sembuh ♥️|Bab 75

1K 101 53
                                    

  
        

              Doktor Adam melangkah masuk ke dalam bilik rawatan Hakimi.

"Hai Encik Hakimi. Rasa baik dari semalam ?" Tanya Doktor Adam.

"Fell better. Bila saya boleh discharge" tanya Hakimi. Sambil memandang isterinya yang duduk di atas kerusi. Bosan tau di hospital. Tak boleh nak buat apa-apa.

"Hari ini. Berdasarkan rekod encik Hakimi , encik dah boleh keluar hari ini." Ujar doktor Adam.

"Tapi saya nasihatkan encik selepas keluar dari klinik ni. Jangan buat kerja yang berat-berat. Takut nanti bekas jahitan luka awak terbuka"

"Baik doktor saya faham" ujar Hakimi.

"Kalau ada apa-apa , nanti panggil saja saya" ujar doktor Adam. Doktor Adam. Melangkah keluar meninggalkan bilik rawatan Hakimi.

"sayang abang dah boleh keluar" ujar Hakimi gembira.

"ye abang dah boleh keluar." Ujar Adelia. Dia sibuk mengemaskan sedikit baju Hakimi.

Hakimi melihat isterinya yang mengemas pakaiannya lalu di letakkan di dalam beg pakaiannya. Dia nak tolong , tapi keadaan tidak mengizinkan. Dia tidak boleh bergerak terlalu aktif.

               Selesai membuat pembayarannya di kaunter. Mereka berdua melangkah keluar menuju ke tempat parking kereta. Nak tak nak terpaksa juga Hakimi memandu kereta. Nak suruh isterinya bawa kereta ? nak jatuh ke gaung ke ? ,dah la isterinya tak reti bawa kereta.

Hakimi cuba memandu kereta seperti biasa. Lalu di pandu menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu pulang ke rumah mereka.

Hakimi menoleh ke siyernya sekilas. Dia melihat isterinya yang tidur. Sungguh penat. Dengan perut yang makin hari makin besar.

Dah macam pengguin dia lihat isterinya.

Hakimi meletakkan kereta di dalam garaj , lalu mengejutkan isterinya dari tidur yang sangat lena.

"sayang bangun. Kita dah sampai " ujar Hakimi lembut.

"kita dah sampai ?" Tanya Adelia mamai. Sambil menggosok lembut matanya.

"Aip kenapa gosok mata ni ?"

"jangan gosok nanti luka maya sayang" ujar Hakimi lembut.

Hakimi mengeluarkan beg pakaiannya dari bonet kereta. Adelia melangkah masuk ke dalam rumah lalu tidur di atas sofa dengan keadaan belum membuka tudung.

    Hakimi hanya menggelengkan kepala melihat telatah isterinya. Sungguh penat. Dia naik ke kamar mereka lalu membaringkan diri sebentar sebelum nak membersihkan diri.

Hakimi turun ke bawah semula. Melihat isterinya tidur. Dia membuka stokin isterinya dengan berhati-hati agar tidak terjaga dari tidur nya. Selesai membuka stokin , Hakimi membuka perlahan-lahan tudung isterinya lalu di letakkan di dalam bakul kain kotor. Dan membuka scarf rambut isterinya. Dan di cempung tubuh kecil isterinya , menuju ke kamar mereka. Hakimi meletakkan isterinya di atas katil. Lalu menuju ke kamar mandi.

       

              "Assalamualaikum , ini rumah Maisarah binti Hamid ke ?" Tanya seorang lelaki berpakaian uniform polis.

"ye saya"

"sila ikut kami ke balai. Kerana cik Maisarah terbabit dalam kes bunuh encik Hakimi minggu lepas."

"Hey ! , Saya tak bersalah la. " Ujar Maisarah seperti ingin melarikan diri. Tetapi tidak berjaya apabila tangannya di gari oleh  inspektor wanita .

"Apa apa pun . Cik sila terangkan nanti bila sampai di balai nanti " ujar inspektor Aiman.

Kereta polis meninggalkan kondominium rumah milik cikgu Maisarah lalu menuju ke balai polis.

             "Fariz esok kita  dah nak nikah kan" ujar Mohaizah girang. Tidak sabar dia nak naik pelamin bersama dengan encik tunang.

