7 | 𝕭𝖊𝖆𝖚𝖙𝖎𝖋𝖚𝖑 𝕽𝖔𝖘𝖊

75 11 9
                                    

⊱ ────── {⋆⌘⋆} ────── ⊰
P O E M
Title : Pain Ends
By : Katy A. Brown
⊱ ────── {⋆⌘⋆} ────── ⊰

Rose mengeluh perlahan.

Selepas tamat sahaja kelasnya tadi, dia terus keluar dari kolejnya menuju ke arah kafe kegemarannya yang berdekatan dengan rumahnya. Dia langsung tidak menunggu Brynlee. Dia tidak mahu bersoal siasat dengan gadis itu kerana dia tahu yang gadis itu akan bertanya macam-macam mengapa dia menangis tadi. Rimas dia nanti.

Dia sendiri tidak sedar yang air matanya mengalir dengan begitu mudah sekali apabila berada di hadapan orang. Biasanya air matanya takkan sesenang itu mengalir kerana dia pandai kawal emosinya. Adakah hatinya terlalu sakit kerana Kai langsung tidak memandangnya? Sejak bila hatinya menjadi seperti ini? Mudah sangat jatuh suka pada orang yang dia baru kenal sehari. Sehari ya.

Bukannya seminggu!

" Breathe in the fresh air, "

" Put your mind at ease. "

" Let down your hair, "

" Let it flow in the breeze. "

Rose mengeluh perlahan buat kali kedua.

Tangannya mencapai beg tangannya lalu mencari sesuatu di dalam begnya itu. Earphone. Sebaik sahaja jarinya dapat mencari earphone, dia terus pakaikan earphone itu pada kedua-dua belah telinganya dan menyambungkan earphone itu pada telefonnya. Dia tengah berfikir dia mahu pergi ke mana selepas ini. Dia perlu tenangkan diri dahulu. Sebelum dia pulang ke rumah.

Untuk menceriakan kembali moodnya, dia perlu memasang lagu yang boleh buat dia hype dengan mudah. Lagu apa ya? Hmm. Dia ada banyak lagu.

Tapi tidak tahu mahu dengar yang mana satu.

Mungkin dia perlu dengar lagu ini.

Yes!

Lagu ini yang paling sesuai.

Kepala Rose mula terangguk-angguk mengikut alunan muzik di telinganya. Mudah sahaja moodnya beralih. Salah satu lagu kegemarannya, So What from BTS. Bukan promote ya. Maaf.

" Let your eyes wander "

" To all the beauty to be seen. "

" If those toxic thoughts you still do ponder, "

" Then let out a scream. "

Rose menutup matanya sambil menghayati lagu itu. Nasib baik pelanggan tidak terlalu ramai di dalam kafe ini membuatkan suasana di kafe ini sangat tenang. Tiada sebarang gangguan. Rose suka akan suasana ini. Terus hilang masalah.

" We are we are we are, young and wild and free.. "

" Dabdo eobsneun gomin gomin geu soge ppajyeo issji ma..... "

Rose mula menyanyi dengan perlahan.

" Gyeonggyeseon wieseo witaelobda haedo usgo tteodeulmyeo balameul galeuja... "

𝕭𝖊𝖆𝖚𝖙𝖎𝖋𝖚𝖑 𝕽𝖔𝖘𝖊  ( Slow Update )Where stories live. Discover now