eight.

208 63 6
                                    

yoobin’s

Your last day? Nak pergi mana, Yoobin? ”

Bila aku cakap hari ini hari terakhir aku berada di sini, mereka semua nampak sangat terkejut. Mungkin mereka rasa aku akan ada di sini untuk masa yang lebih lama lagi tetapi ini memang luar dari jangkaan.

Aku mengangguk, tersenyum, “ Ada satu tempat saya nak pergi. Dekat situ saya tak akan rasa sakit lagi macam sekarang. ”

“ Dekat mana? Kau dapat buat rawatan dekat luar negara ke? ” Haknyeon berterusan menyoal, nampak terlalu curious ke mana agaknya aku mahu pergi. 2 minggu mereka temani aku di sini, sukar sebenarnya aku nak lepaskan mereka pergi.

“ Ada tempat lebih baik daripada itu. ”

Can we meet you again? ” Jacob pandang aku dengan penuh berharap. Aku— aku tak tahu nak jawab macam mana. Boleh aku jumpa mereka lagi? Mestilah.

Of course. We can meet again. Us. ”

Disebabkan hari ini hari terakhir aku di sini, mereka lebih banyak berbual dengan aku. Tidak mahu berhenti sehinggakan waktu melawat tamat pun mereka tidak mahu berganjak pergi.

“ Kalau kitorang datang pagi esok, masih sempat nak jumpa kau? ” Changmin sempat menyoal sebelum mereka bersiap sedia untuk pulang. Lama aku diam, memikirkan jawapan yang pasti untuk soalan itu.

Sure, of course.

Hanya aku saja yang tahu, pagi esok aku mungkin tak akan jumpa mereka secara bersemuka lagi.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

heart. theboyzOnde histórias criam vida. Descubra agora