15 ♡ M E L I S S A

509 52 5
                                    

  Melissa mendiamkan dirinya sebentar sebelum menyambungnya lagi

  "Tiada saksi yang mengatakan kami melakukan perbuatan seperti ini. Lagipun kalau mengikut logik , dalam masa antara pukul 7 pagi sehingga jam 8 pagi akan ada penjaga keselamatan yang meronda. Saya dan Adryan sampai pada pukul 7.15 pagi jadi dalam masa beberapa minit seorang penjaga keselamatan akan lalu jadi adakah sempat untuk saya dan tertuduh melakukan perkara yang tak elok?" Suara Melissa kedengaran sedikit menyinis. Beberapa saat suasana menjadi diam.

Melissa pasti soalan - soalan dan hujahan yang dberikan oleh dirinya kepada Cikgu Jamal berjaya membuatkan segala persoalan yang bermain di fikiran PK Hem itu terungkai.

  "Mengikut logik dan akal yang diberikan oleh tuhan kepada Cikgu , saya rasa Cikgu sendiri boleh kenal pasti sama ada saya menipu atau bercakap benar." Ujar Melissa lalu berjalan ke arah Adryan.

"Adryan ada nak tambah apa - apa sebelum kita beralih kepada Tengku Aqilah?"

"Takde , cikgu" Adryan menggelengkan kepalanya.

"Baik , Tengku Aqilah. Kamu ada apa apa yang mahu disampaikan?" Kalini tiga pasang mata memandang tepat ke arah Tengku Aqilah.

Tengku Aqilah hanya menundukkan kepalanya. Menyesallah tu.

"Takde cikgu"

"Baik. Adakah benar , kamu telah memfitnah Melissa dan Adryan?" Soal Cikgu Jamal tegas.

"Ya , betul cikgu." Dengan pengakuan Tengku Aqilah sudah cukup membuktikan bahawa Melissa dan Adryan tidak bersalah.

"Segala hukuman saya serahkan kepada Melissa Cassandra untuk selesaikannya. Apa sahaja hukumannya saya akan menurut" wajah Tengku Aqilah terus berubah sepenuhnya apabila mendengar bahawa Melissa yang akan memberikan hukuman kepadanya.

Dia tahu , jikalau Melissalah yang memberikan hukuman kemungkinan untuk hidupnya berakhir tersangatlah tinggi.

Melissa berjalan merapati Tengku Aqilah dengan senyuman yang sukar ditafsirkan pada wajahnya.

"Takpe , jangan risau. Aku akan bagi kau pilihan. Kau kan pernah tolong aku? Don't worry"  Ujar Melissa dengan nada biasa.

Wajah Tengku Aqilah yang menarik nafas lega membuatkan Adryan menayangkan wajah seram. Dia dapat rasakan pilihan itu bukanlah mudah.

"Tengku Aqilah , so ni pilihan untuk kau. Dengar baik - baik"

"First , Pindah jauh daripada Malaysia dan jangan ganggu hidup aku dengan Adryan atau kau boleh stay dekat Malaysia tapi pangkat datuk dekat ayah kau akan dilucutkan and korang akan hidup merempat. So , choose it" Mulut Tengku Aqilah terus ternganga kerana terkejut bercampur tidak percaya.

"What?! Noo , no!" Bantah Tengku Aqilah kuat.

"Pilih. Aku bagi kau masa 10 saat untuk fikirkan jawapan. Kalau kau tak dapat pilih dalam masa 10 saat , kedua - dua tulah hukuman kau" ujar Melissa dengan wajah yang tiada rasa serba salah.

Tengku Aqilah sudah memegang kaki Melissa tanda merayu.

"NOO , PLEASE MELISSA AKU MINTA MAAF"

"8 saat"

"NO MELISSA!" Sekali lagi Tengku Aqilah terjerit kuat menyuruh Melissa menghentikan hukuman itu.

"5 Saat"

"PLEASE MELISSA!!"

"Satu" Melissa mula mengira dengan wajah kosongnya.

"MELISSA PLEASE JANGAN BUAT AKU MACAM NI"

"Dua" rayuan Tengku Aqilah langsung tidak memberikan kesan kepada Melissa. Kiraannya masih diteruskan.

