Dari Mata Turun Ke Jiwa Part 17

394 5 0
                                    

Bab 17

Pasar Borong Pandan

AMEERAIS menoleh ke arah ayahnya kembali. Dia merengus geram. Kenapa setiap kali dia merenung Ain pasti Ain dapat menangkapnya? Kalau Ain menangkapnya, pasti Ain juga sedang merenungnya. Ain sukakah pada aku? Ah kalaulah..... Aku ni dah berapa kali putus cinta, sanggupkah aku menaruh harapan pada Ain?

Tak, tak mungkin aku akan sukakan Ain. Mungkin Ayah dengan Ibu tak akan dapat menerimanya. Dah boleh anggap macam adik sendiri.

Ya ALLAH, jika benar Ain itu jodohku, kau dekatkanlah dia denganku. Kalau bukan, kau janganlah biarkan kami saling menyakiti hati masing-masing. Kau berikanlahku petunjukMu, amin.

Ameerais menoleh ke arah tadi lagi. Dan perlahan-lahan dia menikmati suasana bazaar di pasar borong itu sambil mengenang kembali zaman kanak-kanaknya......

Seketika dahulu, Pasar Borong Pandan

"Ibu tak adil la macam gini kalau Along tak dapat handphone yang lebih bagus daripada Ain!" rengek Ameerais manja kepada Cik Aisyah apabila aku mengeluarkan telefon bimbit LG P500ku.

Cik Aisyah mengendahkannya kerana dia ralit menelek tudung-tudung di rak-rak itu. Aku hanya ketawa seakan-akan mengejeknya.

"Ain dapat LG, Abang dapat apa? Masih Sony Ericsson lagi!" ujarku.

Ameerais merengus geram.

"Handphone Sony Ericsson W901i tu dah tak pakai lagilah? Sampai hati Ain tukar handphone. Kan dah tak sejenis!" balas Ameerais sambil mengambil handphone LG itu daripadaku. Aku pantas mencapai tangannya lalu mencapai telefon bimbit itu. Ameerais menepis sambil ketawa. Aku menepuk bahunya lalu mencuit pinggangnya. Dia melalut.

"Sudah-sudahlah tu. Dekat sini pun nak gaduh ke? Kecil-kecil gaduh, dah besar nanti kahwin tahu tak! " ujar Cik Aisyah kepada kami berdua.

Ameerais merenungku lama sebelum mengembalikan telefon bimbitku. Dia kemudian menghadiahkan ibunya sebuah senyuman. Pantas dia mencari Ayahnya di gerai kasut itu.

Pasar Borong Pandan

"Angah masih ingat tak, kecil-kecil lagi kita main kejar-kejar dekat sini?" ujar Ameerais apabila Amsyar menoleh. Ameerais masih berdiri di situ, cuba mengimbas kembali ke zaman kanak-kanak mereka.

"Ingat. Masa tu Along tak habis-habis kacau Ain tu kan. Kalau jumpa aje mesti gaduh. Macam anjing dengan kucing!" balas Amsyar pula.

Ameerais tersipu-sipu, tetapi dia cuba untuk menyembunyikan senyuman itu. Tiada siapa yang patut tahu apa yang sedang dia fikirkan sekarang ini.....

"BERAPA harga baju ni ya kak?" tanya Abah seusai aku mencubanya.

"Harga sebenar 20 ringgit, tapi memandangkan abang dengan kakak pelanggan yang terakhir, saya bagi 12 ringgit la," ujar penjual yang berasal daripada Johor itu.

Abah tersenyum sambil mengeluarkan dompetnya. Penjual itu pula menghulurkanku beg plastik yang berisikan baju itu. Aku tersenyum riang. Akhirnya, dapat juga aku jersey Harimau Malaya ini.

"ALONG, seluar Adidas ni macam sesuai untuk Along la. Cuba dulu, lagipun harga dia pun murah!" ujar Cik Maseri setelah Ameerais menoleh. Dia sebenarnya cuba untuk mendapatkan perhatian anaknya yang sibuk mengelamun.

"Apa-apalah Ayah. Along okey aje."

Ameerais membelek malas baju-baju yang terlipat di rak-rak itu. Mana Ibu? Ain dan Anisah juga tidak kelihatan. Hatinya berdegup kencang lagi.

Seketika dahulu, Taman Tema Genting Highlands

Ameerais dan Abah sengaja menghentakkan kaki mereka pada lantai kabin itu. Kami berlima (Ameerais, Abah, Rahimi, Huda dan aku) sedang berada di posisi yang teratas di Ferris Wheel itu.

Aku akui, memang aku gayat ketinggian. Hentakan itu seolah-olah membuatkan kabin itu bergoyang dan aku turut sama merasakan hentakan itu. Memang seram. Ingin sahaja aku mencampakkan Ameerais keluar!

"Abang, Abah jangan! Ain takutlah! Nanti kalau apa-apa jadi kat kita, tak balik Singapore nanti!"

Mereka memekakkan telinga dan terus menghentakkan kaki itu. Ameerais tidak boleh menahan ketawanya lagi kerana geli hati akan reaksi di raut wajahku. Akhirnya, Abah dan dia rancak mentertawakanku.

Aku hanya mengenggam besi itu dengan kuat sambil memeluk Huda yang baru berusia tiga tahun itu. Nampaknya aku tiada pilihan lain melainkan menunggu Ferris Wheel ini bergerak.

Pasar Borong Pandan

"Long, pilihlah seluar ni. Tak payah nak risaukan Ibu. Ibu sibuk cari tudung dia kan," ujar Cik Maseri.

Ameerais membelek-belek lagi seluar itu. Mula-mula membelek, lama-lama meronyokkan seluar-seluar itu. Dia seperti orang yang sudah kehilangan akalnya.

"Ah tu pun Ibu dengan Ain....."

Cepat-cepat dia menoleh. Mata disebalik kacamata ungu itu juga memandangnya. Hatinya riang. Tetapi cuba menyembunyikan perasaan itu dengan menahan expresi mukanya.

AKU tersenyum riang walaupun aku tahu kami semua akan berpisah selepas ini. Sekali bertentang mata, boleh membuatku tidak tidur malam selama tiga hari. Kenapalah Ameerais juga yang aku suka?

"OKEY dah habis shopping semua kan? Jom isi minyak, lepas itu masuk Singapore. Home sweet home!"

Abah, Umi, Cik Sani, Cik Ning dan Cik Aisyah hanya ketawa. Ameerais pun menurut sahaja. Sungguh aku tidak sampai hati untuk meninggalkan Malaysia dalam masa terdekat ini.

"Sedih je ni. Asal?" sapa Anisah.

"Anisah kan dah tahu. Ain nak duduk kat KL aje..... Biar hari-hari diri dekat depan Lot 10 tu."

"Tak nak jumpa Zemi ke?"

Aku terpaku. Anisah merenungku, tetapi aku pantas menukar topik. Zemi? Hah!

Stesen Pam Minyak Esso

Aku dipeluknya erat-erat. Seperti tidak mahu melepaskanku. Aku pun membalas pelukannya seerat-eratnya.

"InshaAllah lepas ni kita boleh jumpa. Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi kan!" ujar Anisah.

"Kalau ada.... kalau tak ada?"

"Alala jangan cakap gitu... Nanti apa-apa Ain whatsapp Nisah la."

Dengan itu, aku memeluknya erat lagi. Bukan rindu pada dia sahaja. Pada abangnya juga.

Dari Mata Turun Ke JiwaWhere stories live. Discover now