1 | Secret 1

4 2 0
                                    

Aku sedar kali pertama aku berkenalan dengan kau,
Aku yakin yang kaulah yang terbaik,
Terbaik untuk dijadikan kawan,
Ketika aku susah, senang, sedih dan gembira
Dan tidak dapat aku rungkaikan bahawa jangkaan aku ini sebenarnya betul

Kau yang terbaik
Yang pernah aku jumpa
Perkenalan kita tidak lama
Sebulan sahaja
Kemudian aku mengundurkan diri

Pada mulanya aku anggap kau sebagai kawan
Jujur aku katakan tiada sesiapa pernah layan aku sebaik kau
Selemah kau
Aku tetap jujur bahawa aku suka
Aku selesa apabila bersama kau

Tiap malam sebelum tidur
Aku tidak mahu melelapkan mata
Mindaku ingkar untuk tidur
Kerana hatiku tidak sabar menunggu hari esok
Untuk berjumpa lagi dirimu

Tiap hari kita berbual dan engkau tidak pernah jemu
Mendengar celotehku

Aku bukan seperti gadis lain
Mereka mungkin inginkan kasih sayang
Dari seorang ajnabi
Mereka mungkin mahu berpasangan
Mereka mungkin mahu dicintai
Namun aku tidak

Kerana aku sudah mencintai seseorang
Dan aku takut untuk memberitahunya
Kerana aku bimbang dia akan pergi
Dan aku sanggup sakiti diri aku demi dia

Aku bukan yang terbaik
Tapi aku bersyukur bahawa aku sabar
Tabah
Ketawa
Suka
Apabila bersama dan berkenalan dengan kau
Aku bukan yang terbaik untuk dijadikan teman
Namun, engkau setia mendengar rintihan aku

Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku
Terima kasih kerana sanggup mendengar luahan aku
Terima kasih juga kerana tidak memberitahu pasangan engkau tentang kisah aku

Dan terima kasih juga kerana memberi aku peluang untuk mencintai seseorang buat kali terakhir

Terima kasih, Y

27 Jun 2021

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 27, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her SecretWhere stories live. Discover now