Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KRING KRING!
Aku masih lena tidur dengan amannya. Tiba ii, ada yang membuatkan telinga aku bingit.
"Park Hyejin! Kau tak bangun lagi? Kau tau tak dah 10 minit jam ni bising tau tak?!"
Aku membuka mata perlahan dan kelihatan kakak aku, Haerin mencekak pinggang di sampingku.
Aku mencari jam loceng itu dan matikannya.
"Dah tau kau set jam pukul 7.30 bangun la. Sekarang dah 7.40 pagi. Nanti kita lambat ke sekolah." kata Haerin. Aku hanya mendengus perlahan lalu mengambil tuala.
"Yelah akakku, adikmu ini pergi mandi." kataku lalu masuk ke dalam bilik air. Setelah selesai mandi, aku bersiap dan turun untuk sarapan dan ke sekolah.
"Morning..."
"Morning, Hyejin. Cepat breakfast dulu nanti lambat." kata eomma. Aku pon duduk dan menjamah sekeping roti sebelum gerak ke sekolah.
Selepas makan, aku pon pergi ke sekolah bersama dengan kakak aku.
"Unnie, hari ni Hyejin balik lambat sikit tau. Nak keluar pergi shopping dengan members." kataku lagi. Haerin hanya mengeluh.
"Okay, make sure sebelum malam balik rumah." katanya. Aku hanya mencebik.
"Aku tau ah. Aku bukannya budak kecil lagi." kata aku lalu pergi ke kelas aku. Aku tiba di kelas dan duduk di tempat duduk aku.
"Hyejin! Lambat kau sampai." kata Hayoun. Aku hanya tersengih.
"Sorry aku bangun lambat." kata aku.
"Kau memang dah kunci jam tapi tak bangun." kata Mina pulak. Aku hanya mengaru kepala yang tak gatal.
"So lepas sekolah ni jadi eh nak shopping? Aku nak beli baju baru la." kata aku. Mereka berdua hanya mengangguk.
"Of course la since exam pon lambat lagi." kata Hayoun.
"Tulah tu, ehh aku malas la nak study tuk exam kali ni. Aku nak enjoy je life aku tanpa fikir study." kata aku lagi sambil mengeliat.
"Ishhh kau ni study penting gak okay?" kata Mina. Aku hanya mencebik.
"Ishhh kau ni Mina, chill la. Ni baru exam pertengahan tahun. Belum lagi akhir tahun." kata aku, selamba.
"Haaa yelah."
Tiba ii, cikgu kami masuk ke dalam kelas. Masing ii duduk di tempat duduk dan mulakan pembelajaran untuk hari ni.
Selepas waktu persekolahan
Aku tunggu Haerin, aku terlupa nak minta dia duit belanja untuk ke mall. Maklumlah dia ada buat kerja part time kat convenience store so aku boleh je pinjam dengan dia.
"Unnie..."
Kelihatan Haerin baru je keluar dari kelasnya.
"Ishh kau ni, duit je yang kau minta kat aku eh? Tulah aku suruh kau kerja kau tak nak." katanya lalu keluarkan dompetnya. Aku hanya tersengih.
"Nah aku bagi 100,000 won. Kau jangan belanja benda mengarut eh." katanya lagi. Aku tersenyum senang.
"Yeayyy thank you akak kesayangan." kata aku lagi.
"Hah yelah dah alang ii kau gi mall ni balik nanti kau bungkus stabak untuk aku ya, adik kesayangan." kata Haerin lagi. Aku hanya mencebik manja.
"Yelah macam tak kenal akak aku ni." kata aku lagi. Kali ni, Haerin pulak yang tersengih.
"Dah la, aku balik dulu. Juyeon dah tunggu aku kat parking kereta." katanya lagi. Aku hanya mengangguk dan dia pon pergi dari situ. Aku pon berjalan ke arah Hayoun dan Mina yang dah menunggu aku.
"Sorry lambat. Jom." kata aku lagi.
"Kau minta duit kat Haerin unnie lagi ke?" soal Hayoun. Aku hanya mengangguk.
"Haah, aku tak cukup duit. Tu yang minta kat dia." kata aku lagi.
"Haih kau ni, dah jom kita gerak ke mall." kata Mina lalu kami pergi ke mall untuk meluangkan masa bersama.
Plan aku ke mall tu untuk jalan ii je. Kalau ada benda yang best, aku beli lah. Oh yeah tak lupa jugak nak belikan kakak aku stabak.
"Balik nanti la aku belikan." desis hatiku.
Agak lama jugak aku spend time dengan kawan ii aku, pergi lunch sesama, tengok wayang, karaoke sehingga larut petang.
Aku singgah stabak untuk belikan kakak aku coffee dan dessert yang dia paling suka dan take away.
"Ehh korang, lepas ni kita dah tak boleh hangout macam ni dah." kata Mina.
"Kenapa lak?" soal aku.
"Kan dah nak exam. Aku nak focus ah." kata Mina. Hayoun hanya mengangguk.
"Betul la tu. Aku pon sama." kata Hayoun. Aku mencebik lalu memeluk bahu mereka berdua.
"Alaa korang ni relax la. Kan exam lagi seminggu. Kita have fun dulu then kita study la. Last minit pon takpe." kata aku lagi.
"Aku tak boleh last minit sangat. Nanti tak masuk." kata Mina pulak. Aku hanya mencebik panjang. Tak lama kemudian, kami pon pulang ke rumah.
"Kenapa exam ni semak eh? Aku nak enjoy pon susah asyik fikir pasal exam memanjang."