Chapter : 42

1.6K 139 9
                                    

42

🌼🌼🌼

Terkilan

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Dari jauh di beranda koridor atas bangunan, berdirinya Izack. Lelaki itu perhatikan dua orang itu dari tingkat atas tersebut sejak tadi. Renungan dingin terarah pada belakang kepala Hayden.

            "Ketua rasa dia dah mula curiga ke...."bisik Tania yang sedang tunduk memandang skrin telefon. Berdiri tiga langkah jaraknya dari Izack.

Izack dengar tapi tidak membalas.. Perhatian dia terarah pada Rossie yang sedang memeluk Hayden sebelah tangan sewaktu dua orang itu bergerak pergi dari kawasan bangku itu. Sebenarnya dia tahu Hayden bukan la seorang lelaki yang jahat.

Selama tiga tahun pemerhatian Izack terhadap Hayden, dia dapati sebenarnya Hayden warisi generasi mafia keluarga Hayden kerana ingin pastikan kuasa penjenayah tidak jatuh ke tangan orang yang salah. Oleh itu Hayden tungkus lumus jadikan beberapa orang mafia terbesar menjadi anak buah geng keluarga Hayden. Dengan itu, mafia-mafia jahat ni takkan buat jenayah sesuka hati tanpa kebenaran Hayden.

Dan Izack tahu Hayden kejam pada mereka yang bersikap kejam pada orang lain dan membawa kemusnahan yang tidak sepatutnya sahaja. Lagipun kegiatan jenayah yang dijalankan Hayden hanya la penyeludupan kereta mewah secara haram, pertukaran mata wang secara haram, menghasilkan cap duit secara haram. Sementara penyeludupan senjata, dadah, pelacuran dan sebagainya adalah datang dari geng mafia yang lain.

Sejujurnya Izack sudah pun menganggap Hayden sebagai kawan baiknya. Walaupun Hayden datang dari keluarga penjenayah, tidak pernah sekali dia nampak Hayden sakiti sesiapa termasuk orang perempuan yang pernah bersama dengannya.

            "Ketua?"panggil Tania bila dia dapati Izack diam termenung memandang udara tanpa sebab.

Izack tersentak, dia palingkan kepala lantas memandang Tania.

          "Sorry..apa kau kata tadi?"soalnya bingung-bingung. Untuk seketika hati Izack pernah terlintas untuk berhenti dari teruskan misinya ini. Namun amanah perlu di tunaikan. Dia sudah angkat ikrar untuk menjadi rakyat yang berjasa pada tanah airnya.
 

          "Saya tanya tentang agaknya Hayden dah curiga ke belum?"

           "Entah...maybe dah agaknya... serangan malam tadi terlalu obvious."

            "Lepas tu, apa langkah seterusnya?Kita telah musnahkan lima lokasi Utama yang aktif di tempat ni..dan semua ketua mereka telah tertangkap...."ulang Tania akan kata-katanya tadi.

             "Beritahu pada mereka berdua, kita akan teruskan kepada pelan ketiga kita...iaitu hapuskan mainstream pelaburan mereka pula." kata Izack.

               "Baik."angguk Tania. "Tapi macam mana dengan Rossie?Nak terus perhatikan dia ke?"

                Hela nafas yang panjang lepas dari hidung Izack taktala lelaki itu berpaling hendak pergi dari situ. Rossie?Entah la dia tak tahu!"Nak buat macam mana lagi...dia dah tahu semuanya kan, mesti la dia akan lebih berjaga-jaga semasa bersama dengan kau dan yang lain. Kau buat la apa yang patut...kalau ada apa-apa yang mencurigakan, maklumkan pada aku."pesan dia sebelum melangkah jauh dari koridor itu. Dia tiada mood!

Keberangkatan Izack itu di perhatikan oleh Tania yang hanya berdiri di situ, memandang langkah Izack dengan renungan terkilan. Kalau Izack tiada mood, inikan dia! Dia tahu semua ini adalah atas urusan kerja. Tapi entah kenapa dia ikut rasa sedih!

Tidak terbayang dia bagaimana hendak berhadapan dengan Rossie nanti. Pagi tadi di apartment dia tidak sempat temui Rossie kerana temannya itu sudah keluar awal. Sewaktu di dalam dewan kuliah pula, Rossie duduk di tempat lain bersama dengan orang lain.Bukan bersama dengan dia lagi.

Nampak sangat la Rossie telah berkecil hati dengan dia!

Perbualan dia bersama Rossie malam tadi terngiang-ngiang dalam kepalanya. Lirih hati dia bila mengingatkannya semula.

          "Aku percayakan kau Nia..kenapa kau pergunakan aku macam ni?"tanya Rossie dengan kening berkerut kecewa saat pandang Tania.

           "Aku tak pernah pergunakan kau Rossie,,,apa yang berlaku adalah kebetulan je.."jelas Tania dengan bersungguh.

           "Kau..Gabby...Gina...itu maksudnya persahabatan kita..layanan kau...ambil berat kau adalah palsu?Hanya lakonan je?"

           "Tak Rossie...semua tu betul...cuma disebalik semua itu ada urusan yang aku perlu uruskan secara rahsia. Kita orang memang enjoy berkawan dengan kau..."

            "Tipu!Kau buat semua tu sebab kau tahu dari awal yang Hayden kisah pasal aku...kau gunakan aku untuk dapatkan Hayden..."

             "Maafkan aku Rossie...aku terpaksa."ucap Tania buat kesekian kalinya pada Rossie malam itu!

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

38. Bila Sudah BenciWhere stories live. Discover now