Cerpen

63 3 6
                                    

Hujan lebat membasahi badan bapa Hafiz yang baru sahaja ditikam di depan matanya.

"Apa salah ayah aku sampai kau bunuh dia!"

Hafiz bertanya kepada seseorang yang bertopeng mata di hadapannya.

"Yang lemah tak layak hidup dalam dunia ni, aku perlu membersihkan dunia yang kotor ni."

"Kalau macam tu kenapa kau tak bunuh je aku sekarang?"

Air mata Hafiz mengalir dengan begitu deras sekali.

"Aku mempunyai cara untuk membunuh. Aku akan membunuh dengan bilangan nombor ganjil, kalau aku bunuh kau sekarang bilangan pembunuhan aku jadi genap ke-22."

Sambil meletakkan muncung pisau di bawah dagu Hafiz.

"Kalau begitu biar aku yang mencabut nyawa kau."

Satu hayunan kaki dihayunkan kepada pembunuh tersebut namun begitu tendangan berjaya dielak dengan mudah sekali oleh pembunuh. Hafiz menghayunkan buku lima tepat ke arah muka pembunuh tersebut tetapi tangannya telah ditahan oleh pembunuh itu.

"Kau mahu cabut nyawa aku dengan kekuatan begitu, dalam mimpi sajalah," sambil senyum sinis ke arah Hafiz.

Hafiz masih berusaha untuk mencederakan pembunuh tersebut tetapi masih gagal. Pembunuh tersebut melepaskan tendangan pada kaki Hafiz menyebabkan Hafiz tergelincir dan terjatuh. Badan Hafiz tidak boleh bergerak mungkin kakinya sudah retak akibat tendangan tersebut.

"Baiklah, kalau kau berminat sangat untuk membunuhku aku akan memburu kau pada bilangan yang ke-99," bisik pembunuh tersebut di telinga Hafiz sambil tersengih. Pembunuh itu melarikan diri sepantas kilat.

"Tuan bangun! terdapat laporan baharu melibatkan kes pembunuhan Ganjil."

Mata Hafiz berair apabila mengingat kembali peristiwa tersebut.

Sudah lima tahun berlalu sejak kes pembunuhan bapa Hafiz. Pembunuh yang dikenali sebagai Ganjil. Ganjil adalah pembunuh yang sangat bahaya dan sehingga sekarang masih tidak dapat dijejaki. Tiada siapa yang berani keluar rumah berseorangan kerana risau nyawa akan dicabut oleh Ganjil. Kerajaan akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya menangkap ganjil dengan habuan sebanyak 200 ribu dolar. Begitu banyak rakyat yang telah berusaha menjadi wira untuk menghapuskan ganjil seperti Anti-Ganjil, Wira, Banteras, Aman dan sebagainya. Media massa juga tidak ketinggalan untuk sentiasa mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan kerakusan Ganjil. Poster ganjil telah ditampal di setiap negeri dengan harapan rakyat dapat menangkap Ganjil. Namun sesiapa yang memburu Ganjil hanya akan menempah maut.

"Ini kes pembunuhan yang ke berapa Kasim?"

"Ini adalah kes pembunuhan yang ke-97 tuan."

"Bagaimana keadaan mayat?"

"Kepala salah satu mayat digantung di tiang besi bendera beserta topeng mata milik Ganjil. Badan mangsa dijumpai di stesen bas berdekatan."

Kes pembunuhan yang melibatkan Ganjil kebiasaannya mayat akan dipakaikan topeng mata milik Ganjil. Topeng mata yang mempunyai corak yang berlainan.

"Bagaimana dengan mayat yang satu lagi."

"Mayat yang satu lagi dipercayai telah kehilangan kedua belah tangan dan ditinggalkan di stesen bas dengan memakai topeng mata."

Majoriti kes pembunuhan yang melibatkan ganjil amat menyeramkan. Hanya orang yang berani sahaja yang mampu untuk memburu ganjil.

"Tuan saya cadangkan kita biarkan kes pembunuhan sehingga kes yang ke-99 supaya lebih mudah kita memasang umpan kepada Ganjil."

GanjilWhere stories live. Discover now