Ikhsan Jadi Kasih

6.7K 32 0
                                    

Razi dan Abg Mizi duduk dalam satu lorong di taman perumahan kos rendah dan kebertulan mereka bekerja di kilang yang sama. Razi sebagai juruteknik berusia lewat 20an dan masih bujang sementara Abg Mizi berusia lewat 40an menjadi penyelia pengeluaran dan istierinya Kak Timah berusia awal 40an tidak bekerja hanya mengambil upah menjahit di rumah .Anak anak mereka seramai 3 orang ,dua darinya telah bekerja dann berumah  tangga dan tinggal di ibu kota .Hanya anak lelaki yang bungsu bersekolah dan duduk di asrama  dalam daerah yang sama.   

Akibat kemalangan yang berlaku di kilang ,Abg Mizi mendapat kecederaan parah di kedua dua kaki dan terpaksa di potong dan diberhentikan kerja atas dasar kesihatan. Dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak  dan duduk di rumah sepanjang masa. Sebagai seorang yang aktif dan cergas ,Abg Mizi menjadi murung ,stress dan putus asa yang menyebabkan Kak Timah turut terkesan dan tertekan.Dia tidak lagi mengambil upah kerana mahu memberi tumpuan pada Abg Mizi. 

Razi yang telah di anggap sebagai adik angkat banyak membantu dan menolong kedua dua mereka  dan ada kalanya menjadi 'orang tengah' untuk mendamaikan karenah kedua dua mereka. Razi sering berhubung dengan anak anak mereka untuk memaklumkan perkembangan Abg Mizi .kak Timah ku lihat hampir putus asa untk berhadapan dengan Abg Mizi dan karenah nya dan berharap pada ku untuk membantu nya.

Ikhsan Jadi Kasih( Completed)Where stories live. Discover now