Serangan

462 57 16
                                    

Alternate Dimension.
.
.
.
.
.
.
Kembali ke Planet Sogai,Gempa hanya mengeluh kebosanan. Dia tak boleh nak buat apa² sangat selain daripada cakap ya ataupun tidak.

Perbincangan dan laporan ni membosankan.

Disebabkan dah bosan yang terlampau,Gempa bangun dari tempat dia,mengejutkan semua yng berada dalam bilik mesyuarat itu.

Gempa: Aku nak pergi tandas sekejap.

Songlu: Oh,tuan. Nak pembantu saya tunjukkan-

Gempa: Tak perlu. Korang pun sama. Aku boleh pergi tandas sendiri. Teruskan dengan perbincangan tu.

Gempa terus menutup pintu sebelum mana² antara Reverse Elemental boleh cakap. Dia terus berjalan jauh dari bilik itu.

Sepanjang perjalanan dia,semua pekerja dalam istana Sogai ini tunduk hormat bila berselisih dengan dia. Akhirnya,dia berjaya keluar dari istana tersebut.

Gempa: *sigh* Akhirnya,bebas pun. Hm..mana aku nak pergi ek?

Gempa teruskan berjalan sampai dia tiba disebuah pekan.

Gempa: Woah.. sama macam kat Planet JunkBerg lah..

Ramai alien berkeliaran dipekan tersebut membeli barangan dan seangkatan dengan. Banyak juga budak² alien yang tengah berlari sana sini. Gempa masuk kedalam pekan tersebut dan melihat sekeliling. Ramai alien yang sedar kehadiran dia terus ketepi dan membuatkan laluan untuk dia.

Haish, Gempa. Please sedar. Kau tu penakluk terkemuka dalam dimensi ni.

Gempa masih lagi terpegun melihat sekeliling sebelum ada sesuatu yang melanggar kakinya.

Gempa: Aduh-

Gempa melihat apa yang dia langgar tadi. Budak alien kecil yang dia nampak berlari² tadi. Dia terdengar disekelilingnya berbisik.

Budak alien tu macam nak nangis bila dia terlanggar dengan ketua penakluk galaxy itu.

...: A-A-Ampunkan saya t-tuan s-saya tak sengaja-! *mengigil takut*

Gempa merendahkan badan dia untuk seiring dengan budak tu. Gempa mengangkat dia supaya berdiri semula. Kemudian dia menepuk² pakaian budak tersebut.

Gempa: Hey,hey tak ada apa² lah. Salah abang jugak tak tengok jalan tadi. Dah². Tak ada apa yang sakit kan?

Alien kecil itu mengangguk perlahan sebelum mengesat air matanya. Alien yang berada  disekeliling mereka terkejut melihat Gempa bersifat baik dan lembut pada alien yang boleh dikategorikan sebagai bawahan.

Gempa: *warm smile* Dah main elok² ya? *berdiri*

Alien kecil itu mengangguk sebelum berlari kearah ibunya yang memerhati dari tadi.

Gempa teruskan perjalanan dia menyelusuri pekan itu. Semua alien dah jalan seperti biasa. Cuma akan beri laluan untuk Gempa lalu.

Sampailah dia keluar pekan,dia berhenti disebuah taman permainan,Gempa duduk disalah satu buaian tersebut.

Gempa: *sigh* Semuanya berbeza dekat dimensi ni, D-Bot.

D-Bot: Ya Gempa. Dimensi ni adalah 180° berbeza dari tempat asal kau.

Gempa mengayunkan buaian itu sedikit sambil memandang langit.

Gempa: Hm..agaknya apalah yang kembar aku tengah buat agaknya eh?
Harap² lah diri aku yang satu lagi tu tak buat hal dekat sana.

Gempa masih lagi berayun perlahan atas buaian itu. Tiba²,siren yang kuat berbunyi membuat Gempa terus bangun.

Gempa: Kenapa tu?

Reversal (BoBoiBoy)Where stories live. Discover now