i .

37 7 0
                                    

" sunoo, aku ada hoodie. ada perempuan bagi masa valentine haritu.. hmm aku tak suka sangat hoodie " sunoo terkejut dan tersenyum.

" thanks sunghoon, susah susah je " balas sunoo.

sebulan sunghoon disini dia semakin rapat dengan sunoo membuatkan riki tak selesa. sunoo kawan rapatnya dah tak berminat dengannya.

rasa benci dekat sunghoon makin menjadi jadi. tetapi dia juga sedar bahawa itu pilihan sunoo. kalau sunoo mula menyisihkan dia mesti sunoo mahu dia pergi.

riki hanya mampu memendam perasaannya. mungkin dia memandang sunoo lebih daripada seorang kawan...

dan itulah yang membuat dia berdendam dengan sunghoon. sunoo dan riki telah berkawan dari sunoo berisi hingga sunoo berbadan ala ala model. jadi sepatutnya dia lebih layak untuk sunoo, bukannya sunghoon.

langkah kaki riki menjadi berat untuk kembali ke biliknya yg dia kongsi dengan sunoo. malah dia keluar pada malam itu tanpa kebenaran. mungkin dia terlalu obses dengan Kim Seonwoo.

" anak.. " panggil seorang pakcik berpakaian lengkap dengan blazer hitam dan briefcase. riki memandang atas bawah.

" jika anak berminat, jom la main dengan pak-" riki memeluk pakcik tersebut. air matanya jatuh. pakcik terkaku, berfikir nak peluk balik ke tak.

riki menceritakan segala galanya tentang masalah dia dan sunoo yang menganggu fikirannya. pakcik itu tumpang simpati, niatnya ingin memberi kad syarikat permainannya terbatal.

" takpe lah budak, tuhan dah susun semuanya cantik cantik "

bread . csb ; pshWhere stories live. Discover now