Tanpa Sengaja

25 5 0
                                    

JASMIN melangkah turun dari feri. Matanya hitamnya yang terlindung di sebalik kaca mata hitam itu memandang kawasan jeti di hadapannya. Laluan dari feri ke lobi utama jeti di penuhi manusia lain.

Jasmin tersenyum bila matanya menangkap figura helang batu yang menjadi simbol Langkawi ini. Bibir mungilnya mengukir senyuman lebar. Rambut ikalnya yang diwarnakan dengan warna kecoklatan dibiarkan bebas. Jasmin menarik bagasi kecilnya dengan yakin untuk menuju ke ruang utama lobi.

"See... I know I can do it." Jasmin mengangkat cermin mata hitamnya dan dibiarkan berada di atas kepalanya. Terik mentari yang menyimbahi bumi Langkawi di pandangnya dengan senyuman bangga.

Siapa cakap dia tidak mampu untuk bercuti sendirian? Siapa kata dia tidak pandai membawa diri? Segala bebelan ibunya sebelum dia ke sini dirasakan tidak lagi logik saat ini. Tengok sahaja sekarang, dia melakukan segalanya sendiri untuk datang bercuti di sini.

Jasmin membuka aplikasi Grab di telefonnya. Dia ingin mencari kereta yang akan membawanya ke tempat penginapannya di sini yang telah pun ditempah terlebih awal.

"Cik pasti sini tempatnya?" tanya pemandu Grab tersebut. Dia melihat-lihat kawasan luar dari cermin keretanya.

Jasmin sudah merapatkan mukanya pada cermin kereta. Dia turut memerhati kawasan luar. Aikk, takkan aku nak tidur sini pula?

"Tapi alamat ni betul kan?" Jasmin menunjukkan telefonnya kepada pemandu tersebut. Pemandu tersebut menyambut telefon Jasmin. Alamat yang tertera pada aplikasi perbualan Whatsapps itu ditelitinya.

"Betul dah ni. Tapi Cik, saya sebagai orang yang tinggal dekat-dekat sini sebenarnya belum pernah lagi dengar nama calet ni," ujar pemandu Grab itu.

Jasmin sudah merasakan debar di dadanya. Takkan lah!

"Saya rasa Cik dah kena tipu ni," tambah pemandu itu lagi. Rasa kesiannya tumbuh melihat wajah gusar Jasmin. Hilang terus gaya divanya pada mula-mula dia masuk ke dalam kereta tadi.

Pada mulanya, bila dia melihat gaya Jasmin, dia sudah terlebih dahulu menganggap gadis ini kekwat. Namun, ternyata dia terlalu terburu-buru menilai. Jasmin ternyata terlebih ramah rupanya. Langsung tidak sombong walaupun pakaiannya terlihat ala-ala diva begitu!

Hilang sudah wajah ceria Jasmin yang becok bercerita dan bertanya macam-macam padanya tadi. Jasmin hanya diam. Tidak tahu apa yang perlu dikatakan buat masa ini.

"Macam ni la Cik, saya tahu mana calet lain dekat kawasan ni. Boleh ke kalau saya bawa Cik ke sana?" pelawa pemandu itu. Tidak sampai hati da mahu meninggalkan gadis ini di tepi kubur begini. Tidak bertanggungjawab pula dirasakan kalau dia tidak mahu ambil kisah perihal Jasmin ketika ini. Bukankah setiap umat Islam itu perlu saling membantu?

"Boleh ke Encik? Terima kasih Encik. Nanti saya bayar lebih tambang ni," Jasmin memandang mata pemandu tersebut dari cermin pandang belakang. Rasa bersyukurnya tidak mampu di sembunyikan.





JASMIN memandang suasana pantai dari beranda caletnya. Rugi sahaja beratus duitnya kerana ditipu sebelum ini. Mungkin ini kifarah kerana dia sedikit degil untuk mendengar nasihat ibunya. Sudahlah, benda yang lepas jangan dikenang yang penting ambil pengajaran.

Untung masih menyebelahinya kerana ALLAH hadirkan pemandu Grab yang baik hati untuk membantunya.

Jasmin berjalan menyelusuri pantai. Kameranya kemas tersangkut pada lehernya. Sesekali dia menangkap gambar suasana yang dirasakan ada nilai sentimental sendiri. Ralit memerhati jasad matahari yang makin tenggelam di tengah-tengah laut, Jasmin tidak perasan bahawa kakinya makin jauh meninggalkan kawasan orang ramai.

Tanpa SengajaWhere stories live. Discover now