Chapter 3

50 8 4
                                    

Keesokan harinya, seperti biasa Jiu akan melihat telefon bimbitnya. Jiu ternampak ada satu panggilan telefon yang tidak terjawab, apabila dibuka panggilan itu adalah dari Yoohyeon. Jiu membuka pesanan yang dia terima, dia mendengarnya dan terus menghubungi Yoohyeon. Hari ini adalah hari minggu, Jiu hendak bertemu Yoohyeon untuk menceritakan pekara sebenar.

Jiu menghubungi Yoohyeon namun tiada jawapan, Jiu berfikir positif mungkin saja Yoohyeon belum bangun kerana hari ini adalah hari minggu. Jiu menghantarkan pesanan kepada Yoohyeon.

Puppy💞
Morning awak, kalau awak tak sibuk saya nak jumpa awak, saya nak minta maaf atas pekara yang berlaku semalam.- Jiu

Jiu meletakkan telefonnya di atas meja dan dia terus ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai Jiu bersiap dan terus begerak ke dapur untuk bersarapan bersama keluarganya. "Kakak dah fikir apa yang ayah cakap semalam?" Soal adik Jiu. "Dah, kak tak nak tapi.." jawab Jiu. "Adik faham tapi, faham sajalah perangai ayah macam mana" kata adik Jiu.

"Hurm faham" balasnya. Jiu sambung makan dan terus memikirkan hal kelmarin. Dia memang betul-betul tidak mahu pergi ke London, bagi dia belajar di Korea sudah cukup baik, sekurangnya ramai rakan-rakan ada di Korea kalau di London dia hanya keseorangan.

"Kalau la boleh, akak nak ajak Yoohyeon sekali" kata Jiu. "Akak nak bawak dia?" Soal adiknya, Jiu menganggukkan kepalanya. "Harini sepupu kamu akan datang ke rumah" kata ibu mereka. "Kak Bora nak datang?" Soal adik Jiu. "Yaa" balas emak Jiu. "Aaa, sudah Sua nak datang" kata hati Jiu.

Jiu baru sahaja fikir untuk keluar bertemu dengan Yoohyeon, namun sepupunya hendak datang ke rumah. "Nak tak nak aku kena ajak Sua ikut aku la" kata Jiu. Setelah selesai sarapan, Jiu duduk di ruang tamu bersama adiknya, dia menunggu Yoohyeon membalas mesejnya tadi.

Ting~~ satu mesej masuk. Dia melihat mesej tersebut dan Jiu tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya iaitu Yoohyeon.

Puppy💞
Morning too, saya yang salah sebab buat awak risau, saya yang sepatutnya minta maaf. Maafkan saya awak, saya just tak nak awak tinggalkan saya- Yoohyeon

Jiu membaca mesej dari Yoohyeon. Lalu dia membalas.

Puppy 💞
It's okey dear. Saya risaukan awak. Kalau awak tak sibuk kita jumpa petang nanti ya- Jiu

Baik, kita jumpa di kafe biasa pukul 5 petang- Yoohyeon

Baik awak, take care- Jiu

Hati Jiu berasa lega kerana akhirnya Yoohyeon membalas mesejnya, dia faham bahawa Yoohyeon baru bangun dari tidurnya.

P.O.V Yoohyeon

Yoohyeon terjaga dari tidurnya, dia melihat ada panggilan dan pesanan mesej. Yoohyeon membuka pesanan telefon bimbitnya ternyata ada panggilan dan mesej dari Jiu.

Rabbit 💓
Morning awak, kalau awak tak sibuk saya nak jumpa awak, saya nak minta maaf atas pekara yang berlaku semalam.- Jiu

Yoohyeon membalas mesej dari Jiu. Dia rasa serba salah kerana telah membuat Jiu risau keatasnya. Setelah itu Yoohyeon pergi ke dapur untuk makan, perutnya terasa lapar kerana malam semalam dia tidak menjamah makanan. Yoohyeon membasuh mukanya dan mengambil makan sarapan yang telah disediakan oleh kakaknya.

Yoohyeon rasa gembira kerana petang harini dia dapat bertemu dengan Jiu, dia mahu mendengar segala penjelasan dari mulut Jiu, dia tidak mahu overthinking sekali lagi. Jujur kata hatinya, Yoohyeon memang betul-betul sayangkan Jiu. Mungkin kerana itu dia terlalu risau dan sakit setelah mendengar kata-kata Jiu.

END P.O.V

Ting tong~~~~

Jiu pergi membuka pintu setelah mendengar bunyi loceng rumahnya berbunyi. "Minjiyaaaa!!!" Jerit Bora setelah bertemu Jiu. Dalam keluarga Jiu dipanggil sebagai Minji, begitu juga Bora yang dipanggil Sua. "Suayaa!!" Jawab Jiu sambil tersenyum lalu memeluk Sua.

"Marilah masuk" jemput Jiu. Sua masuk ke rumah Jiu dan bertemu dengan mak dan adik Jiu. "Mana uncle? Kerja?" Soal Sua apabila tidak melihat ayah Jiu. Sua rapat dengan keluarga Jiu, ayah Jiu dah dianggap bapa olehnya. "Uncle macam biasa, weekend ni gi main Golf dengan kawan dia " jawab emak Jiu.

"Jom Sua, masuk bilik aku" ajak Jiu. Sua mengikuti Jiu dari belakang, tiba-tiba muncul idea nakal Sua untuk mengusik Jiu. Sua mendorong Jiu sehingga tersandar di dinding biliknya, Sua mendekatkan wajahnya ke wajah Jiu dan tersenyum. "Su,suaa" kata Jiu.

"Kenapa takut?" Soal Sua dengan senyuman nakal, lalu melepaskan Jiu dan ketawa. "HAHAHA kau ni, aku usik macamtu pun kau dah gelabah" kata Sua. " Gilaa kauu tak gelabahh, nafas kau tuh" kata Jiu malu. Sua hanya ketawa melihat wajah Jiu kemerahan.

"Kauu dengan budak tu macam mana?" Soal Sua. "Siapa? Yoohyeon?" Soal Jiu semula. "Haah Yoohyeon" jawab Sua, "ooh aku okey je dengan dia kenapa?" Kata Jiu. "Tak ada apa apa pun, saja tanya" balas Sua.

"Petang ni aku nak jumpa Yoohyeon, kau nak ikut?" Soal Jiu. "Boleh juga" jawab Sua. Mereka berdua berbual-bual dan bergelak ketawa dalam bilik. Kemudian mereka ke dapur dan membantu ibu Jiu masak makanan tengah hari untuk makan bersama. Mereka memasak, memotong sambil berbual.

Ayah Jiu meminta untuk Sua datang ke rumahnya, Sua juga tidak tahu kenapa dia diminta datang ke rumah Jiu. Mungkin ada pekara penting yang akan dibincangkan bersama Jiu dan Ayahnya. Sua sebenarnya sudah tahu hubungan antara Jiu dan Yoohyeon walaupun Jiu tidak membuka cerita. Baginya, Sua teringat akan seseorang yang berada jauh dimata.

#Terima Kasih kerana sudi membaca Fanfic saya.

 [C] REMEMBER ME?Where stories live. Discover now