╰33╮

5.5K 284 126
                                    

Dahi aku berkerut saat cahaya terang menerobos masuk ke dalam kornea mataku. Hidung aku mengesan bau iodoform yang sangat kuat dan aku tidak sukakannya. Tak perlu tanya lagi aku di mana, terang terangan bau seperti ini hanya ada di hospital dan klinik.

Mata aku terpejam rapat saat mendengar dua suara lelaki di sebalik langsir yang memisahkan aku dan mereka. Suara yang pertama itu aku tahu itu Cikgu Nadhim tapi suara yang kedua aku tidak pasti. Mungkin rakan dia. Badan aku mengeras apabila langsir itu diselak.

"Siapa budak ni, Nahdim?"

Diam. Tiada balasan daripada Cikgu Nadhim untuk soalan lelaki itu. Tidak lama kemudian, kedengaran rakan cikgu Nadhim itu tergelak.

"Takkan perempuan simpanan kau kot bro?"

Betul lah tu.

"Dia isteri pertama aku."

Bersahaja balasan Cikgu Nadhim tapi cukup membuatkan hati aku berdetak laju. Rakannya pula sudah ketawa tidak percaya.

"kau biar betul ni? tak lawak la gila.."

"ada nampak aku buat lawak? kalau dah takda apa-apa, kau boleh berambus."

Terhenti ketawa lelaki itu mendengar suara Cikgu Nadhim yang bertukar dingin.

"ada apa-apa yang aku tak tahu ke?" dia menyoal.

"talk to you later. by the way thanks bro sebab dah selamatkan isteri aku tadi."

"O--okay no problem."

Lelaki itu membalas sebelum bunyi tapak kasutnya melangkah pergi. Suasana di dalam bilik itu bertukar sunyi. Hanya bunyi penghawa dingin yang menemani kami berdua.

"buka mata kau."

Cikgu Nadhim bersuara seolah-olah tahu yang aku sudah sedar dari tadi. Aku perlahan-lahan mencelikkan mata dengan gaya yang dibuat-buat seperti baru tersedar.

Aku merenung anak matanya dengan tatapan kosong sebelum pandangan itu beralih pada kondisi tanganku.

"Dah lama sangat hidup? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah lama sangat hidup? "

Aku hanya diam, tidak merancang untuk membalas kata-kata dia.

"i'm asking you Dhia." dingin dan datar sahaja dia bersuara. Aku dapat dengar keluhan beratnya pada hujung ayat.

"Saya dahaga." aku berkata sambil cuba untuk duduk. berkerut kening aku menahan pedih saat lenganku berdenyut kuat.

Aku hanya membiarkan saat cikgu Nahdim memegang belakang badan aku dan meletakan aku dalam posisi yang selesa. Kemudian segelas air dihulurkan kepada aku.

"Terima kasih." perlahan sahaja ucapan itu aku tuturkan.

"Aku--aku, minta maaf.. Aku tahu aku dah melampau." Cikgu Nadhim bersuara sambil matanya menikam tepat ke dalam anak mataku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TAKDIR DHIAWhere stories live. Discover now