"Dah la Felix! Alasan apa lagi awak nak bagi dekat saya. Dulu pun saya ingat kawan saya menipu, tapi kalau semalam dia sampai bagai bukti, saya takboleh ! Kita putus je lah"
Jungha merentap tangannya daripada pegangan Felix.
"No Jungha. Takkan dengan satu gambar awak percaya semua benda. C'mon! Sekarang zaman teknologi, semua boleh edit. Apatah lagi gambar merepek mana tu!"
Kali ini Felix pula yang cuma mempertahankan dirinya walaupun apa yang dikata Jungha benar belaka. Jungha berhenti lalu melihat Felix kembali
"Jangan macam macam lah Felix. Kenapa cuba tegakkan benang yang basah dah?!"
"Pergilah awak nak pergi mana. Alih alih, awak kepada saya jugak"Felix mengangkat dua tangannya lalu letakkan atas kepala. Senyum sinis terbit.
Jungha agak terkejut lalu mengambil handbag dia yang berada diatas Dinning table. Pintu rumah dia tuju, mahu keluar dari rumah dia dan Felix
"Hah??!"
Agak terkejut apabila muka Puan Lee, berada betul dihadapan pintu."Jungha nak pergi mana ni?"
"Aae-"Jungha yang agak terkesima itu tidak berkata apa-apa. Felix serta merta datang kearah mereka lalu memeluk leher Jungha.
"Itulah awak. Nak jugak beli barang dapur. Kan saya kata mama nak datang. Tak lah mama, Jungha ni nak pergi beli barang masak. Dia ingat saya tipu dia"
Puan Lee mengangguk
"Macam macam Korang berdua ni. Jom kita pergi makan"
--
Jungha yang tidak langsung tertarik kepada hidangan itu, hanya bermain dengan garfu. Puan Lee yang agak pelik dengan perilaku Jungha itu mula menyoal
"Jungha kenapa ni? Tak sihat ke? Kalau tak sihat, jom kita balik"
"No mama. Sebenarnya saya dengan Felix dah--"
Felix menyengol bahu Jungha, membuatkan perempuan berikat rambut itu ketepi sikit
"Eh apa main tolak tolak ni Felix?! Sebenarnya apa Jungha?"
"Sebenarnya kami dah rancang nak kahwin. Ha itu lah apa yang Jungha nak cakap"Felix memotong. Puan Lee tersenyum dan sengih
"Amboi amboi. Jauh lagi perjalanan. Habis belajar dulu baru boleh kahwin"
Kedua beranak itu ketawa tetapi tidak Jungha yang sakit hati dengan Felix. Nak saja dia tarik rambut blonde Felix itu. Tapi, bila difikirkan balik, mesti Puan Lee kecewa. Dia memang mahukan Jungha sebagai menantunya
Dia mengeluh perlahan lalu mengukir senyum kecil terpaksa
--
Felix mengikut langkah Jungha lalu menarik tangan gadis itu dan serta merta wajah Jungha berada didepan mukanya
"Apa lagi awak nak Felix?!"
"Okay fine! Semua tu betul. Saya ada scandal belakang awak! Puas hati"
"Huh saya agak dah! Dahlah Felix, baik kita putus je sekarang ni! Saya benci manusia yang tak bertanggungjawab dan penipu!"
"Never. I'm sorry. Okay. That's my fault"Felix memeluk Jungha seerat mungkin kerana dia tahu Jungha ingin ke biliknya mengemas baju, tinggalkan rumah ini dan dia seorang diri
"Nothing works right now Felix. I can't"
"Please Jungha i still love you"
Jungha meleraikan pelukan itu lalu melihat Felix.
"Habis tu, siapa Liya?"