- 10

593 73 10
                                    

y/n dan Getou terbaring lemah dihadapan lelaki berbaju hitam itu. Lemah tidak berdaya, sesal dalam kekalahan. Badan mereka tidak mampu untuk berdiri mahupun melawan lelaki itu lagi. Dia.. terlalu kuat bagi mereka.

"Aku akan bunuh kau kalau kau pengguna shikigami. Guess kau bernasib baik" Katanya kepada Getou sebelum beralih memandang y/n. "Kau kuat tapi sayangnya tenaga sumpahan kau lemah. Itu ke sebabnya kau disini? Lari atau dibuang?"

Dia kemudian berjalan ke arah Riko berada. Diangkatnya badan yang tidak bernyawa itu tanpa rasa kesal.

"Korang kalah dengan orang yang tak boleh gunakan jujutsu? sangat memalukan" Sambungnya lagi sebelum pergi, meninggalkan y/n dan Getou yang sudah tidak sedarkan diri.


"Ini dia, mayat Amanai Riko, star plasma vessel" Katanya kepada dua orang lelaki dihadapannya. Salah seorang dari mereka terus memeriksa mayat itu, ingin memastikan sama ada itu adalah star plasma vessel sebenar atau tidak.

"Aku dah confirmkan. Duit akan ditransfer seperti perjanjian kita. Aku akan tambahkan sedikit, Toji" Kata seorang lelaki yang sudah berumur itu.

"Pemurahnya, Mister Guru Man" balas Toji.

"Aku fikir korang akan complain kalau bunuh vessel ni" Celah seorang lagi.

Setelah habis perbualan mereka, Toji keluar dari bangunan itu, ingin mendapatkan udara yang segar. Kononnya. Namun, langkahnya terhenti. Terkejut dengan lelaki yang elok berdiri dihadapannya.

"Long time no see"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Long time no see"

"Serius ah.." Kata Toji, tidak percaya. Dia sudah pastikan bahawa dia cucuk di vital point tadi. Diperiksa lagi nadi dan nafasnya, namun kenapa lelaki ini boleh berdiri teguh dihadapan?

"Oh yeah, aku masih hidup dan sihat" Kata Gojou dengan sinisnya. Ditunjukkan lagi kesan cucukkan di dahi yang kini perlahan-lahan sembuh seperti sediakala.

Membulat terus mata Toji. Sekarang dia tahu mengapa.

"Teknik putaran.." katanya.

"Bingo! Hahaha kau dah kalah sebab tak potong kepala aku" Sambung Gojou.

Toji tersenyum sinis lalu mengeluarkan senjatanya.

"Kalah? perlawanan ni baru bermula"

"Oh yeke?"

Dengan itu, Toji terus mara ke hadapan untuk membuat serangan. Namun, Gojou sempat mengelak. Tidak akan dia biarkan dirinya tewas lagi.

"Teknik putaran mundur.."

Toji terkaku. Tahu dia akan serangan ini.

"Merah"

Bagaikan laser, serangan itu dihalakan terhadap Toji. Habis terhumban ke dinding dia dibuatnya. Namun belum cukup untuk mematikannya. Kalau lah serangan ini dikenakan terhadap orang lain, sudah pasti maut menjadi jawapan.

Gojou sudah tergelak sinis. Hebat, masih boleh berdiri.

"ah badan aku sakit" Kata Toji sambil meregangkan badannya. Setelah itu, dikeluarkan pula alat sumpahan yang lain. Mana mungkin dia berundur disebabkan serangan tadi.

"Aku akan bunuh kau" katanya.

Gojou memejamkan matanya seketika. Terlintas wajah Riko, y/n dan Suguru difikirannya. Aku bukannya nak balas dendam, malah aku tak bencikan sesiapa pun, monolognya. Bukanlah amarah yang dia rasakan kini. Ya, dia nafikannya.

Gojou terus membuka matanya, memandang tepat ke arah Toji yang ingin menyerang.

"Melalui langit dan bumi, aku adalah satu-satunya yang dipilih.."

Gojou tahu bahawa Toji termasuk dalam salah satu dari tiga clan terhebat. Zenin clan. Gojou juga menyangka bahawa Toji tahu apa itu serangan 'Biru' dan 'Merah'. Malah segala-galanya tentang infiniti Gojou dia tahu. Sebab itulah dia dapat elak dan menahan serangannya.

Tapi tidak dengan ini. Hanya beberapa orang dari Gojou clan saja yang tahu. Bila infiniti bertembung dengan teknik putaran maju dan mundur, maka inilah yang akan terjadi.

Teknik khayalan

"Ungu"

Dengan itu, lengan dan separuh dari badan Toji hilang atau lebih tepat lagi hancur akibat serangan tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dengan itu, lengan dan separuh dari badan Toji hilang atau lebih tepat lagi hancur akibat serangan tersebut.

"Ada kata-kata terakhir?" Soal Gojou yang kini berdiri dihadapan Toji.

Toji tersenyum kecil.
"..dalam 2 atau 3 tahun nanti, anak aku akan dijual ke Zenin clan. Buatlah apa yang kau nak"

Itulah kata-kata terakhir, Fushiguro Toji.


TBC

@edited

@edited

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

aums-

𝐇𝐈𝐒 | ɢᴏᴊᴏᴜ ꜱᴀᴛᴏʀᴜ x ʀᴇᴀᴅᴇʀ [HEAVILY EDITING]Where stories live. Discover now