Teaser 25

112 4 0
                                    


“Berhenti panggil Sarah sayang kalau abang dah ada orang lain. Tolonglah abang. Jangan main-mainkan Sarah.” Tangan Sarah ditarik, lepas dari pegangan suaminya. 

“Orang lain? Siapa?” Asyraf mulai tegas. 

“Abang masih nak menafikan? Sarah tahu lepas Sarah keguguran, Sarah dingin dengan abang. Emosi Sarah tak stabil. Sarah takut hal yang sama jadi buat kali kedua. Sarah takut kecewakan abang sekali lagi. Sarah tahu abang teruja nak ada baby. Tapi Sarah tak mampu nak bagi. Tapi, kerana ini, abang tak berhak nak ketepikan Sarah.”

Asyraf menghela nafas berat. 

“Boleh bagitahu pointnya tak sayang daripada cakap berbelit-belit macam ni? Abang tak faham. Kenapa sayang nak fikir pasal masalah baby, masalah sayang keguguran, masalah abang teruja nak ada baby. Itu dulu, sayang. Dua tahun dulu. Sekarang abang tahu sayang perlukan masa. Okey, ambil masa sayang. Cuma kita teruskan hidup kita macam biasa. Itu je yang abang nak. Abang tak minta lebih.”

“Betul ke macam tu? Kenapa Sarah rasa lain?” Tersentak Asyraf lagi dengan pertanyaan Sarah. 

“Maksud sayang?”

“Okey, Sarah terus-terang. Tapi abang jawab dengan jujur. Jangan selindung dengan Sarah. Dari tengah hari tadi Sarah rasa diperbodohkan. Sarah cuba untuk beriak biasa, tapi Sarah tak mampu.” 

Wanita itu bingkas bangun dari duduknya. Telefon bimbit dari atas meja soleknya diambil. Sarah berdiri di hadapan Asyraf yang masih duduk. Setelah layar skrin disentuh, sarah mengangkat telefon itu dan menyua ke wajah Asyraf. 

“Ini apa maksudnya, abang?” Berderai air mata Sarah saat itu juga. 

Asyraf terpempan di situ.

Oh Tuhan! Sarah sudah tahu!

Kepala Asyraf tertunduk ke bawah menekur lantai. Apakah kali ini hubungan mereka benar-benar akan berakhir? 

 Apakah kali ini hubungan mereka benar-benar akan berakhir? 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin
03 Ogos 2021

Gadisku Miss Latah [TERBIT] Where stories live. Discover now