Chapter 28: Terpaut Hati 🔞

14.8K 49 2
                                    

*** SAMBUNGAN DARI CHAPTER 25 ***

Emilia menerung kertas laporan DNA yang sedang berada di dalam genggaman tangannya. Air matanya mengalir membasahi pipi, menitis mengotori laporan tersebut, laporan yang baru sahaja meremukkan seluruh hati dan jiwanya.

Bukan dengan sengaja pun Emilia nak lakukan ujian DNA. Semuanya bermula apabila dia tiba-tiba mendapat jangkitan virus selsema. Tubuhnya yang selalunya sihat, menjadi lemah dan tidak bermaya. Mengambil langkah berjaga-jaga, Megat dan Zara terus mengejarkan Emilia ke hospital, takut-takut kalau anak tunggal mereka ini mendapat jangkitan H1N1 yang kini sedang berleluasa di serata dunia.

Entah dari mana Emilia mendapat jangkitan ini dia pun tak tahu. Tapi kesihatan tubuhnya terus merosot dengan mendadak sekali. Emilia dimasukkan ke dalam hospital swasta milik rakan baik Megat dan Zara, iaitu Rusdi dan Nurul. Memang Emilia mendapat layanan istimewa di situ. Untuk memastikan para-para doktor mengenalpasti jangkitan pada gadis itu, beberapa sampel tabung uji darah diambil untuk dianalisa. Semua jenis kuman dan virus diselidiki.

Doktor Lim yang merawat Emilia adalah merupakan pakar virulogi di hospital tersebut. Di dalam hasil penyelidikan yang dibuat oleh rakan-rakannya di CDC Amerika Syarikat, mereka telah menjumpai persamaan antara susunan reseptor H1N1 dengan satu rantaian khusus di dalam struktur DNA seseorang itu. Untuk memastikan yang Emilia tidak mempunyai rantaian khusus yang boleh menyebabkan dia terdedah dengan serangan H1N1, Doktor Lim telah mengarahkan agar sampel darah Emilia diuji sehingga ke peringkat DNA.

Tetapi apabila laporan DNA telah siap, lain pula drama yang muncul. Ini adalah kerana laporan DNA tersebut secara tidak sengaja telah membuktikan yang Emilia selama ini bukan lah anak Megat, tetapi dia adalah hasil dari benih bapa saudaranya sendiri, iaitu Raja Azril.

Luruh hati Emilia tatkala mendapat berita itu. Ayah yang menjadi tempat bermanja sejak dari kecil itu sebenarnya bukan ayah kandungnya. Ayah sebenarnya telah pun pergi menemui Ilahi 13 tahun yang lalu. Ayah yang sama jugalah ayah kepada Mentari. Bermaksud, Mentari bukan lah sepupunya, tapi dia adalah kakak sebapa.

Tapi yang membezakan Mentari dan Emilia ialah Mentari adalah anak yang sah antara Azril dan Erin, sementara Emilia adalah anak luar nikah akibat perhubungan haram antara Azril dengan ibunya Zara. Semuanya berpunca dari pembenihan sewaktu kedua-dua keluarga sedang menikmati percutian bersama di Damai Laut satu ketika dulu.

Akibat dari berita sedih itu, Emilia jatuh kemurungan. Di remuk-remuknya laporan itu dengan kecewa. Hatinya berduka kerana dirinya telah didusta. Yang paling sedih ialah sesalan layanannya pada Mentari yang dianggap olehnya hanya sebagai anak tumpangan, sedangkan dirinya dan Mentari sama sahaja kedudukannya.

Hari berganti hari, kesihatan Emilia beransur-ansur pulih. Dia sekarang sudah boleh bangun dan berdiri di dalam bilik wadnya. Tak perlu lagi disalurkan cecair intravenous ke dalam tubuhnya. Dia sekarang sudah boleh makan dan minum sendirian.

Kekuatan yang sedikit itu juga mendorong dia untuk melarikan diri. Dia sedih dengan perangai bongkaknya sebelum ini, sedangkan dia sendiri adalah anak tidak sah taraf. Mungkin itulah balasan dari Tuhan Yang Maha Adil. Dulunya dia membongkak sebab ada keluarga yang sempurna, sedangkan sepupunya, atau yang sebenarnya kakaknya Mentari hanya menumpang teduh. Rupanya dia pun tiada bezanya. Semua yang dilaluinya hanyalah penipuan pada dirinya.

Emilia membuka beg pakaiannya. Dileraikan baju hospital dan dipakainya baju biasanya. Kemudian dia menunggu waktu melawat tiba, yang mana ramai sanak saudara menziarahi pesakit-pesakit di hospital tersebut, maka senang untuk dia menyusup keluar di antara orang-orang ramai yang berpusu-pusu di koridor.

Perancangannya berjaya apabila dia dapat menyusur keluar hanya dengan membawa handbagnya sahaja.

Terus Emilia pergi ke bank dan mengeluarkan puluhan ribu ringgit wang tunai. Sekepul duit dimasukkan ke dalam beg tangannya. Dengan selamba, dia bergegas keluar membawa diri.

Sentuhan dari Syurga (Nonlinear)Where stories live. Discover now