"ye esok kita dah nak nikah sweetie" ujar Fariz. Sambil tersenyum melihat gelagat cink tunangnya. Mereka dah nak nikah , awak bila lagi ?

"But sweetie please prepare yourself for the first night later" ujar Fariz sambil tersenyum senget.

"Ehh otak awak ni kan senget la !" Ujar Mohaizah geram. Dia mencubit lengan Fariz. Geram tau !

"Hahaha , pucat dah muka awak , awak takut ehh ? " Tanya Fariz. Suka sangat mengusik Mohaizah.

"Dah la  , malas saya nak bercakap dengan awak" ujar Mohaizah geram. Sakit hati dengan perangai Fariz yang suka mengusik dia.

"Elleh cik tunang kita merajuk la" ujar Fariz sambil suara di kepitkan.

"Aip , Awak jangan la buat suara macam tu. Saya gelik la dengar" ujar Mohaizah

"Tak sangka kan Mohaizah. Esok kita nak nikah dah" ujar Fariz.

"yups"

Semoga urusan mereka dipermudahkan esok !

           Adelia , bangun dari tidurnya. Dia melihat sekeliling bilik itu. Bukan ke dia di atas sofa. Kenapa dia boleh ada di atas katil ni.

"Hey sayang. Dah bangun ?" Ujar Hakimi. Baru sahaja keluar dari tandas dengan memakai sehelai tualai berparas pinggang. Terlihat beberapa six pack nya.

"Ayang , tengok apa tu ?" Tanya Hakimi.

"Takde lah abang" ujar Adelia malu.

Hakimi menggelengkan kepala. Dia mencari baju di dalam almari , hari ini dia memakai baju polo berlengan pendek dan di padankan dengan seluar track suit.

"Sayang pergi mandi. " Ujar Hakimi lembut.

Adelia turun dari atas katil lalu menuju ke kamar mandi.  Hakimi turun. Dari bilik mereka lalu menuju ke dapur untuk memasak tengahari. Nak suruh isterinya masak ? , Nak terbakar dapur.

Hakimi teringat kisah lalu yang di mana isterinya pertama kali belajar memasak .

          Throwback-

"Abang macam mana nak masak ikan goreng ni ?" Tanya Adelia kalut.

Hakimi melihat isterinya yang melompat lompat takut minta tersebut terkena kepada kulit nya.

Hakimi menggelengkan kepala. Bukan main terkejut dia apabila melihat asap berkepul-kepul. Dia menuju ke arah isterinya yang mengibas ngibas wajahnya .

"Sayang awak buat apa ni ?, Awak nak bakar rumah kita ke ?" Tanya Hakimi.

Hakimi meletakkan isterinya di atas kerusi lalu memadamkan api di api gas.

"Sayang duduk kat kerusi tu , abang nak masak " ujar Hakimi.

 
            "MIMI SOFEA ?"  Tanya Azhar

"ye saya ?" Bukan main terkejut Mimi apabila melihat Azhar yang menegurnya sebentar tadi. Dah glowup ehh. Putih , tunggi dan hensem full package.

"Mimi awak buat apa kat sini ?"tanya Azhar. Banyak kali dah Azhar cuba menghubungi telefon Mimi tapi tidak dapat dihubungi.

"saya kerja kat sini" ujar Mimi tanpa berselindung. Dia bukan anak orang kaya. Nak sambung belajar. Dia perlu bekerja kerana dia mempunyai dua adik beradik nak di sara.

"Awak tak sambung study ke ?" Tanya Azhar.

"macam mana saya nak sambung ? , Saya bukan nya anak orang kaya , nak sambung belajar." Tipulah kalau Miki tidak sedih. Mestilah sedih. Semua remaja seperti dirinya sambung belajar tetapi dia , mesti berkerja nak menyara kehidupannya.

"Mimi kenapa awak tak bagi tau saya awal awal ?. Saya boleh tanggung pembelajaran awak la" ujar Azhar lembut.

"saya tak nak susah kan awak Azhar" ujar Mimi lembut. Dia malu nak minta tolong kepada Azhar.

"Awak jangan nak malu malu ehh. Awak kan bakal isteri saya." Ujar Azhar lembut.

Hello gais 🐼💕

                            Good night 💕

           41121

By the way , 1. 11 bekas birthday author 🐼💖

                

Mrs. Faiz Hakimi (complete) ✅Where stories live. Discover now