Julai #1: Dia Sang Kancil Dan Buaya

24 3 8
                                    

"Wey, Kancil. Kau tahu cara nak jawab soalan tu?"

"Tahu. Kau nak jawapan kan?" Mata Kancil melirik menyampah ke arah Buaya.

Buaya membuat gaya gedik lalu berpusing-pusing di keliling Kancil. Wey, sapa tak nak jawapan? Soalan susah kot. Buaya tak rajin nak serabutkan kepala otak untuk berfikir. Baik tidur, lagi bagus.

"Hehe, tahu pun. Share la jawapan dengan aku," Buaya mencucuk-cucuk pipi Kancil dengan jari tembamnya.

Ada kawan pandai macam Kancil, tanya dia la terus. Ala, macam tak biasa je. Kita kalau ada member pandai, minta tiru jela. Tipu la kalau tak pernah buat macam tu. Kan, kan?

"Eh, eh, auch!" Buaya menjerit kemudian tersengih melihat jelingan tajam milik Kancil.

Kancil cubit kita! Katanya jangan ajar benda bukan-bukan kepada pembaca, huhu! Mana ada benda bukan-bukan, benda betul kot! Sekejap, macam mana dia boleh baca fikiran aku pasal tu?

"Menggedik la kau, Buaya," kata Kancil lalu berjalan meninggalkan Buaya.

Buaya hanya tergelak lalu mengejar langkah Kancil. Semakin galak pula dia mengganggu Kancil. Bukan kawan la kalau tak mengganggu antara satu sama lain, betul tak?

Kancil menepis tangan Buaya yang galak mencucuk-cucuk di bahagian yang sensitif pada tubuhnya. Tak dapat cucuk pipi, pinggang pula dicuitnya. Tak dapat pinggang, belakang lutut ditekan menyebabkan lututnya Kancil fleksi ke bawah.

Terus Kancil melompat ke tepi akibat terkejut dan memandang geram kepada Buaya. Buaya elok sahaja berguling-guling di atas lantai lalu ketawa. Dah macam nangka busuk jatuh dari pokok pun ada.

Mata-mata di sekeliling hanya memerhatikan Buaya dengan pandangan keliru dan geli. Dengan suara tertahan-tahan akibat geram dan malu, Kancil menutur kata-kata berunsur ugutan.

"Kau, bangun sekarang! Kalau tak... Kau tahu apa yang aku nak buat," sengihan sinis muncul di bibir Kancil.

Apalagi? Terus bangun si Buaya daripada dok terguling-guling atas lantai.

Kancil yang melihat hanya merengus perlahan. Euw, kotorlah! Dia memasang muka jijik melihat Buaya yang sudah bangun daripada terus berbaring di lantai kotor itu.

Kancil meneruskan langkahnya ke hadapan manakala Buaya terkedek-kedek mengejar Kancil. Sedaya upaya si Buaya mengejar langkah Kancil yang semakin besar itu.

"Eh kau ni, Kancil! Tahulah kaki panjang, JANGANLAH TINGGAL AKU, WEY!" Laung Buaya, kuat dengan nada mengusik.

Bergema suaranya.

Kancil hanya menahan geram dan berhenti berjalan. Pelik Buaya dibuatnya. Kenapa dengan Kancil? Buaya menghampiri Kancil lalu menegur, "Asal, Kancil?"

"Asal kau tanya?" balas Kancil dengan suara tertahan.

"Erm... Ye?"

Mata yang penuh dengan api kemarahan memandang ke arah Buaya. Menggeletar tubuh Buaya dibuatnya. Hati Buaya berkata, "Alamak..."

"Kau... Menjerit macam gorila tadi kau boleh tanya, 'ASAL'?"

Penduduk di sekitar tempat mereka berada itu hanya mengelilingi mereka berdua. Kejadian ini sudah biasa berlaku macam drama percuma in real life, Buaya akan sentiasa cari masalah dengan Kancil dan akhirnya elok kena hentam balik dengan Kancil menggunakan strategi bernasnya.

"Kancil!" Empunya suara memanggil dari kejauhan.

Kancil yang ura-ura ingin mencekik sahabat yang sungguh minta kena kaki minta kena maki itu terbatal niatnya apabila namanya dipanggil. Terus Kancil menoleh kepalanya mencari-cari si empunya suara itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cik Mimpi Gifts: Short Story For YouWhere stories live. Discover now