Kuatkanlah

0 0 0
                                    

Kuat,
Moga kuat dalam hentakan.
Biar terjatuh dirimu bukan sang perkasa.

Rasa lemah bukan tanda kalah.
Rasa lelah bukan mahu putus asa.
Kerna kau manusia, sempurnamu tiada.
Cuma kau harus tahu, Dia sentiasa ada.

Ada kala jiwaku mahu menjerit,
"Tuhan, aku terbeban! Berilah keringanan."
Namun, dalam sedar setiap sujud,
Apa pernah aku meminta,
"Rabbi, aku lemah, kuatkanlah."

250218, Good Memory, big Rice piano

Semesta JiwamuWhere stories live. Discover now