"Melissa , tolongla aku minta maaf sangat sangat. Aku merayu tolongla jangan" bunyi esakkan Tengku Aqilah sudah mula kedengaran.

Cikgu Jamal hanya menjadi pemerhati pada kejadian itu langsung tidak terasa mahu masuk campur.

"Tiga"

"Adryan tolongla aku please!" Tengku Aqilah cuba meminta bantuan Adryan.

Adryan yang tidak sampai hati melihat cuba memujuk Melissa.

  "Melissa janganla..." ayat Adryan dibiarkan tergantung apabila sepasang mata ular memandang tajam ke arahnya memberikan amaran supaya tidak masuk campur.

"Empat"

Semakin kuat jeritan Tengku Aqilah kepada Melissa.

"MELISSA!"

"Lima" Melissa terus menyudahkan kiraannya.

"Masa kau dah tamat. So sekarang ni kemas semua barang kau. Korang satu family boleh kemas baju and barang masing-masing lepastu berambus" Mata Tengku Aqilah terus membulat.

"NO! kau main-main je kan? Betul tak?" Soal Tengku Aqilah lalu memegang bahu Melissa.

Melissa menolak kedua - dua belah tangan Tengku Aqilah jijik.

"Siapa cakap aku main - main?" Soal Melissa kembali.

Tengku Aqilah terus membatu. Buntu.

 "PK Hem , I know you hear that right? Pindahkan maklumat pasal Tengku Aqilah ke sekolah lain secepat mungkin. Ini semua atas pilihan dia sendiri" arah Melissa kepada Cikgu Jamal. Cikgu Jamal menaikkan jarinya tanda OK.

"Aku bawak kes kau kat makhamah!" Melissa tergelak besar mendengar kata - kata Tengku Aqilah kepadanya.

"Makhamah? Kau ingat kau boleh menang ke?" Perli Melissa.

"Aku nak tau dalam masa 24 jam , rumah kau dah kosong and aku taknak tengok muka kau dah dekat depan aku. Kau nak pindah mana lantakla aku taknak tau. And luckily you don't know , memang syarikat family kau dah bankrup. Ayah kau hutang dengan aku so nak tak nak korang kena blah jela." Melissa terus menarik lengan Adryan mengikut langkahnya untuk keluar.

Tengku Aqilah terus meramas wajahnya tidak percaya dengan kata - kata Melissa,

"MELISSA!!" Jeritnya kuat.

"SEBELUM AKU JADIKAN KAU DENGAN FAMILY KAU HAMBA AKU , BAIK KORANG BLAH!" Kuat Melissa menjerkah sehingga ternaik bahu Adryan dan Cikgu Jamal.

Tengku Aqilah terus terduduk lemah di lantai bilik disiplin.

Melissa hanya memandang ke arah Tengku Aqilah tanpa setitik pun rasa kasihan diwajahnya.

"Baby , jomla kita pergi makan. Sayang laparla" ajak Melissa kepada Adryan sambil membuat muka comel. Pipinya dikembungkan sedikit.

Adryan yang tersentak kerana suara comel Melissa hanya menganggukkan kepalanya sahaja apabila ternampakkan isyarat Melissa. Sengaja.

"Ok , sayang. Jomlah , kita pegi makan ek?" Kata Adryan pula.

Cikgu Jamal menahan tawa manakala Tengku Aqilah membuat wajah bengang.

"Baby , tummy sayang hugryla" Melissa terus mengusap perutnya lapar.

Adryan mencubit sedikit pipi Melissa.

"Alolo , jom makan ek. Kesian tummy sayang baby lapar" ujar Adryan pula sambil membuat suara comel.

Melissa yang perasan pandangan Tengku Aqilah dan Cikgu Jamal ke arah mereka menjeling tajam.

"APA TENGOK - TENGOK? TAKDE KERJA DAH KE?!" Jerkahan Melissa membuatkan kedua - dua mereka tersedar.

"Kau , Aqilah , kalau aku nampak muka kau lagi kat sekolah ni esok memang mampos kau aku kerjakan!"

Kakinya terus melangkah pergi diikuti dengan Adryan.

MELISSA CASSANDRA : HIS BADGIRL ( IN EDITING )Where stories live. Discover now