"01"

11 3 0
                                    

Seorang gadis di dalam kelas 6 Cemerlang yang berusia 12 tahun itu termenung memandang tingkap. Tiada yang berani menegurnya kecuali seseorang.
Iya.

"Acha!kau ni kan,,boleh pulak kau tinggal aku!" Iya atau nama betulnya Wan Hazzara Aliya menjerit perlahan. Berani betul si Acha ni tinggalkan dia kat tandas tadi!

Asya hanya senyap. Sebaliknya dia meletakkan tangannya di atas meja untuk melapik kepalanya dan memejamkan mata. Tidur.

Iya merengus geram. Nak kena budak ni! Iya menggoyangkan badan Asya dengan kuat. Inilah akibat jika tidak melayan Si Cute Iya. Ehekss..

Asya menoleh. Tidak marah, sebaliknya dia mengeluarkan gula-gula 'Kopiko' dari poket baju kurungnya dan meletakkannya di atas meja Iya.

"Sorry" sepatah kata keluar dari mulutnya sebelum dia kembali termenung memandang ke luar tingkap.

"Ok,aku maafkan!" Iya tersengih.

Orang yang tak mengenali Asya akan memandangnya sebagai "Hantu". Aura gelap, kedudukan terakhir dalam kelas, dan jarang-jarang bercakap. Tapi Iya tahu,ada sisi baik dari diri Asya. Iya tahu sejak pertama kali dia bertemu Asya. Ketika Asya menyelamatkan Iya dari pembuli sekolah menengah. Sejak hari itu, Iya tekad! Dia akan jadi bff Asya.

✨✨✨

"Assalamualaikum,Asya dah balik." Asya membuang kasut. Dia bersalaman dengan neneknya dan masuk ke dalam bilik.

Selesai mandi,dia melilau mencari sosok ayahnya. Tak ade? Mesti...

"Ibu, Ayah pergi mana?" Acha bertanya kepada ibu tirinya.

"Ayah kamu keluar. Dia kata nak pergi kedai kawan dia." Ibu tirinya berkata.

Acha meneguk air liur nya pahit. Sudah tentu 'kedai' yang dimaksudkan adalah tempat berjudi mesin milik kawan ayahnya.

Cuma ada dua kemungkinan. Jika ayahnya menang, ayahnya akan pulang dengan gembira dan mood nya amatlah baik. Tapi jika kalah,mood nya akan menurun dan dia akan memukul Asya dan adiknya Ashraf tanpa sebab.

Tidak lama kemudian,Encik Amirulhadi pulang dengan wajah tersenyum dan bernyanyi kecil. Mesti menang. Bisik hati Acha.

Bukan Asya tak nak tegur ayahnya. Dia tak berani. Dia dah tak tahan dipukul. Dia tak mampu. Jadi dia diamkan sahaja.

"Eh,Asya buat apa kat depan pintu ni?" Encik Amirulhadi bertanya ramah.

"Asya nak pergi taman boleh?"

"Dah solat asar?"

"Dah."

"Pergilah,tapi sebelum pergi, ingatkan Ashraf untuk solat asar." Encik Amirulhadi berkata sebelum masuk ke dalam biliknya.

Asha berjalan ke arah bilik adiknya. Pintu diketuk tetapi tiada jawapan.

"Seraff,solat asar." Acha memanggil. Tiada jawapan.

"Ashraf,solat." Acha memanggil lagi. Masih tiada jawapan. Acha menarik nafas panjang. Dia menerjah pintu Ashraf dan melihat Si Putera kesayangan sedang membaca komik khusyuk.

"Muhammad Shahir Ashraf bin Amirulhadi! Solat asar." Acha menjerit kecil.

Ashraf berpaling. Oh,kakak panggil ke? Dia tersengih dan meletakkan komiknya ke tepi. Dia membuat gaya 'tabik' dan bergegas mengambil wuduk.

Asya menggeleng. Dia mengambil MP3 miliknya yang berada di dalam bilik dan bergerak ke taman. Apa dia nak buat kat taman? Just a round of jogging and dia akan berehat di bangku kegemarannya.

   °°°

Asya bernafas termengah-mengah. Dia mengeluarkan MP3 dari poket dan duduk di bangku. Dia memejam mata dan kadang-kadang memandang langit.

Tiba-tiba dia rasa ada seseorang duduk di bangku itu. Atau lebih tepatnya, sebelah dia.

Asya membuka mata. Kelihatan budak lelaki seperti sebayanya tengah mendengar lagu juga. Asya menepuk bahu budak lelaki itu.

"Mwo?" Budak lelaki itu bertanya.

Mwo?Korea betul ke Korea celup ni? Desis hati Acha.

"Bangku lain kan ada. Kenapa duduk sini?" Acha berkata.

"Tch,crazy." Budak lelaki itu berkata.

"Yah!kau kata aku gila?!" Asya geram. Ingat aku tak paham ke?

"Kau faham?" Dia bertanya.

"Fahamlah. Dah,pergi sana!" Acha menghalau.

"Ok,ok. Kau tak crazy. Btw,aku E.B.  12 tahun. Kau?" Budak lelaki itu mengenalkan diri. Tiber.

"Oh,ya ke?" Asya sekadar membalas pendek. Tak nak ambil tahu pun.

"Aku takkan duduk bangku lain kalau kau tak cakap nama kau." E.B. masih berdegil.

"Suka hati kau lah!" Asya bangun dari duduknya. Daripada layan budak ni baik di balik. Buat mood aku lagi melayang je.

Tidak disangka, Ashraf datang ke taman itu.

"Woi,kakak!" Ashraf memanggil namun Asya tak mendengar.

"Achaaaaaaaaaa!!!!!!!" Ashraf menjerit kuat. Membuatkan Asya berpaling sekaligus menggigit bibir geram.

"Oh,nama kau Acha ya? Ok! Aku akan ingat!" E.B. tersengih.

Asya bergegas pergi. Kau siaplah Seraff.. aku seret kau dari taman sampai rumah.

"Kau nak ape, Seraff?" Acha bertanya geram.

"Hehe. Jom kita gi makan aiskrim? Duit saku Seraff ada lebih. Jadi, Seraff nak belanja kakak." Ashraf berkata seraya tersengih.

Asya yang hendak marah itu tersenyum. Walaupun keluarga nya sedikit pecah belah dan kalut, walaupun ibu tirinya lebih membela Ashraf, Ashraf lah yang paling rapat dengan nya. Dan nama panggilan 'Seraff' itu juga cuma dipanggil oleh Asya.

Asya mengangguk sebelum memegang tangan adiknya untuk ke kedai runcit.

"Oh,tadi kakak cakap dengan siapa?" Ashraf bertanya.

"Takde sapa lah. Tak payah layan." Acha menjawab.

Ashraf hanya mengangguk. Tapi.. hmm, biarlah. Kakak kata tak payah layan.

-Akan bersambung


AsyaWhere stories live. Discover now