MIP 21 ☁

27.6K 1.9K 365
                                    


Dahlia keluar dari kelas, Ariana disebelah dari tadi lagi bising, entah apa yang seronok sangat harini.

" Ariana hang duk syok sangat harini dah kenapa?" Dahlia menyiku lengan ariana.

" Oh esok aku nakgi Melaka ahak." ariana menepuk tangan bibir terukir senyuman manis menampakkan gigi sebaris miliknya.

" Esok kau gi mana?" ariana pula menyoal.

" Aku? entah rumah ja kot rasanya."

" Weh cuti seminggu sebab dorang spm takkan kau duduk rumah je?" dahlia angkat bahu. Dia pun tak tahu lagipun Dryan spm takkan nak suruh dia keluar jejalan kot.

" Ala kau teman je dryan ha isteri mithali aaa gitu." kening ariana dijongketkan berkali kali.

Mengusik.

" Yala hang aku sepak satgi selalu tengok muka dia nak jaga padia." dahlia memeluk tubuh, mata jeling manja.

Sembang punya ralik sampai dah sampai depan pagar dah, dari jauh nampak kelibat Dryan dekat luar kereta sambil tangan seluk masuk dalam poket seluar. Lengan baju disinsing atas, haish.

" Oi dahlia oi oi." ariana menyiku lengan dahlia berkali kali.

" Hang terbisik bisik ni apahal gendut."

" Eh kau ni, tu laki kau vapuakla semart abe." mulut ariana memuncung ke arah Dryan.

" Weh aku rasa kita paling lambat keluaq aku balik dulu nah bye." flying dilayangkan kepada ariana, kemudian ariana menangkap flying itu dan letak ke dada.

Drama sangat.

" Late Ayana." dingin suara Dryan terdengar, marah mungkin?.

Dahlia masuk dalam kereta diikuti Dryan dibelakang dan pintu kereta tertutup.

" Weh Dryan hang marah ka?." soal Dahlia bila lihat kulit muka Dryan merah kemerahan, tengah panas kot tunggu mek ni lepas tiga puluh minit baru nampak muka.

" Sorry la." hujung baju Dryan ditarik tarik malah Dryan merentap kasar lengan bajunya terus pandangan dikalih ke arah luar. Dahlia mencebik.

Sah marah.

Dahlia menampar mulutnya perlahan, ' bengonglah hang ni dahlia.' desis hati Dahlia. Terkumat kamit membebel kat diri sendiri.

*

Dahlia merengus kasar, dari balik sekolah sampai sekarang Dryan tak buka mulut kalau jumpa kat dapur pun cepat cepat lelaki tu mengelak terus masuk bilik. Lama sangat ke aku biar dia tunggu situ?

Dia turun dari tingkat atas pergi ke ruang tamu, rancangan tv korea dibuka. Sedang dia melantak berbaring sambil tengok tv kelibat Dryan baru turun dari tingkat atas menyapa pandangan, baru sahaja ingin panggil dryan sudah naik ke atas semula.

Kening dahlia bertaut. Pelik. Takkan merajuk kot? Besar gitu pun merajuk? Tapi salah hang la dahlia tergedik keluaq kelas lambat sampai tak perasan dah

Dahlia mengetuk kepala sendiri. Kemudian sambung menonton tv, better tengok Lee Do hyun berlakon lagi semart. Hoho

*

Dahlia terjaga tengah malam, hujan lebat turun membasahi bumi. Mimpi pelik?

Air mata turun merembes penuh pada pipi mulus milik Dahlia Ayana, penuh seperti air terjun. Mimpi tu menakutkannya, macam betul betul berlaku.

' Nak ibuuu.' monolog dia keseorangan, tercebik bibirnya. Kaki menapak turun dari katil Queen tersebut. Tatak dia peluk erat, perlahan lahan dia melangkah keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik Dryan yang berada sebelah dengan biliknya.

Pintu dikuak perlahan, Dryan yang masih lagi bermain telefon mengalihkan pandangan pada seseorang yang baru masuk dalam bilik. Telefon dia letak tepi kemudian bangun dari perbaringan duduk bersila.

" Why Ayana?" lembut sahaja ton suara Dryan bercakap, muka Dahlia yang penuh dengan air mata dia tatap risau.

" Ayana come." tangan didepakan lantas Dahlia masuk dalam pelukkan Dryan. Dryan menyisir lembut belakang kepala Dahlia.

" Na-nanak ib-ibu.." meleret suara Dahlia, tersedu sedan dia menangis dalam dakapan Dryan mimpi tadi menguasai penuh dalam dirinya.

" Nanti kita jumpa ibu."

Dahlia geleng kepala berkali kali. Makin mencurah keluar air mata habis basah baju dryan.

" Kau mimpi ke Ayana?" soal Dryan. Pernah sekali ibu beritahu Dryan yang Dahlia terkadang akan bermimpi pada waktu malam lagi lagi masa hujan. Pelik?

Dahlia angguk, sepatah perkatan pun tidak keluar dari mulutnya.

" Sini baring." dryan bergerak sedikit ketepi menarik dahlia turut baring disebelahnya, tatak yang berada dalam pelukkan Dahlia, dryan tarik keluar kemudian dia letak hujung katil.

Dia menahan kepala Dahlia dengan lengan sebelah tangan lagi menepuk perlahan belakang badan Dahlia. Dahlia melilitkan tangan pada pinggang Dryan air mata yang tadi keluar sekarang tidak lagi.

" Dryan.."

" Hm."

" Janganla marahh.." suara serak basah Dahlia selepas menangis kedengaran dicuping telinga.

" Tak, tak marah. Sleep." dryan meneruskan tepukkan pada paha Dahlia seketika dahlia terlelap.

Dryan tersenyum kecil, kemudian dia turut terlelap.




















*

C || Mr. Ice PrefectWhere stories live. Discover now