budak tu? " tanya Dania.

  Shaza mengeluh kecil sebelum dia menyambung kata²nya. "Mula aku kenal Iman okey je.. Tapi dalam masa beberapa minggu aku kenal Iman tu, aku ada perasan satu sikap Iman yang bagi aku pelik" kata Shaza.

  Dania menyilang tangan lalu mengangguk kecil kepala. "Teruskan... " kata Dania. Dia sedang fokus dengan cerita sahabat karibnya.

     "Sikap yang peliklah.. Hampir setiap malam kalau aku terbangun nak pergi tandas lalu depan bilik dia aku pasti akan nampak dia tengah mengigau.. Macam mana Ahh macam dia tengah nightmare tau.. Pastu satu lagi baru je jadi.. Kat taman semalam aku joging dia.. Tengah rehat tu dia tetiba je lari. Bila aku tanya kenapa? Dia kata dia nampak makcik yang seakan-akan nenek dia. Iman nampak takut sangat bae... " terang panjang lebar Shaza.

  Dania mengangguk dia memikirkan sesuatu. Setelah itu dia mendapat buah kata..

     "Apa kata kau tanya dia sendiri? Aku rasa dia ada kisah silam yang tragedi tau.. "

     "Aku pernah tanya tapi dia elak untuk jawab soalan aku" kata Shaza lalu menghirup air minumnya. Terasa perit pula tekaknya.

     "Mmmm itu je ke sikap 'pelik' dia yang kau perasaan? " tanya Dania. Shaza menggeleng kepala.

     "Dia suka cederakan diri kebelakangan ni..." kata Shaza. Terasa agak sakit di hati menceritakan hal itu.

     ".... Shaza kau tahu tak kampung dia kat mana?! " tiba Dania bertanya Shaza setelah beberapa minit membisukan diri.

     "Tahu dekat dengan rumah Mak Uda aku. Mummy kata satu kampung je" kata jawab Shaza dalam keadaan bingung kerana tiba² Dania meninggikan suara.

     "Wei wei wei! Kampung aku jugakan?! "

  Shaza mengangguk dengan wajah semakin bingung.

     "Shaza Alfira! Kau lupa ke?! " tanya Dania. Pantas dia mengambil mengeluarkan telefon pintar dari beg tangannya.

     "Jab jab apa kau cuba sampaikan ni Nia?" tanya Shaza. Dia semakin bingung dengan sikap Dania ketika itu.

     "Kau ni pelupalah... Tak akan kau lupa dulu dekat kampung ada kecoh ada budak laki kena tetak dengan pisau dapur.. Dengan siapa? Ahhh Che Uda" kata Dania.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now