Bab 23~{What Happend with Kyril & Irene?}

299 39 20
                                    


Sebulan kemudian

Kyril memarkirkan keretanya di hadapan sebuah rumah.

Dia keluar dari kereta. Jambangan bunga yang diletakkan di tempat penumpang diambil sekali.

Pintu rumah diketuk beberapa kali dan seorang wanita menjawab ketukan itu.

"Selamat pagi." Kyril bersuara dengan teruja. Jambangan bunga yang dibawanya diberikan kepada wanita itu.

"Kyril, kenapa awak susahkan diri?" Si wanita mengambil bunga itu.

Kyril tersenyum.

"Saja. Lagipun, saya teruja nak bawa awak keluar hari ni, Natalie."

Maria hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba Kyril ternampak Zach melintas di belakang Maria.

"Hai, Zach." Kyril menyapa sambil melambai ke arah remaja lelaki itu.

Zach menoleh dan menunduk sebagai balasan kepada sapaan itu. Remaja itu kembali menuju masuk ke ruang dapur.

"Awak dah siap ke?" Kyril bertanya pada Maria.

"Dah."

"Baguslah! Jom kita gerak sekarang?"

Maria mengangguk setuju.

Mereka berdua pergi ke sebuah pusat beli-belah dengan menaiki kereta Kyril.

*****

3 jam kemudian

Setelah puas membeli-belah, mereka berdua singgah di sebuah reestoran.

Mereka berdua mengambil tempat di tepi kaca kedai itu.

Kedua-dua mereka memesan makanan dan menunggu pesanan mereka. Sambil itu, mereka sembangkan sesuatu.

"Macam mana dengan kerja awak dekat kampus?" Maria bertanya, memulakan perbualan.

"Macam biasalah, agak banyak dan memenatkan sikit. Tapi saya dah biasa, jadi tak kisah sangat," jawab Kyril dengan senyuman terukir di bibir.

Maria turut tersenyum. Tetapi, senyumannya itu tiba-tiba memudar. Riak wajahnya tiba-tiba berubah.

"Kenapa? Ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak ke?" Kyril bertanya risau.

"Kalau saya tanya, harap awak tak marahlah."

"Ya?"

Maria diam sejenak.

"Awak ada apa-apa hubungan dengan Puteri Irene ke?"

Soalan itu membuatkan Kyril hampir tersedak air yang diteguknya.

Dua minggu setelah kepulangan semula Kyril, Irene telah diperkenalkan kepada umum sebagai puteri sah Kerajaan Venery dan dia adalah puteri mahkota kerajaan tersebut.

Ini semua atas permintaan Emilia sendiri.

Emilia dan Irwin telah kembali ke Kerajaan Venery dan meninggalkan Irene di bawah jagaan Diera. Tujuan dia meminta Diera mengumumkan identiti Irene kepada umum adalah kerana, dia tidak mahu anak gadisnya itu diganggu oleh orang luar.

Meskipun dia tahu yang anak gadisnya itu mampu menjaga diri dan mempertahankan diri, namun hati ibunya masih juga tidak akan tenteram.

"Mana awak dengar semua tu?" Kyril bertanya dengan kerutan di dahi.

Baru Maria mahu membuka mulut, makanan yang dipesan sampai.

Setelah itu, wanita itu kembali membuka mulutnya.

Zodiac BoyWhere stories live. Discover now