M E D 1

39.5K 1.6K 76
                                    

Mata dibuka tatkala ada sinaran putih menusuk anak matanya. Pinggang yang terasa dipeluk dipandang. Dia tersenyum seketika apabila melihat pinggangnya dia peluk erat oleh lelaki itu.

Wajah lelaki itu dipandang dengan penuh tekun. Dia berada dalam dakapan lelaki yang dia cintai. Tangan runcingnya menyentuh lembut rambut lelaki itu yang menutup bahagian dahi.

"Mikael... Kenapa susah sangat I nak cakap I sayangkan you?" Akhirnya wanita itu bersuara seraya itu dia mengeluh.

"Salah ke I mencintai you?" soalnya lagi. Tangannya masih bermain dengan rambut hitam lelaki itu.

"I cuba untuk tepis perasaan ni tapi I can't..." ujarnya lagi. Sesekali dia mengeluh perlahan. Jemari ditarik kembali. Lengan kekar lelaki itu ditolak lembut kerana dia tak mahu menganggu lena si suami. Begitu juga kepalanya ditolak perlahan. Dia bangun dari katil lalu menuju ke pintu.

Tombol pintu dipulas perlahan sebelum dia keluar dari kamar itu. Dia masuk kedalam kamarnya dikhaskan untuk dia. Tuala dicapai sebelum dia melangkah kaki masuk kedalam bilik air.

30 minit dia berada didalam itu akhirnya dia keluar dengan hanya melilit tuala putih ditubuh halusnya. Gaun berwarna hitam dicapai sebelum dia menyarung ditubuhnya.

Tiba-tiba tekak terasa loya. Dia berlari masuk kedalam bilik air lalu memuntahkan isi yang berada ditekaknya. Dua ulas bibirnya dicuci.

Apabila dia sudah menyarung baju. Laju dia melangkah keluar dari bilik itu kerana mahu siapkan sarapan untuk lelaki tercinta. Kaki menapak tangga dengan perlahan. Sampai sahaja didapur. Dia membuka peti ais. Telur dicapai lalu dicuci sebelum dia meletakkan didalam mangkuk. Roti putih dicari. Maka bermulalah perjuangan dia didapur.

Apabila sudah siap dia meletakkan roti yang telah dibakar diatas meja makan. Selebihnya dia letak dalam bekas makanan yang lut sinar. Bunyi tapak kaki dari atas membuatkan dia kalut masuk ke ruang dapur.

"Medina..." Panggil lelaki itu.

"Ye," sahut Medina didapur. Dia keluar lalu memandang Mikael yang terkial-kial memasang tie dileher. Dia tertawa kecil melihat karenah Mikael. Itulah kelemahan seorang Mikael Arloise.

Selalunya Medina lah yang akan pasangkan tie pada lelaki itu.

"Tolong pasangkan.." Tie berwarna maroon dihulurkan pada wanita itu seraya iris matanya merenung retina mata wanita itu.

"Er... Actually warna ni tak masuklah dengan baju you. I pergi ambil yang lain eh?" soal Medina perlahan. Mikael mengangguk. Wanita itu berjalan meninggalnya dia ruang makan. Matanya tertumpu pada roti bakar yang berada diatas meja. Tanpa berlengah-lengah lagi dia mengambil roti itu lalu mengunyahnya sehingga wanita itu turun bersama tie berwarna kelabu. Pandangan mata dikalihkan kearah roti yang sedang dikunyah Mikael.

"Dah?" Mikael menggeleng kepala. Medina meletakkan tie itu diatas meja itu.

"Okey. I nak pergi dapur kejap," pamit wanita itu.

"Stay still." Suara itu keluar dari mulut Mikael. Tangan wanita itu ditarik sehingga dia terduduk diatas paha Mikel. Medina bungkam.

"You..." Gagap Medina ingin menyoal lelaki itu.

"Open your mouth," arah Mikael. Wanita itu membuka mulutnya. Roti disua ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan dia mengunyah.

"Pakaikan tie cepat." Tie berwarna kelabu itu diambil lalu dipasang pada leher Mikael. Apabila siap dia menggangkat badan dari peha lelaki itu. Wajah lelaki itu ditenung lagi. Sisa yang berhampiran dengan birai bibir Mikael dilap dengan jari runcingnya.

Mikael'sWhere stories live. Discover now