외상 03

212 45 12
                                    

Yeosang termenung di luar balkoni rumahnya. Rasa bosan itu mula melanda dalam dirinya. Apabila dia melihat jam semula, sekarang masih lagi waktu pagi.

Ibu bapanya sudah lama keluar dari rumah untuk pergi kerja manakala Yeorum pula kini berada di kolej kerana hari ini hari Selasa. Yang tinggal hanyalah dia seorang sahaja.

Dia sedang menunggu ketibaan guru peribadinya untuk mulakan pelajaran baru. Tetapi sejak pukul 9:15 pagi lagi gurunya masih belum tiba. Mungkin ada hal? Tekanya.

Sedang leka dia termenung, dia terdengar bunyi loceng rumahnya ditekan oleh seseorang. Pasti gurunya sudah sampai! Pantas dia berlari menuju ke pintu utama untuk jemputnya masuk.

Buka sahaja pintu, Yeosang berkerut dahi. Susuk tubuh yang menghias pandangan dia itu bukanlah guru dia sebaliknya itu ialah Yunho, jiran yang baru berpindah ke sini kelmarin.

"Hai Yeosang!" Sapa Yunho mesra. Yeosang memandang dia dengan penuh janggal.

"Kau buat apa kat sini?" Yeosang tidak membalas sebaliknya menyoal kepada Yunho.

"Omma aku ada buatkan japchae untuk kau. Jadi aku ke sini nak hantarkan," terang Yunho lalu menunjukkan sebungkus japchae kepada Yeosang.

"Oh? Gomawo..."

Dia berjalan menghampiri pagar lalu mengambil terus japchae itu dari tangan Yunho. Tanpa mengucapkan apa-apa, Yeosang mahu berlalu pergi tetapi Yunho sempat menghalang dia.

"Boleh tak aku lepak kat rumah kau?" kata Yunho membuatkan Yeosang berasa sedikit hairan.

"Huh?"

"Aku sebenarnya bosan. Aku ingat nak temankan kau kat rumah memandang sekarang kau tengah berseorangan," balas Yunho lebar dengan senyuman garis.

Yeosang memandang Yunho dua tiga kali. Adakah dia silap dengar? Hanya disebabkan dia berseorangan di rumah Yunho mahu menemani dia?

"Erm... Aku tak pernah ajak orang masuk ke rumah melainkan kawan kakak aku..." ujar Yeosang perlahan. Dalam hatinya masih lagi teragak-agak untuk menerima pelawaan Yunho itu.

"Tak apa kalau macam tu. Lagipun kau masih belum selesa dengan aku kan?" Tambah Yunho. Dia tahu Yeosang seorang yang pemalu dan juga tidak biasa berkawan. Pasti kekok jika dia masuk ke rumah Yeosang nanti.

Baru sahaja Yunho mahu melangkah pergi, Yeosang terus memanggilnya dengan kuat.

"Masuklah! Tapi jangan tanya macam-macam kat aku!"

Satu senyuman lebar terukir di bibirnya. Nampaknya Yeosang membenarkan dia untuk masuk ke dalam rumah. Dalam hatinya mula berasa gembira dengan ajakkan Yeosang tadi.

"Okey!"

••••••••••

Masuk sahaja dalam rumah Yeosang, Yunho lihat suasana di situ agak sunyi. Tiada sebarang bunyi pun yang didengari melainkan bunyi detapan kaki mereka sahaja.

"Kau macam ni ke setiap hari?" soalan yang dilemparkan oleh Yunho tadi membuatkan Yeosang terangkat kening.

"Maksud kau?"

"Seorang diri kat rumah dengan suasana yang sunyi," tambah Yunho.

Yeosang tidak bersuara tetapi dia membalas pertanyaan Yunho tadi dengan mengangguk kepala. Yunho menggumam tanda faham.

Beginikah orang bersifat introvert? Suka berseorang dengan suasana yang sunyi dan tidak mahu keluar rumah? Sekiranya dia berada di tempat Yeosang, dia akan buka lagu untuk hilangkan sedikit kesunyian dalam rumah.

"Kau tak pergi sekolah ke?" tanya Yeosang pula membuatkan Yunho terkedu kecil. Lalu dia mengukirkan senyuman nipis.

"Aku belum ready nak sekolah jadi minggu depan baru aku pergi," jawapan yang dibalas oleh Yunho itu menaikkan rasa curiga pada Yeosang.

"Belum ready? Pelik betul..."

"Yalah. Lagipun aku baru pindah jadi aku belum serasi lagi dengan suasana kat sini," kata Yunho lagi cuba untuk meyakinkan Yeosang.

Dia sekadar mengangguk sahaja. Terasa malas untuk bertanya lagi. Dia terus mengambil beberapa buah buku lalu menyusun di atas meja sementara Yunho pula merayau-rayau melihat rumah Yeosang.

Ini merupakan kali kedua dia kunjungi rumah Yeosang. Walaupun mereka berjiran, Yunho dapat merasakan bahawa keluarga Yeosang merupakan orang yang kaya. Lihat sahaja perabot mewah mereka itu terus dia tahu.

Ketika Yunho mahu mendekati Yeosang di ruang tamu, anak matanya tertumpu melihat sebuah piano lama yang berada di bilik stor itu. Terus dia beritahu Yeosang.

"Piano kat bilik tu kau punya kan?"

Yeosang mengalihkan kepala melihat piano lama itu. Lalu dia menjawab.

"Haah."

"Wah! Jadi kau ada bakat main piano lah ni?"

"Tu dulu..."

Yunho terdiam setelah mendengar Yeosang berkata dengan perlahan. Malah dia juga perasan bahawa riak wajah Yeosang mula berubah selepas sahaja dia bertanya fasal piano itu.

"Kenapa agaknya?" soal Yunho ingin tahu.

Yeosang dalam dilema. Dia tidak pasti sama ada mahu menceritakan atau tidak fasal dirinya pada Yunho. Hanya keluarga dia sahaja tahu mengapa.

"Se-sebab--"

"Yeosang, cikgu dah sampai ni!"

Perbualan mereka terus terhenti setelah guru peribadinya sudah tiba ke rumah. Pantas Yeosang berjalan meninggalkan Yunho seorang diri di ruang tamu untuk berjumpa dengan cikgu.

"Maaf sebab lambat. Cikgu ada hal tadi."

"Tak apa cikgu."

Yunho yang masih lagi berada di situ terkaku seperti patung.

Jadi... Yeosang tidak datang sekolah sebab dia ada cikgu peribadi sendiri? Menarik...

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now