PART 3

747 58 0
                                    

"Buat apa kau nak teman depan-depan aku. Kau tunggu lah kat tepi bilik air ni."

"Oo okay-okay."

Bilik air kat rumah maksu ni petak segi tepat. Jadinya bilik air tu di bahagi dua. Sebelah sana untuk membuang. Tempat yang aku berdiri tu tempat untuk mandi. Kiranya macam 2 in 1 la. Dengan pakai mentol warna kuning. Meningkatkan lagi keseraman yang ada. Oleh kerana lenguh berdiri, aku duduk cangkung dekat tepi dinding. Dah siap shira melunaskan hajat dia, aku dengan shira terus masuk ke dalam. Masa aku dengan shira nak melangkah masuk ke ruang tamu, tiba-tiba langkah kaki aku mati. Aku berpaling ke kanan. Aku perasan seseorang tengah berdiri di tepi dinding. Shira yang perasan aku berhenti, terus dia berpaling dan patah balik ke arah aku.

"Kenapa?" Tanya shira.

"Tu" Tunjuk aku.

Shira terus menjenguk didapur.

"Oh mawar, oi mawar kau buat apa tu?" Tanya shira.

Yang peliknya 'mawar' yang dikatakan oleh shira tu tak menyahut. Aku dah pelik. Shira lagi pelik. Belum sempat aku dengan shira nak pergi dekat dengan mawar, tiba-tiba.

"Buat apa korang berdua ni?"

Aku langsung berpaling ke ruang tamu. Shira pulak dah melompat ke arah aku. Terkejut yang dirasai oleh aku dengan shira memang tak boleh bawa bincang.

"Kau dah kenapa mawar?" Marah shira.

"Tak ada lah. Korang berdua buat apa malam-malam ni?"

Aku memandang mawar tanpa bicara. Otak aku ligat memikirkan apa yang dah terjadi sekarang ni. Macam mana mawar boleh ada dekat ruang tamu sedangkan mawar tadi dekat dapur. Otak aku jem kejap.

"Aku pergi tandas lah. Kau tu?"

"Oh. Aku pun nak ke tandas gak. Sakit perut lah. Korang teman aku lah."

Aku dengan shira hanya menganggukkan kepala lantas aku menarik kerusi dan duduk. Meja makan tu bahagian tepi dan bertentangan dengan dapur. Aku terus gamit shira dan mintak dia duduk.

"Ada apa?" Tanya shira.

"Kalau tadi tu mawar, dekat dapur tu siapa?" Tanya aku dengan suara yang diperlahan kan.

Lepas je aku cakap macam itu, mulut shira terus terlopong besar. Aku dengan shira cepat-cepat bangun dan melangkah ke dapur. Tapi tak ada apa-apa. Aku berpandangan dengan shira. Oleh kerana rasa tak best, aku dengan shira terus berlari naik ke tingkat dua. Sampai saja dekat tingkat dua. Aku dengan shira terus tergamam. Aku berpandangan sesama sendiri lagi dengan shira.

"Siii... siiapa depan kita ni j?" Tanya shira tergagap.

KOLEKSI KISAH BENAR 2Where stories live. Discover now