Jasmin mengambil keputusan untuk bercuti di Langkawi demi merawat hati yang terluka. Dengan yakinnya dia melanggar larangan ibunya supaya tidak bersendiri ke sana, tapi kerana degil akhirnya jejak juga kaki dia ke tanah Langkawi. Awal-awal lagi dah dapat masalah bila kena tipu tapi nasib ada hamba Allah yang sudi bantu Jasmin mendapatkan tempat tinggal sepanjang di Langkawi. Sedang Jasmin melayan perasaan sehingga terleka dia ditemukan pula dengan lelaki misteri yang saat itu memerlukan pertolongan darinya. Niat dah baik nak tolong orang, tapi sebab dia tolong lelaki tu la dia terlibat dengan perkara yang tak di sangka-sangka. Hidupnya yang awalnya tenang dan hanya patah hati sebab dikhianati oleh orang yang disayang kini menjadi haru-biru dengan aksi yang langsung tak disanga-sangka. Ke mana agaknya hujung pada percutian Jasmin di Langkawi ini?