[S2] Dua Antagonis Bersatu 🌙

229 44 41
                                    

Jumpa aku di Taman Bahagia.
Hari ini, pukul lima. Tepat.
Oh, jangan ingkar ya.
Kalau tidak, kau sendiri yang akan tanggung akibatnya.

- The H -

Alina jadi bingung.

Siapa pula hantar surat layang ini padanya?

Siap ugut lagi.

“ Siapa The H? Nak kata Fatihah, nama si tak guna tu bukannya bermula dari huruf H. " soal Alina kepada dirinya sendiri.

Gadis itu mula mundar-mandir di biliknya. Surat layang yang diterima tengah hari tadi itu masih dipegang.

Hampir renyuk surat tersebut dibuatnya.

“ Nak pergi ke? Kalau aku pergi, kena culik macam mana? "

Si Alina ni tak sedar diri rupanya. Penculik kalau jumpa dia pun, rasanya terus batalkan niat nak menculik agaknya.

“ Kalau aku tak pergi...AHH! Pening kepala aku. Pergi sajalah. " terus dia menyarung jaket miliknya dan bersiap-siap untuk ke tempat yang ditetapkan oleh The H.

Sekarang sudah jam 4.30 petang. Jadi tak salah jika dia pergi awal sedikit kan?

“ Papa, Ina nak pinjam kereta papa boleh? Nak keluar sekejap. " soal Alina sambil menepuk perlahan bahu bapanya.

“ Jangan harap. Kau kalau nak keluar, jalan kaki. Tak pun naik bas atau teksi. " bapa Alina terus menepis tangan anaknya dari bahunya.

“ Ahh papa ni! Masih taknak percayakan anak sendiri ke? Ina nak pinjam kereta papa untuk hal pentinglah! " Alina menghentakkan kakinya, geram dengan bapanya.

“ Kau dari sekolah sentiasa cari pasal. Aku tak akan percayakan kau lagi, Alina. Dalam tiga orang anak aku, kau yang paling banyak hal. " bebel bapa Alina panjang lebar.

Fine! Ina boleh pergi sendirilah! " terus gadis itu keluar dan pintu rumah dihempas dengan kuat.

++++++

Alina mengerling ke arah jam tangannya lagi, sudah pukul 5.20 petang.

Namun begitu, tiada sesiapa pun di muncul di hadapannya.

Dia memandang kawasan di sekitar taman permainan. Tiada sesiapa yang boleh dikatakan sebagai The H.

Semua yang ada di taman permainan itu hanyalah kanak-kanak kecil.

“ Aku kena tipu ke? Dah 20 minit aku tunggu. Siapa The H ni? Ingat hebatlah letak nama samaran macam ni? "

Sedang Alina termenung, datang seorang lelaki menegurnya.

“ Hai Alina, lama tunggu? "

Lelaki itu memakai pakaian serba hitam dan menyembunyikan wajahnya dengan pelitup muka, yang juga berwarna hitam.

“ Kau ke The H tu? Lama tahu tak aku tunggu kau? " jerkah Alina.

“ Hei rilek. Maaflah aku lambat sikit, maklumlah sekarang masih tengah dalam mood raya kan? " kata lelaki itu, cuba untuk menenangkan Alina yang sudah berapi.

“ Aku kisah apa sekarang raya ke apa. Yang penting sekarang, kau ke The H tu? "

Yes, I am. Aku nak jumpa kau sebab kau sorang saja yang boleh tolong aku. " dia membuka pelitup muka yang dipakainya.

Anda rasa itu siapa?

Tak payahlah teka, dah tentu-tentu itu Hafiz.

“ Kau siapa ya, kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku sedangkan aku langsung tak kenal kau? " soal Alina, keningnya dijongketkan.

Dia memandang Hafiz dari atas ke bawah. Namun begitu, dia masih tidak dapat mengingati wajah lelaki ini.

Jadi, sahlah ini kali pertama dia jumpa Hafiz.

“ Kau tak kenal aku, tapi aku kenal kau. Oh, aku Hafiz. "

Alina hanya menganggukkan kepala, lantas dia bertanya.

“ Baik. Kau nak aku tolong apa? "

“ Macam ni, aku sepupu Fatihah. " setelah mendengar nama itu, Alina terus menjerit.

“ KAU SEPUPU DIA?! KAU BERAMBUS SEKARANG! AKU TAK MAHU JUMPA SESIAPA YANG ADA KAITAN DENGAN DIA! "

Hafiz menepuk dahinya, betullah. Alina ni memang tak berapa nak betul.

“ Woi, perempuan. Kau sabar boleh? Bagi aku terangkan dari awal sampai habis. "

“ Tch, cepatlah terangkan! "

++++++

“ Jadi, kau sukakan Fatihah sejak kecil tapi end up dia kahwin dengan Seungkwan? Baik, aku faham. " kata Alina.

“ Aku tak puas hati! Aku sukakan dia sejak kecil tapi si mamat Korea tak guna tu rampas dia dari aku! "

Alina tersenyum sinis.

“ Baik, aku akan tolong kau. Lagi pun kau penat-penat datang ke Kuala Lumpur ni semata-mata untuk jumpa aku. Jadi semestinya aku akan bekerjasama dengan kau! " kata Alina, dan dia masih tersenyum sinis.

“ Betul ni? " soal Hafiz.

Yes. Dengan satu syarat. Beri aku RM2000, baru boleh jalan. " Alina menghulurkan tangannya.

Hafiz terus ternganga.

Dia sendiri kerja tolong bapa saudaranya di sawah, gaji cukup-cukup makan saja!

“ Hei, kenapa ternganga ni? Tak mampu ke, hehe. " Alina tertawa kecil.

“ Aku...ah! Bagi nombor akaun kau. Aku janji nanti aku akan bagi RM2000 tu. "

“ Baik, aku bagi masa dua minggu saja. Kalau tidak, aku tak akan tolong kau. Merana sajalah tengok orang yang kau suka bahagia dengan orang lain. " suka pula Alina kenakan lelaki itu.

“ Aku janji. Jadi apa rancangan kau untuk musnahkan hubungan Fatihah dengan suami dia? "

“ Jangan risau, Hafiz. Walaupun aku pernah gagal sebelum ini, aku tak akan putus asa. Aku tak akan benarkan mereka berdua bersama! Semak aku tengok! " Alina mengepal penumbuk, tanda geram.

Alina sudah nekad, kali ini dia akan pastikan hubungan Fatihah dan Seungkwan terpisah.

Tak kisahlah dengan apa cara sekali pun!

++++++

hai masih ingat fanfic ini?

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now