f i v e

63 14 27
                                    

Pejam celik pejam celik, hampir setahun aku diami hospital ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pejam celik pejam celik, hampir setahun aku diami hospital ini. Hampir semua orang aku kenal dan kenal aku. Eh, aku kan patient paling kacak mestilah orang kenal ehe.

Dan hari ini, aku dah dibenarkan pulang ke rumah. Which means I can hug her real tight and never let her breathing again! Okey gurau. Serius gurau.

Pakaian aku diletakkan di dalam beg. Aku helakan nafas gemuruh dan meniup tapak tangan yang sejuk. Dah lama tak keluar. Apa dah jadi dekat luar sana tu ya?

Tok! Tok!

Aku toleh ke belakang dan nurse noona yang selalu jaga aku disini tersenyum kecil. "Semangar betul nak balik ya, Taehyung-sshi?"

Aku tersengih, segan.

"Nanti dah tak adalah orang nak mainan malam-malam hm?" usiknya. Aku ketawa kecil. "Ala noona ni. Janganlah macam tu. Tae janji Tae datang lawat noona dengan semua orang dekat sini."

Nurse noona angguk sahaja.

Bunyi riuh dari luar mencuri fokus aku. Kami berdua menoleh ke arah pintu. Tiga pasang mata bulat yang memandang aku buat bulu tengkuk aku menegak sekejap.

"Taehyung-ah!"

"Taehyung-ah sampai hati tinggal aku!"

"Kejam kejam kejam!"

Mereka bertiga terus meluru masuk dan peluk aku erat sampai aku hampir terputus nafas. Badan masing-masing ditolak jauh.

"Sampai hati kau. Dahla tak bagitahu! Ah, tak guna! Kenapa aku kenal kau dalam kehidupan ni? Hiks! Bencilah!" Park Jimin mengelap air mata palsunya.

"Entah kau! Siapa nak main tolak-tolak wheelchair sampai terlangkup dengan aku lepas ni!"

"Kook, kan orang dah kata bahaya." Nurse noona mencelah.

"Ih, takpelah noona! Kook redho kena tolak macam tu."

"Teganya kamu, Kim Taehyung. Sanggup buat aku begini." Jung Hoseok pula memegang dada, dramatik.

Dan macam dah dirancang, tangisan palsu mereka bertiga berirama.

"Ish, aku bukannya nak pergi perang! Rileks sudahlah. Aku balik je pun halah." Aku jawab tenang. Jungkook menumbuk lengan aku.

"Rileks, rileks. Ah tak kisahlah. Belanja aku coke dulu sebelum kau balik!" Jungkook memeluk tubuh.

"Haih. Kaki dah nak kena potong pun nak minum coke lagi. Noona potong betul-betul kang."

Gonna miss all of this.

✓ fly free | kth. Where stories live. Discover now