28 🦋

3.7K 334 9
                                    

Nina menongkat dagunya sambil memandang ardeela yang ralit termenung di meja cashier tanpa menghiraukan keriuhan cafe . 

Apa la difikirkan gadis itu sampai tak berkelip langsung mata termenung . Rasanya boleh tertembus dinding cafe ni di tenung ardeela lama

"Fuh" ardeela tersentak bila rasa telinganya di tiup perlahan , dia menoleh ke sebelah memandang muka pucat tak bersalah nina . Tangannya mengosok telinga yang ditiup nina tadi , geli .

"Kau ni sejak bila duduk sini ?" Soal ardeela perlahan sambil membetulkan kedudukannya agar lebih selesa .

"Hm dalam 10 minit juga la masa kau termenung jauh dari tadi" mata nina meliar memandang pelangan yang sedang nikmati hidangan di cafe ardeela .

"Lama tak nampak pergi mana ?" Ardeela membalikkan badannya membelakangi pelangan . Dia tak mahu pelangannya perasan yang dia bercakap seorang , malu nanti .

"Tak pergi mana , saja baru muncul . Aku dengar macam ada orang rindu aku tadi hm" ujar nina selamba . Ardeela menjuling mata ke atas menyampah tengok muka pucat nina .

Tak ada muka lain ke eh ? Pagi muka nina ,  petang muka nina malam pun muka nina . Bosan la , hantu lain tak ada ke ?

"Perah santan la kau ni" ardeela menyandarkan kedua sikunya di atas meja cashier . Matanya memandang jam yang tergantung di dinding lama , sekejap-kejap dia mengoyangkan kerusi rodanya ke kiri dan ke kanan .

Bosan .

"Haish" ngeluh ardeela perlahan , nina yang mendengar ardeela mengeluh laju kepalanya pusing memandang wajah  ardeela yang seperti kebosanan . Dia kembali memusingkan kepala ke depan , matanya terus menangkap satu susuk tubuh lelaki yang sangat dia kenal . Nina melirik mata ke arah ardeela yang masih lagi memandang jam dinding .

Bibirnya terukit naik senyuman sinis .

"Wey deela" panggil nina yang sedang memuncungkan bibirnya ke depan , ardeela mengerut dahi memandang nina yang dari tadi memuncungkan bibirnya . Dah kenapa perempuan ni nak suruh cium ke ?

Astaghfirullah ! Haram !!!

"Apa kau ni !" Ujar ardeela kasar tapi suaranya masih lagi perlahan . Kini nina pula menjuling mata ke atas , apa ke bengap sangat minah kat sebelah dia ni .

"Tu masa depan kau dah sampai" makin mengerut dahi ardeela . Masa depan ? Apa pula masa depan ni .

Tok tok..

Terangkat badan ardeela mendengar meja di ketuk perlahan , dia memusing badannya ke depan untuk melihat siapa yang mengetuk meja tanpa memberi salam .

Pusing saja ke depan mata ardeela di penuhi muka dingin affan . Mukanya terus berubah menjadi lagi bosan . Ni lagi seorang , kalau tak muka nina mesti muka lelaki ni .

"Nak apa ? Makan kat sini ke ?" Ujarnya malas , affan tersenyum kecil melihat wajah bosan ardeela . Buat la muka macam mana sekali pun di mata affan ardeela tetap terlihat sangat cantik . 

"Tak , nak ajak kau lunch sekali" ajak affan lembut , ardeela menggeleng kepala laju . Tak mahu la dia lunch dengan lelaki di hadapannya walaupun sudah bergelar 'tunang' ardeela tetap tak mahu .

"Tak nak , busy" ceh tadi bosan , lepas nampak muka affan terus ada banyak idea yang dia nak buat . Sebenarnya lebih kepada nak mengelak saja dari lelaki itu .

"Teman aku please" ujar affan manja , hampir meletup dada ardeela mendengar suara manja affan . Kejap , lelaki ni kene sampuk hantu ke ? Tetiba nak bermanja dengannya harini .

