[Kawan]

14 1 0
                                    

Bagaimana Fang berkawan dengan Boboiboy dan kawan-kawannya yang lain?

Okay, jadi, ianya bermula begini.....

.....Sebenarnya Fang pun tak tau macam mana dia boleh berkawan dengan mereka, serius dia pun tak paham.

Kemungkinan ia bermula apabila dia terpaksa bekerjasama dengan Boboiboy dan Gopal untuk mendapatkan semula saiz asal badannya.

Kemungkinan ia bermula apabila dia dan mereka pergi ke Kotak Markas Adudu untuk ambil penawar emosi Y darinya.

Entahlah,yang dia tau, sedar-sedar je dia dah menjadi sebahagian daripada kumpulan Boboiboy.

Dan Fang boleh cakap dengan konfiden
dia tidak akan pernah menyesal berkawan dengan mereka.

Tetapi....

Dia tahu dia tidak boleh duduk di Bumi lama lagi kerana pada penghujung harinya, dia hanyalah Alien yang menyamar sebagai Manusia dan bukan sebahagian daripada makhluk asal di sini.

Dan apabila Abangnya kembali ingin membawanya pulang, dia hanya menurutkan sahaja.

Hatinya sakit kerana terpaksa berlawan dengan kawan-kawannya dan membelot kepercayaan mereka sebelum meninggalkan mereka.

Fang nampak muka sedih mereka dan dia boleh agak mereka terluka dengan perlakuannya.

[Dia menyesal sangat kerana perjumpaan terakhir mereka dengannya adalah sebuah pembelotan terhadap persahabatan mereka dan dia.]

Tetapi, dia tak nak kehilangan mereka.

Mereka adalah sahabat pertama yang dia dapat yang bukan berkawan dengannya sebab harta keluarganya ataupun pangkat keluarganya, mereka kawan dirinya yang banyak keburukan ini tanpa mengira semua itu.

Dan dia sedar dia tak nak kehilangan mereka.

Dan disebabkan itu dia melawan Abangnya dan Lieutenant Lahap walaupun dia tahu mereka lebih kuat dari dia dan kawan-kawannya, namun dia teruskan juga, dia paksa dirinya untuk terus berlawan untuk membuktikan mereka layak memegang kuasa yang tersimpan dalam jam kuasa yang dicurinya.

Akhirnya, Abangnya pun membenarkan mereka memakai jam kuasa yang mereka dapat setelah kalah dalam perlawanan.

Setelah selesai semua benda, Abangnya mengajaknya pulang lagi sekali dan kali ini dia menolak.

"Okay, tapi jangan lupa telefon Mak, Ayah atau Abang kalau ada masalah "

" Boleh ke ni Abang? Tak kesah ke? " Fang ragu-ragu bertanya dengan Abangnya.

"....Abang sebenarnya tak nak bagi kau tinggal lama lagi kat bumi tapi lepas Abang tengok kau gembira berkawan dengan mereka Abang pun okay je la kalau kau nak tinggal lama lagi di sini"

"Terima kasih Abang!" kata Fang dengan gembira.

Dia peluk Abangnya sebelum melajukan langkahnya keluar dari kapal angkasa Abangnya.

Kaizo hanya menggeleng kepala dan tersenyum melihat adiknya pergi.



Lembaran Hidup (BBB FIC)Where stories live. Discover now