28

222 45 0
                                    

"Please Jake. Aku merayu sangat." Jisung merapatkan kedua dua tangannya di hadapan Jake tanda merayu.

Jisung ditugaskan untuk mencari ganti watak utama teater mereka. Tanpa dijangka, pelajar yang menjadi watak utama teater tu terpaksa menarik diri atas sebab peribadi.

"Takde orang lain ke?" Jake tak tahu macam mana lagi dia nak tolak tawaran Jisung.

"Percayalah, aku dah tanya tapi takde sorang pun yang nak. Kau jelah harapan terakhir aku Jake. Mati aku kalau tak dapat cari pengganti hari ni jugak." Jisung terbayang wajah bengis guru teater mereka. Fuh, menakutkan!

Jake memandang Mia untuk meminta pendapat. Mia mengangkat bahu.

"Herm yelah yelah." serta merta badannya didakap Jisung. Kata terima kasih tak berhenti ditujukan kepada Jake. Dia menepuk bahu Jisung mesra.

"Latihan mula lepas habis waktu sekolah sampai pukul 6.30 petang. Kau boleh datang start petang ni. Okey thanks again!" Jisung berlari keluar kelas untuk memberikan nama Jake kepada guru teater mereka di bilik guru.

"Nice." Mia menggulingkan biji matanya dan terus meng'scroll' Twitter.

Lepas habis waktu sekolah sampai pukul 6.30 petang. Tempoh yang sangat lama. Mesti Jake penat nanti. Dahtu dia nak belajar dengan siapa?

─── · 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

Jakeyyy🐶❤️❤️

17/8/2021

Awak, saya rasa tak boleh study sama sama harini. Cikgu nak buat latihan lebih masa sebab saya ketinggalan banyak tentang teater ni. Sorry eh :(


Orait no worries. HWAITING!!😆


Yesterday

Awak, maybe harini saya
tak ada latihan. Cikgu
tak datang🤣

Wah really? Okey nanti kau
datang rumah aku eh


Oops alah Mia, diorang
baru cakap yang cikgu dah
ada. Hurm sori kasi fake
hope.

Lah yeke. Erm sokey.

Today

Mia~

Tengah buat homework
ke tu?

Haah. Kau tengah rehat
ke?

Yup.



Sampai situ sahaja mesejnya. Mungkin Jake dipanggil oleh cikgu teater yang bertugas, dan mestilah dia kena pergi cepat. Mia melepaskan keluhan berat.

Perkara ni berlanjutan sehingga ke minggu minggu seterusnya. Tiada lagi belajar bersama. Tiada lagi ucapan selamat malam dari Jake yang dia dapat seperti sebelum ni. Abang Mia perasan yang dia jarang jumpa Jake sekarang. Tapi diorang diamkan aje, takut Mia makin tak ada mood nanti.

Dalam kelas pula, Jake selalu nampak tak cukup rehat. Kadangkala, dia terlelap ketika cikgu sedang mengajar. Terpaksalah Mia mengurut lengan Jake untuk membantunya supaya tidak mengantuk.

Dan Jake masih pergi ke kelas sebelah secara senyap setiap hari. Mia mula rasa tak senang. Pernah sekali dia lalu di sebelah kelas tersebut ketika pelajar perempuan tu berseorangan dalam kelas. Dia tersenyum lebar bila membaca surat yang diberikan Jake di bawah meja. Bagai dilamun cinta.

[C] 𝐒𝐎𝐅𝐓 || 𝐉𝐀𝐊𝐄Where stories live. Discover now