"Malas" ujar ardeela sepatah tangannya di buat sibuk membelek file file di atas meja cashier . Padahal dia sedang berperang dalam dirinya sama ada mahu teman affan lunch atau tidak .

"Pleasee" affan meleretkan suara memujuk si cik tunang untuk menemaninya . Makin cair ardeela mendengar suara manja affan , ya Allah kuatkan la hati hambamu yang lemah ini...

"Haish ye la" akhirnya dia terpaksa mengalah , tak kuat dia melihat wajah comel yang dibuat affan semasa memujuknya tadi . 

"Yes" bisik affan perlahan sambil mengenggam tangannya sebelah . Senyuman dibibirnya semakin lebar namun hanya seketika dia mengembalikan wajahnya menjadi dingin . 

"Faz" fazura terus menghampiri ardeela bila namanya di panggil , matanya sempat melirik sebentar ke arah affan . Hensem untung la bossnya dapat suami hensem macam affan .

Sudah la ardeela cantik memang padan sangat dengan affan .

"Awak tolong jaga cashier ye , saya nak pergi lunch dengan.. tunang saya" terasa berat mulut ardeela ketika hendak menyebut panggilan 'tunang' . Fazura mengangguk kepala sambil tersenyum suka .

"Tak apa boss , harini boss pergi je luangkan masa dengan tunang boss . Jangan risau cafe boss ni selamat kami jaga" ujar fazura ceria . Dia turut gembira saat bossnya sudah berjumpa dengan peneman hidup .

Tak ada la hari-hari dia nak kene kesian dekat boss dia sebab asyik jomblo je. Ardeela menjeling tajam wajah ceria fazura , geram je dia dengan pekerjanya yang seorang ni . Pantang dapat peluang kene kan orang .

"Hm ye la , jangan sampai cafe saya kene rompak sudah . Memang awak orang pertama saya cari , faham" ujarnya tegas

"Aip aip chipp !" Ujar fazura sebelum melepaskan ketawa kecil , ardeela hanya mampu menggeleng kepala melihat kerenah pekerjanya .

Dia meraih beg dompet dan telefonnya di atas meja , "jom la" kaki ardeela melangkah meninggalkan affan ke seorang di belakang . 

"Hey jangan laju sangat" affan laju mengejar langkah ardeela yang sudah jauh darinya . 

"Siapa suruh awak jalan lambat" ujarnya selamba , affan meraih tangan kanan ardeela agar tunangnya perlahankan langkah meninggalkan dirinya.

"Jangan laju-laju nanti masuk dalam hati aku macam mana" ujar affan lembut . Ternaik sebelah kening ardeela , mula dah pickup line lelaki ini .

"Memang dah masuk pun kan" Balas ardeela perlahan . Affan mendekatkan telinga depan muka ardeela , dia seperti mendengar gadis itu mengucap sesuatu .

Ardeela membelakangkan sedikit kepalanya . "Awak ni dah kenapa ?" Soalnya pelik .

"Cuba cakap sekali lagi , tak dengar la" usik affan .

"M-mana ada saya cakap pape" tergagap-gagap suara ardeela , affan memusing wajahnya supaya memandang tepat wajah tunang kesayangannya .

Ardeela tersentak saat matanya bertemu dengan mata biru cair affan . Baru dia perasan warna mata lelaki itu , cantik.

"Dah masuk dalam hati aku tu , duduk diam-diam jangan keluar . Kalau tak" affan sengaja mengantungkan ayatnya .

"Kalau tak ?" Soal ardeela perlahan . Mata mereka berdua masih lagi menatap satu sama lagi . Jantung masing-masing sudah berdegup laju .

"Kalau tak nanti aku jadi gila sebab kau tinggalkan aku" sambung affan lembut . Ardeela sudah terkedu mendengar ayat sweet affan . Habis la lepasni kene potong kaki kalau hari-hari dapat ayat sweet macam ni .

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
01 | Affan muqrey : Her protective husband[C]Where stories live. Discover now