BAB 36

3.6K 272 20
                                    

     "SO, kalau Encik Harraz setuju, kita boleh usulkan perkara ini kepada ahli lembaga pengarah. Macam mana?" soal Marissa seraya mengangkat muka memandang Harraz. Kelihatan lelaki itu turut merenung dirinya.

Handsome.

Berkarisma.

Hati kecil Marissa memuji. Baru dia perasan kacak juga Harraz ni eh?

Yalah, macam mana nak perasan kalau sebelum ni kau butakan mata dan hati. Yang kau tau nak balas dendam aje dekat dia.

Sedang hati memuji, otak pula memerli. Tanpa sedar, Marissa mencebik bibir. Kurang asam!

"Thank you," ucap Harraz tersengih-sengih sumbing.

"Huh?" Muka blur jelas kelihatan. Tiba-tiba berterima kasih dah kenapa?

"For the compliment. Handsome," balas Harraz perasan. Keningnya terangkat melihat Marissa yang menjuihkan bibir itu. Barangkali jengkel dengannya.

Psychic. Macam tahu-tahu je apa yang sedang Marissa fikir tika ini. Menyesal pula puji! Namun, terbit juga rasa malu kerana lelaki itu dapat membaca fikirannya tadi. Haish, kantoilah dia puji Harraz!

"Perasan!" gumam Marissa perlahan. Mata menjeling Harraz yang masih tersengih.

"Back to our discussion, Encik Harraz ada sebarang bantahan? Jika tidak, saya boleh terus usulkan perkara tadi kepada ahli lembaga pengarah. So, how?" soal Marissa kembali kepada topik asal mereka. Kedua belah tangannya diletakkan di atas meja sambil menanti Harraz untuk membuka mulut.

"Nope, proceed macam apa yang kita dah bincangkan tadi," jawab Harraz seraya menggelengkan kepalanya. Penutup botol mineral dibuka lalu diteguknya.

"Okey. Kalau macam tu, sampai sini sajalah meeting kita hari ini." Marissa mula bangun. Harraz yang masih duduk itu dipandang. Hello, taknak balik ke?

"Anything else, Encik Harraz?" tanya Marissa apabila lelaki itu masih membatukan diri di tempat duduknya.

"Boleh kita ke kafe sekajap? Minum petang bersama? No worries, aku belanja," ujar Harraz tak semena-mena. Marissa yang sedang berdiri itu dipandang lama. Mengharapkan bibir merah itu akan bersetuju dengan ajakannya.

Bibir digigit. Sebolehnya dia tidak mahu berlama-lama dengan Harraz. Sesak dadanya apabila berdua-duaan dengan lelaki itu. Bilik mesyuarat yang besar dan luas ini pun boleh jadi sempit bila dia dan Harraz saja yang ada. Apatah lagi untuk menerima ajakan lelaki itu? Oh, tidak! Marissa tak mahu.

"I'm sorry, tapi petang ni saya ada hal lain nak kena buat. Maybe next time?"

Next time konon. Sengaja mencipta alasan Marissa ni. Sebabnya nak lari daripada Harraz.

"Next time? I don't think so. Why not kita keluar saja petang ni? Aku tak rasa hal kau tu terlalu mustahak kan? Atau kau nak mengelat daripada aku, hmm?" tebak Harraz mengena tepat pada batang hidung Marissa.

Diam. Terkunci terus mulutnya daripada sebarang suara.

"Saya rasa tak perlu kut. Kalau Encik Harraz ada hal penting nak cakap, kita boleh je discuss di sini," tolak Marissa sekali lagi.

Keluhan berat dilepaskan oleh Harraz. Kini, dia sudah berdiri menghadap wanita itu. Mata bertentangan buat seketika. Menzahirkan rasa yang ingin disampaikan kepada Marissa.

"Tak boleh," singkat balasannya. Hal peribadi tidak sepatutnya dibincangkan di pejabat.

"Kenapa pula? Saya rasa tak ada isu pun kalau kita bincang dekat sini."

1.0 | DENDAM CINTA [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now