05|🍀sibling

180 40 19
                                    

Mingyu memandang keadaan gudang mereka yang berselerak dengan panahan mata yang tajam. Kekecohan yang ditimbulkan oleh orang Kim Hanbin membuatkan darahnya menggelegak.

"Berapa banyak yang mereka ambil?" soal mingyu sambil memerhatikan gudang yang penuh dengan senjata itu.

"Mereka tidak ambil apa-apa cuma mereka merosakkannya" jelas anak buahnya yang bertanggungjawab menjaga gudang ini.

"Kemas tempat ini dan ingat aku taknak perkara ini berlaku lagi. Kalau berlaku lagi, aku tak dapat selamatkan korang semua daripada Tuan Jugkook. Faham?" ujar Mingyu tegas sambil melihat wajah anak buahnya yang hanya berdiri tegak dihadapannya sekarang.

Anak buahnya hanya menganggukkan kepalanya lalu sambung melakukan kerjanya. Mingyu melihat buat kali terakhir sebelum berjalan melangkah ke bilik Jeon Jungkook untuk melakukan tugasnya.

Disaat tangan memulas tombol pintu bilik milik Jeon Jungkook, matanya menangkap sesorang yang sudah duduk dengan megahnya di sofa yang ada dalam bilik itu. Mingyu melihat sekeliling bilik ini sebelum menutup rapat pintu bilik itu.

"How are you doing my little brother?" soal namja itu sambil tersenyum sinis memandang wajah adiknya.

Mingyu hanya memandang tanpa menjawap persoalan abangnya. Baginya, soalan itu bukanlah perkara sebenar yang ingin disoal abangnya.

"Apa yang hyung nak sebenarnya? tak puas lepas apa yang anak buah hyung buat dekat sini?" soal Mingyu kasar.

KIM HANBIN tersenyum sinis memandang wajah adiknya, KIM MINGYU.

"Wae kau ini bodoh sangat? Terlalu setia dengan Tuan kau yang lemah itu?" soal Hanbin sinis.

"Sekurang-kurangnya dia bukanlah syaitan yang selalu membunuh orang macam hyung yang tak ada hati perut" balas Mingyu sinis. Dan ya dia dapat melihat perubahan wajah di muka hyungnya.

Hanbin mengeluh kasar lalu mengeluh berat. Cuba untuk mengawal perasaannya sekarang. Dia kemudian tersenyum ke arah adiknya lalu berdiri. Ruangan bilik Jungkook diteliti sambil kakinya melangkah mengelilingi bilik ini.

"Jangan terlalu naif my little brother. Kau sedar bukan yang kita dalam dunia kegelapan. Kita berada dalam dunia mafia yang sentiasa membunuh tanpa belas kasihan. Dan aku sebagai mafia sanggup membunuh sesiapa sahaja asalkan aku mendapat kesenangan"

"Termasuk omma dengan appa?" soal Mingyu kasar lalu menatap tajam ke arah anak mata Hanbin. Hanbin hanya memandang kosong ke arah adiknya.

"Aku datang sini cuma untuk beri peringatan. Jaga Tuan kau baik-baik sebab aku akan hancurkan hidup Jeon Jungkook" ujar Hanbin tegas lalu mula menapak ke arah pintu bilik Jungkook.

Sebelum dia memulas tombol pintu, dia memusingkan badannya lalu tersenyum sinis.

"It will be more fun if your master know the truth about our relationship my little brother. Right?" soal Hanbin sinis lalu melangkah keluar dari bilik itu.

Mingyu hanya memerhati langkah abangnya lalu mengeluh berat. Punggungnya dilabuhkan di sofa lalu meraup kasar wajahnya.

Inilah yang paling dia takuti apabila abangnya Kim Hanbin membuat onar dengan Jeon Jungkook. Kerana dia tidak pernah beritahu Jungkook yang mereka sebenarnya adik-beradik. Malah, kalau boleh dia tidak mahu Jungkook mengetahuinya sampai bila-bila.













































Jungkook hanya memandang bosan ke ruang bilik Song Jihyo. Dia tidak pernah baring terlalu lama di atas katil. Sebelum ini kalau dia cedera, Mingyu akan merawatnya lalu dia menjalankan tugasnya seperti biasa.

Death [Jeon Jungkook]Where stories live. Discover now