0.17| her perfect senior

381 59 142
                                    

Tok Tok Tok! Seokjin mula memulas tombol pintu bilik apabila tidak mendengar sebarang balasan daripada sang anak. Dia tersenyum tipis sebaik sahaja melihat Chaerim sudah baring meringkuk membelakangi pintu dengan tubuh yang diselubungi selimut. Tubuh gadis itu sedikit bergetar, mungkin sedang menangis.

"Chaerim." kaki Seokjin mula menapak ke dalam bilik lalu punggung dilabuhkan di tepi katil. Dia menghela nafas, tidak tahu untuk memulakan cerita daripada mana. "Maaf sebab tipu kau... Aku sebenarnya bukan ayah kau."

Seokjin meremas sekeping gambar yang berada di tangan. Semua tragedi yang menimpanya 16 tahun yang lalu kini kembali berputar di ingatan. Seokjin sebenarnya mahu melupakan hal ini. Kerana itu dia tidak pernah menceritakan perkara yang sebenar kepada Chaerim.

"Mama kau, Bae Daerin... Dulu, dia girlfriend aku. Aku sayang dia. Tapi perangai dia liar sikit. Suka keluar malam, selalu mabuk, kuat merokok." Seokjin menjeda ayatnya, lalu dia terkekeh perlahan. "-tak sangka anak dia ikut perangai dia."

Chaerim masih diam. Tubuhnya sudah berhenti bergetar, cuba mendengar penjelasan Seokjin dengan jelas.

"But one day, she's pregnant. Dia tak tahu siapa ayah kepada baby tu sebab dia mabuk... Sebabkan waktu tu aku ni boyfriend dia, keluarga dia datang merayu dekat aku untuk kahwin dengan Daerin. Diaorang tak nak nama keluarga diaorang tercemar. Sebabkan aku sayang dekat Daerin, jadi aku setuju. Berpura-pura dan bertanggungjawab macam aku ni ayah sebenar kepada anak yang ada dalam perut Daerin... Kau lah baby tu, Kim Chaerim."

"Of course keputusan aku ni dapat bantahan daripada ahli keluarga, terutama aunty Yoona. Aku tahu yang dia cuma nak aku bahagia. Tapi waktu tu aku degil. Aku tetap kahwin dengan Daerin. Lagipun Daerin dah janji nak berubah." senyuman di wajah Seokjin menghilang, gambar tadi ditenung lama.

"Tapi lepas beberapa bulan, perkahwinan kami tak bahagia. Kau hampir mati sebab dia kembali mabuk macam dulu. Dia langsung tak kisah pasal kau. Kitaorang bergaduh. Lepas je kau lahir, kitaorang bercerai. Dia ikut jantan lain, tinggalkan kau dengan aku."

"Aku tahu kau selalu dengar cerita yang kitaorang berpisah sebab aku ni playboy. Curang kat belakang dia. Tapi sebenarnya semua tu salah, dialah yang pergi tinggalkan aku.... Maaf sebab tak bagitahu benda ni dari awal. Aku cuma tak nak kau rasa tersisih."

Seokjin tersenyum tipis. Kepala dipusingkan ke belakang, menatap ke arah Chaerim yang masih diselubungi selimut. Dia ingin bergerak untuk memberi satu kucupan pada kepala gadis itu, tetapi entah mengapa dia tiba-tiba berubah fikiran. Dia terus menjauhkan wajahnya dari Chaerim.

"Aku dah cuba yang terbaik... Maaf kalau aku gagal jadi ayah yang sempurna untuk kau."

Selepas mengatakan itu, Seokjin terus berdiri lalu melangkah ke luar bilik. Sebaik sahaja pintu bilik ditutup rapat, Chaerim terus bangun. Menatap ke arah pintu sebelum matanya tertumpu pada sekeping gambar yang ditinggalkan di tepi katil.

Ianya gambar Seokjin bersama seorang wanita. Chaerim sangat yakin wanita itu ialah ibunya, Bae Daerin. Perlahan-lahan jarinya mula bergerak untuk menyentuh gambar sang ibu. Tanpa sedar, air matanya jatuh menitik.

.
.

Yoona menangis di dalam bilik, manakala Tuan Choi dari tadi cuba menenangkan sang isteri. Belakang badan Yoona diusap perlahan. "Sayang, dah lah... Jangan macam ni. Dah sebulan kita tak jumpa Yeonjun, tak kan lah awak nak diamkan dia macam tu je? Awak tak rindu dia?"

"Saya kecewa."

"Benda dah jadi, sayang. Dia still remaja, kita boleh betulkan apa yang salah sebelum terlambat. Dia pun dah mengaku salah. Awak sepatutnya ajar dia cara hadapi masalah yang dia dah buat. Bukan diam je macam ni. Ni buat awak semakin jauh dan tak kenal dengan anak sendiri. Awak kena bercakap dengan dia."

just into you ; yeonjun √Where stories live. Discover now