CHAPTER 10 💝

92 16 4
                                    

'PPANG'

Tamparan diberikan oleh Tuan Lee kepada Mark. Mark memegang bibirnya yang berdarah.

"kau mulut itu jaga sikit boleh. Ni bakal mak tiri kau. Jadi, kau hormat dia. Sebab, aku nak ceraikan mak kau". Mark pandang tajam kepada Tuan Lee.

"kau nak buat dia jadi bakal isteri kau yang ketiga ke? Sudah tu, kau ceraikan mama Taeni, pastu kau nak ceraikan mak aku pula?". Mark membetulkan rambutnya dan kedudukannya berhadapan dengan bapanya.

Tuan Lee hanya diam. Mark meninggalkan mereka didalam rumah dan keluar dari rumah.

Sedang Mark berjalan dia hanya terpikir lebih bagus di duduk di bangku taman yang berjauhan sedikit dari rumahnya.

Mark termenung dan tanpa dia sedari airmatanya berguguran dipipi Mark.

Dia menjerit kegeraman. Mahu saja dia menumbuk muka ayahnya. Tetapi apakan daya dia anak sahaja.

Mark memeluk kakinya dan menangis di dalam dakapan itu.

"ehem-ehem. Nak aku bagi kau,jangan menangis aku tak pernah tengok pula lelaki smart macam kau ni menangis". Kata seorang budak memberikan dia sehelai kain untuk lap airmatanya.

Mark mendongakkan kepalanya dan ternyata orang itu,....

'CHOI SERIM' Budak dia suka buli itu.

Mark hanya melihat kain itu dan melihat muka polos Serim itu.

"eh, orang bagi dia tak nak pula. Jarang aku tengok takde sesiapa tak nak ambil kepunyaan aku." katanya lagi.

Mark membetulkan keadaannya.

"kau buat apa kat sini? Kau ikut aku eh?". Kata Mark, tersentak Serim apabila dia berkata begitu kepada Serim.

"eh jangan berangan aku selalu duduk sini sebab, rumah aku depan itu je. So, aku suka duduk sini. Kebetulan, kau pula ada jadi aku pun datang la tengok kau ni".  Terang Serim panjang lebar.

"nah, ambil. Aku lenguh ni." Serim menunjukkan kain di tangannya. Mark keras kepala tidak pedulikan.

"dah, jangan menangis. Aku tak suka lelaki yang aku kenal menangis. Menyusahkan aku nak pujuk nanti". Serim duduk di sebelah Mark dan melapkan airmata yang berguguran tadi.

Mark terkejut akan tindakan Serim ini.

"k-kau d-dah ke-napa?". Mark blushing sebab belum lagi mana-mana perempuan menyentuh dia sebegini sekali.

'dup-dup'

Debaran hati Mark sangat laju. Dia sendiri tak tahu apa terjadi.

Meanwhile:

'eh pasal jantung ni. Jangan buat hal la, aduh belum pernah rasa macam ni sekali kalau dengan Ten pun' detik hati Serim.



***************
Hai guys thanks to read my story.
I know I'm nope.
But Just enjoy it.

ℙ𝕖𝕞𝕓𝕦𝕝𝕚 𝔹𝕖𝕤𝕒𝕣 𝕊𝕖𝕜𝕠𝕝𝕒𝕙 - 𝕄𝕒𝕣𝕜 𝕃𝕖𝕖√Where stories live. Discover now