- 3 ;

180 32 1
                                    

BATU-BATU kecil di sepak tanda kebosanan , Yebin bosan menunggu bas begitu juga pelajar-pelajar lain.

Setibanya bas terus Yebin naik dan mengambil tempat duduk di sebelah tingkap , dan beberapa saat selepas itu seorang pelajar lelaki duduk di sebelahnya.

Pelajar itu ialah Lee Heeseung , lelaki itu duduk dengan earphone disumbat ke kedua-dua belah telinganya.

Yebin mengukir senyuman manis , dia tak sangka Heeseung bakal duduk di sebelahnya. Heeseung hanya fokus pada smartphone.

Setelah beberapa saat memandang Heeseung , Heeseung turut berpaling kearahnya tanpa sebarang riaksi. Mata Yebin pula membulat kerana terkejut.

“ Kau lagi? ”. Soal Heeseung perlahan lalu memandang smartphone nya semula.

“ Annyeong , Shin Yebin inmida ”. Beritahu Yebin memperkenalkan diri walaupun kedengaran agak kekok.

Heeseung mengeluh perlahan dan memandang Yebin lagi.

“ Aku tahu , ”. Jawab Heeseung pendek , Yebin mula tersenyum ceria.

“ Bwo? , awak tahu nama saya? ”. Yebin terasa dirinya di awang-awangan tika ini kerana lelaki yang dia suka tahu namanya.

“ Sebab kau satu kelas dengan aku ”. Heeseung masih fokus dengan smartphone nya , dia dalam hati dia berharap bas cepat sampai ke kawasan perumahan nya.

Yebin pula hanya mendiamkan diri , dia tahu apa maksud Heeseung namun dia cuma nak sedapkan hati.
Heeseung pelajar pintar di kelas mereka dan sudah pasti Heeseung takkan pandang pelajar sepertinya.

Yebin berpaling memandang keluar tingkap dan tersenyum nipis , dia berharap supaya perasaannya pada Heeseung terbalas.

🍅

— tbc.
— vote.
— comment.

[ C ] Cold and Sweet | Lee HeeseungWhere stories live. Discover now