20

544 101 196
                                    

special chapter morning

Tiga tahun berlalu..

"Berita hari ini, dikenali sebagai Lee Bangang atau lebih tak berapa mesra dipanggil Profesor Lee, telah ditangkap atas kes pengedaran dadah, perkosa budak bawah umur, mendera budak-budak serta satu kes cubaan membunuh. Lee Bangang, 30 telah dipenjara seumur hidup."

Seorang perempuan yang memandang skrin besar di bandar Seoul itu, tersenyum puas. Akhirnya, Profesor Lee sudah meringkup dalam penjara.

Setiap pagi ataupun petang, pasti akan muncul seorang demi seorang jejaka yang akan datang melawat Junghwan di hospital. Sekarang Junghwan dapat bertahan dengan hanya bantuan pernafasan.

Yoshi yang duduk di birai katil, memandang sayu Junghwan. "Hwanie, bila kau nak sedar? Kau tak rindukan kitorang eah?"

Tanpa Yoshi sedari, Doyoung masuk dengan perlahan, tak mahu ganggu Yoshi. "Eo Doy? Bila sampai?" Tanya Yoshi. Doyoung senyum. "Baru je tadi." Doyoung duduk di sofa single.

Hyunsuk, Jihoon dan Junkyu tiba lalu masuk ke bilik. "Awal korang sampai." Tegur Jihoon. Tidak lama kemudian, Mashiho dan Yedam tiba selepas habis kelas tuisyen.

"Ayo boys and gentleman— eah tak berapa nak gentle. Annyeong!" Jeongwoo masuk di ikuti Haruto, Jaehyuk dan Asahi.

Mereka mula berbual kosong. Bercerita perkara yang mereka lalui. Begitulah harian mereka setiap kali berkumpul beramai-ramai.

Pintu dibuka dari luar, seorang doktor bersama nurse masuk ke dalam. "Baguslah semua kawan Junghwan ada dekat sini. Saya nak tanya, kamu semua memang tak nak cabut oksigen Junghwan ke?

Tuan So dan juga Puan So sudah benarkan anak dia pergi. Junghwan dah tidur lama sangat. Cuma kamu 11 sahaja berkeras tidak mahu cabut bantuan pernafasan Junghwan."

Hyunsuk menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar lalu memandang doktor itu.

"Doktor, berapa banyak lagi duit yang kena bagi supaya jangan cabut oksigen Junghwan? Saya boleh bagi, doktor kata sahaja berapa. Kami semua akan tunggu sampai Junghwan sedar tidak kiralah berapa lama sekalipun.."

Satu bulan kemudian, Junghwan duduk di hadapan komputernya. Dia memandang lama aplikasi zoom meeting itu.

"Bbaa! Junghwanie! Jom makan! Jihoon hyung dan Mashiho hyung dah masakkan makanan kegemaran kau!" Ajak Doyoung. Mereka berdua berlalu ke dapur.

Junghwan duduk di meja. Dia memandang lama kabinet di hujung berdekatan peti ais. Miss Jennie melambai tangan ke arah Junghwan sambil tersenyum manis sebelum bayangannya mula menghilang.

"I give you two options, kill.. or be killed.."

"M-miss Jennie! Saya ada pilihan lain. Bagaimana dengan Miss J ambil nyawa saya? Miss J boleh balas dendam dekat Prof Lee dan.. jangan ganggu kitorang dengan pelajar lain."

Junghwan senyum tipis. Itu sahaja cara untuk buatkan Miss Jennie berhenti mengganggu pelajar lain yang tidak bersalah.

mystery zoom.Where stories live. Discover now