8: Kahwin juga akhirnya!

599 31 0
                                    


Liany menghempaskan dirinya ke atas katil bersaiz king itu. Katil yang empuk dan sangat selesa itu bagai mengurut tubuh Liany terasa sengal seluruh badan. Hotel banyak star katakan, mestilah selesa semuanya.

"Hai sayang, laju naik katil. Dah tak sabar sangat ke?" Faliq yang membawa masuk bagasi mereka berdua menjungkit-jungkit keningnya. Liany hanya mengalih pandang sebelum kembali memejam mata.

"Jangan nak mengada eh. After a longggggg week, kepenatan semua baru terasa. Just give me five minutes, nak relax kejap. Betulkan pinggang saya ni."

"Saya pandai mengurut, nak saya urutkan?" Faliq berdiri di sisi katil. Liany pantas mengangkat tangan ke arah Faliq.

"No, thank you. Awak ni, saya bukan nak menggoda awak eh. Saya betul-betul rasa nak tercabut belakang tau tak. Awak tak apalah, semalam baru tunjuk muka."

"Saya juga kena."

"Dah betul apa. Konon lepas tunang nak cuti sampai majlis. Nan hado..."

"Yelah, yelah saya salah. Sampai menangis-menangis tunang saya masa tu."

"Tau tak apa. Macam tak adil tau tak."

"Apa yang tak adil?"

"Semua yang saya lalui tu. Saya urus majlis sorang-sorang. Okay mak dengan ibu dan lain-lain ada tolong tapi saya yang kena buat keputusannya. Lepas tu, awak pun senyap seribu bahasa and..." Liany diam.

"And?"

"I'm too tired, let me sleep for a while." Suara Liany sebelum mengiring tubuh dan terus diam. Faliq melabuh duduk di birai katil.

"Jangan simpan sorang-sorang. Rehat dulu, nanti bangun mandi and solat. I'll wait for you." Faliq kemudian bangkit dan berlalu ke bilik mandi. Faham, Liany masih menyembunyikan rasa sendiri. Mujur sahaja, hari ini Liany Binti Fitri tersenyum manis di atas pelamin. Faliq menggeleng sendiri mengingat kejadian selepas akad nikah antara dia dan Liany. Senyuman melebar. Aduh! Jatuh cinta lagi.

"Liany, cepat hulur tangan dekat suami kamu tu, dia nak pakaikan rantai tangan." Suara Puan Rose kepada Liany yang seakan terkaku di atas pelamin. Faliq telah lama berada di depannya. Merenung wajah isteri yang tampak manis dalam busana berona 'carnation pink'.

"Boleh ke mak?" Entah kenapa soalan itu yang terpacul dari mulut Liany ketika itu. Liany berdebar sejak awal pagi. Kini, apabila semua telah sah antara dia dengan Faliq debaran itu semakin kuat. Apabila Faliq merenung dia, dengan senyuman yang semakin manis di depannya. Liany terasa debaran itu kian nyata. Bukan debaran kerisauan tetapi debaran lain macam!

"Apa punya soalanlah dia ni. Dah boleh dah. Cepat." Puan Rose menarik tangan Liany, memaksa Liany cepat menghulurkan tangan untuk upacara 'membatalkan air sembahyang'.

Liany memandang Faliq di depannya. Faliq masih tersenyum, menghulur tangan ke arah Liany, isterinya. Liany memandang Faliq dan tangan yang dihulurkan berulang kali.

"Boleh saya?" Faliq menyoal, sambil menunjuk dengan gerak mata ke arah tangannya. Liany teragak-agak, namun tetap menghulurkan. Faliq menyambut tangan Liany dengan lembut menggenggamnya. Liany seakan tersentak dan mahu menarik namun akhirnya dia membiarkan tangannya di dalam genggaman Faliq.

"Kenapa sejuk sangat tangan ni?" Faliq menyoal Liany dengan nada bisik-bisik. Liany menggeleng dengan senyuman malu-malu.

"Awak nervous ke?" Faliq menyoal lagi, sambil memakaikan rantai tangan ke tangan Liany.

SAYA GANTI TEMPAT DIA, BOLEH?Where stories live. Discover now