✼┊e p i s o d e 3 3 ˎˊ˗

20 3 32
                                    

📌 HeeMin (Hee x Jimin)
Comment: 1,605 comments
Solo scene: 3,210 words

Ini adalah Han Jihee. Untuk pengetahuan, Hee ialah seorang perempuan yang sentiasa datang bulan. Eh takdelah, tu perumpamaan je. Hal ini disebabkan oleh mood gadis itu yang sentiasa swing!

Anggaplah mood Hee itu merupakan sebuah pemboleh ubah bergerak balas, manakala keadaan di sekelilingnya ialah pemboleh ubah dimanipulasi.

Dan hari ini merupakan hari di mana Hee akan berdating dengan lelaki pilihan Hani. Ha ye plot dia sama je hiks. Hari ini Hee bangun dengan penuh gembira dan sentiasa tersenyum semasa menyiapkan dirinya. Dia tak nak mood dia rosak harini, nanti lelaki tu lari!

Setiap masa Hee tersenyum. Semasa mandi dia tersenyum. Semasa makan dia tersenyum. Semasa membuang sampah dia tersenyum. Semasa terpijak taik Angkko anjing Sinb, jiran sebelahnya, dia masih tersenyum. Semasa melihat pokok bunganya dikencing oleh Mickey, anjing Hoseok, juga jiran sebelahnya, dia masih lagi tersenyum. Semasa kakinya tersepak bucu meja pun dia masih tersenyum. Sehinggakan rakan serumahnya, Eunha dan Yuju pun berasa hairan.

Kalau nak tahu, Hee boleh je mengamuk sebenarnya. Tapi dia tahan. Alhamdulillah, pandai dah dia cuba bersabar. Dulu dia main lepas je sebab ada abe Suga. Si buah hati dan juga penyejuk hati. Suga je yang mampu buat mood dia baik semula!

Sekarang, Suga sudah tiada. Eceh ayat macam Suga dah mati je. Takdelah huks. Jadi sekarang tiada siapa yang mampu buat mood Hee baik semula.

Haih, sebab nilah orang kata jangan terlalu bergantung pada orang lain! Dengar ni anak-anak!

Dan yang paling penting, jantan semua sama! Kecuali Hyeongjun hihi.

Namun begitu... Segala usahanya mengekalkan mood gembiranya musnah dan pudar begitu sahaja apabila dia melihat seekor lipas di dalam biliknya! Wah, Hee memang bencikan lipas. Tambahan pula, lipas tu berwarna pink, makin bertambah benci Hee jadinya! Lebih teruk lagi, muka lipas tu sebijik macam yang tengah baca ni. Macam badut! Oh, triple kill sungguh.

Nak panggil Eunha dengan Yuju, dua-dua dah cabut lari awal-awal ke tempat kerja. Tapi kalau diorang ada pun, macamlah nak membantu. Rasanya bantu menjerit je dengan vocal cord mereka yang setaraf penyanyi profesional itu.

Hee cuba untuk abaikan lipas tu, tapi lipas itu sungguhlah tidak berbudi dan tidak berbahasa! Hee tak kacau dia, boleh pula dia pergi terbang ke seluruh bilik Hee. Dia ingat bilik Hee ni tempat bersuka-ria ke?!

Apabila kejadian tu berlaku, memang taklah Hee nak kekal tersenyum lagi. Apatah lagi bila lipas tu dengan selambanya mendarat di atas wajah Hee. Oh seksanya. Nak tepuk lipas, boleh pula lipas tu terbang dan hasilnya, Hee menepuk wajahnya sendiri.

Kesimpulannya, mood Hee tak baik harini. Pembetulan, mood Hee tersangatlah buruk harini.

Hee turun dari kereta usai memarkirkan keretanya di tempat parkir. Pintu kereta dihentamnya kuat. Di wajahnya tiada langsung secalit senyuman. Ha tengok.

Baru sahaja berjalan beberapa tapak, dirinya dilanggar oleh seorang lelaki comel secara tidak sengaja. Bukan Hyeongjun ya. Lelaki comel itu meminta maaf sejurus melanggar si gadis cantik.

"Joesonghabni—"

"Yah! Takde mata ke? Lain kali jalan guna mata!" Hee mula menengking. Terpinga-pinga lelaki itu jadinya. Wah, muka je cantik tapi perangai—

"Saya ada mata sis. Tapi saya—"

"Takde otak?" sampuk Hee. Uyo, terdiam terus lelaki itu jadinya. "Huh, mata ada 4 dah," ujar Hee sambil melihat lelaki itu atas bawah. Sempat lelaki itu memegang cermin matanya. Wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia terasa. Hiks, eommaaa!

Thumbelina  [ ✔ ]Where stories live. Discover now