Permulaan

9 1 0
                                    

"MAMPUS AQUEH LAMBAT DH NI. HAAAA PAGI NI KELAS CG GARANG TUH".

Omel Alia apabila jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 7:32 am. Apalagi, Alia pun mengayuh basikal dengan lajunya untuk sampai ke sekolah dengan cepat. Walaupun jarak di antara rumah Alia dan sekolahnya dekat, tapi Alia sentiasa lambat. Sesampai sahaja di sekolah, seorang pengawas lelaki yang bertugas menahan Alia daripada masuk pintu pagar.

"Hm lewat lagi. Kalini alasan apa lak ?" , tanya pengawas tersebut.

"Eh suka hati aku lah nak lewat ke hape."

"Nyenyenyenye banyak la kau . Dah tulis nama sini. "

"Ey menganjing pulak kang jadi anjing baru tau." . Lalu, dengan gopohnya Alia menulis nama kerana dia tahu kelasnya pasti sudah bermula.

"Eh marah ke Sara Alia ? " perli si pengawas

"Makin dilayan makin menjadi ko ni, sehari tak kacau aku takleh ke ? k ah bye"

Pengawas yang bertag nama Amir menggeleng kepala melihat telatah Sara yang terlalu tergesa-gesa. Nasib baik crush, kata Amir di dalam hati. Rashid yang melihat Amir termenung ke arah Alia mencuit bahu rakannya itu .

" Agak - agak la kau ni " bisik Rashid perlahan supaya tidak dapat didengari Alia .

"Eleh. Kau pun sama je mat." balas Amir.

Usai menulis nama , Alia terus mengunci basikal di bangsal yang tersedia ada dan terus berlari ke kelas 4 Sanjut. Masuk sahaja dia ke dalam kelas itu, cg bariah mula menengkingya.

" LEWAT LAGIII !! APA NAK JADI DENGAN KAMU NI ALIA ?! " tanya Puan Bariah kepadanya .

" Maaf cikgu , saya terlajak tidur malam tadi " jawab Alia .

" Apa - apa sajalah . Sekarang buka buku teks muka surat 115 dan baca di hadapan kelas dengan KUAT."

 Alia hanya akur dengan kehendak gurunya. Sedang Alia membaca didepan, kelihatan Amir dan kawan-kawannya lalu dihadapan kelas 4 Sanjut setelah selesai bertugas di pagar sekolah.Alia tertentang mata dengan Amir tetapi dijelingnya juga. Amir tidak mahu mengalah dia pun menjelir lidah ke arah Alia

Cikgu Bariah yang melihat situasi tersebut terus menjerkah Alia.

 "Kamu ingat sini tempat nk bercinta ke."

Kemudian Cg bariah berkata kepada Amir sambil tersenyum, "Amir buat apa kat sini. Masuk lah kelas dulu ya"

" ceyh tadi bukan main garang . " rungut Alia di dalam hati menahan sabar dengan gurunya itu . Amir tahu niat sebenar Cikgu Bariah yang menginginkan restunya untuk bersama ayahnya. sebab itulah Cikgu Bariah selalu berbaik apabila bersama Amir.

Seusai itu , Puan Bariah menyerahkan kertas latihan pengukuhan kepada para pelajar di dalam kelas tersebut . "Siapkan dan hantar pada esok hari , letakkan di atas meja saya. Jangan ada sesiapa pun tidak menyiapkannya dan kamu Alia berdiri sampai habis kelas" sambung Cikgu Bariah . Amir ketawa mengkelekek melihat Alia dimarahi Cikgu Bariah. 

***********************************

Hampir seharian masa berlalu, kini waktu persekolahan sudah tamat. Alia berjalan melangkah ke arah bangsal basikal untuk mengambil basikalnya. Tiba-tiba ...

"Ish sape main baling batu ni. Igt lawak err" kata Alia dalam nada geram.
 
Sementara itu di belakang blok sekolah,

 "Wei wei wei kena la HAHAHA. Dia membebel do" ujar Amir.

"Bodola mir. Ni tak lama memang kau dapat karma instant." , Selaku sahabat yang selalu meneman Amir buat kerja gila, Rashid hanya menjadi tunggul apabila melihat perbuatan Amir yang tak jemu - jemu menjalankan misi 'memancing hati Alia'.

"Asalkan aku dapat TENGOK ALIA hari- hari pun tak kesah do kena karma. " Ujar Amir yang masih leka membaling batu kecil ke arah Alia.

"Ye lah" Balas Rashid pendek.

"Ish tak menarik ah baling batu. Cid, kau ada getah ?"

"Getah mana ? Bakal mak tiri kau tu, Cikgu Bariah pun bergetah wei HAHAHA "

"Kau kalau aku tepuk muka baru tau. Getahh laaa plis bebeh Cid ucuk cayang"

"Jap aku cari. Ha tu dalam longkang ada" Tunjuk Rashid tepat pada longkang. Apalagi Amir pun mengambilnya.

"Satu je ni aku ada. Harap kena la kat minah tu, " dengan sekali jentik akhirnya kena juga. Amir tersenyum lebar melihat Alia terkejut dengan jentikan tersebut. Alia melihat sekeliling dan terlihat Amir yang sedang 'gelak besar' dan turut berada disitu ialah Rashid. Mata Alia dipencilkan dan dia terus menapak ke arah Amir. Dicepuknya kepala Amir menyebabkan tawa Amir terhenti.

"Sedap ?! " Nada Alia naik seoktaf.

"Eh Alia la. Ehehe sorry. Aku nk jentik kucing tu je ha tapi terkena kat kau," Amir mula mereka-reka alasan yang mengarut. Sengaja nak tengok Alia marah - marah. Comel. Setiap kali Amir terkantoi mengganggu Alia, setiap kali itulah perkara sebegini berlaku.

"Kucing pun takde. Kau buat lawak apa mat songkok. "

"Lah janganlah maghoh. Jom aku belanja keropok makcik Peah. Nak ? Nak tak Nak tak Nak Nak tak" Lagenda mengatakan Amir masih menyebut Nak Tak. Alia malas untuk bertekak dengan Amir, jadi diterima sahaja tawaran Amir manakala Rashid yang jadi pemerhati turut ikut serta.

Maka, mereka bertiga pun mengayuh basikal bersama - sama. 

Setia AkuWhere stories live. Discover now