II

44 15 32
                                    

Kau nampak tak, apa yang baru berlaku tadi? Sebab otak aku tak boleh nak faham apa yang Uncle Johnny baru kata

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Kau nampak tak, apa yang baru berlaku tadi? Sebab otak aku tak boleh nak faham apa yang Uncle Johnny baru kata.

D-Dia.. Dia nak jumpa aku?! Sekejap, mimpi ke ni? Aku berhalusinasi ke?

Aku menampar pipiku dua kali, berharap ianya satu mimpi tapi— tamparan itu benar-benar menyakitkan.

Suara Uncle Johnny yang menyuruh aku untuk menunggu dia selepas majlis tamat masih bermain di dalam kepalaku.

"Uncle Johnny nak cakap sikit dengan Jaban lepas ni. "

Apa sebenarnya dia nak cakapkan?

•••

"U-Uncle Johnny.." Jaban sudah mula berfikiran negatif saat terlihat mereka sudah menjauhi dari majlis dan makin bergerak laju ke dalam hutan tebal itu.

"Uncle Johnny.. Uncle Johnny nak cakap pasal apa? Kenapa.. Kenapa kita kena masuk dalam hutan ni?" Johnny berhenti.

Dia menoleh belakang lalu berkata, "Jaban, kamu percayakan uncle, kan?"

Buat seketika, Jaban terdiam. Dia menjadi keliru, tak tahu nak percayakan lelaki itu atau tidak.

Johnny yang perasan akan perubahan minda Jaban, terus memegang kedua belah tangan perempuan itu.

"Percayakan uncle?"

Akhir-akhir, Jaban menggangguk. Johnny tidak menunggu lama, pantas dia menarik tangan Jaban, menyuruh budak perempuan itu untuk duduk di atas sepohon pokok yang telah ditebang.

"Jaban, do you really love me?"

Tanpa banyak soal, Jaban menggangguk laju. Rambut budak perempuan itu diusap perlahan.

"If you love me.." Jaban terbuai dengan cara Johnny menggerakkan tangannya, menyentuh wajahnya kemudian beralih pada pipi perempuan itu.

"..Would you do anything for me?" bibir wanita itu disentuh lembut sebelum dia mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Jaban.

Dengan satu ayat terakhir yang keluar dari bibir Johnny, kelopak mata Jaban terus terbuka. Lalu, matanya bertentangan dengan iris mata milik Johnny.

Mereka bertentangan mata buat beberapa minit tanpa berinteraksi sebelum Jaban mengalihkan pandangannya dan perlahan-lahan mengganggukkan kepala.

Ya. Dia sudah sedia untuk memberikan segalanya. Cinta dia pada lelaki itu.

"Saya sanggup, Uncle Johnny."

Johnny tersenyum lebar. Dahi wanita itu dicium sekilas. Kepalanya mendongak ke atas langit, sambil bibirnya terkumat-kamit membaca apa entah.

Sekejap saja semua kemanisan itu berlaku sebelum tangan Jaban terus ditarik ke dalam lopak lumpur, cahaya bulan menerangi kawasan itu, Johnny membuat budak perempuan itu berputar dengannya selama 6 kali, berbisik sesuatu yang tidak Jaban fahami, sebelum tiba-tiba.. BUK!

Tubuh mereka jatuh dengan sendirinya ke dalam lopak lumpur itu.

•••

Jaban terbangun saat merasai seluruh badannya berasa sejuk. Uncle Johnny. Nama lelaki itu yang terlintas didalam kepalanya dahulu.

Budak perempuan itu melihat sekeliling, tiada langsung kelibat Johnny.

Dia cuba untuk bangun dari lumpur itu, tetapi aksinya terhenti saat melihat melihat wajah Johnny yang disayangi, kini sudah tidak lagi pucat seperti didalam majlis perkahwinan tadi.

Kini, wajahnya memiliki dua tiga kesan luka, air peluh dan darah bercampur, mengalir keluar dari luka-luka pada tubuh badannya.

"Uncle Johnny? Apa yang terjadi?" Soal Jaban tapi langsung tidak dibalas Johnny. Seakan lelaki itu pekak.

Tiba-tiba, lelaki itu mengangkat beg tangan Jaban sebelum mengambus beg tangan itu didalam semak samun yang tebal.

Jaban berkerut dahi. Sudah hairan, apa yang mahu dibuat oleh Uncle Johnny kesayangannya ini? Kenapa dia sorokkan beg tangan perempuan itu sedangkan wanita itu betul-betul berada dihadapannya?

"Uncle Johnny..?" tidak dijawab lagi. Sebaliknya, lelaki itu sedang kelam kabut mahu keluar dari kawasan hutan ini. Dari situ, buatkan Jaban mula berfikiran lain.

"Uncle Johnny nak pergi mana? Uncle Johnny, kenapa Uncle Johnny macam tak nampak saya? Uncle!"

Angin bertiupan kencang, pokok-pokok sudah bergoyang kuat, binatang-binatang didalam hutan sudah mula menangis, oh sanggup Uncle Johnny kesayangan meninggalkan dia?

Johnny melihat sekeliling, sebelum kepalanya menggeleng perlahan. "Uncle minta maaf Jaban.." nada suara Johnny kedengaran simpati tapi masih tidak melihat wajah Jaban. Dia seakan tidak dapat melihat perempuan itu.

"Tapi kamu dah setuju dengan perjanjian ini. Uncle tak boleh buat apa-apa selain teruskan hidup HEHEHE!" Sebelum nada simpati itu bertukar dengan tawa yang sarkastik.

Mata Jaban membulat besar saat mendengar ayat yang keluar dari mulut Johnny.

"A.. Apa maksud Uncle? Uncle Johnny, kata nak bersama dengan saya, kenapa Uncle— oWAAH!" dia melihat ke arah tangannya, yang kini sudah tinggal tulang. Badannya sudah mereput, melihatkan tulang rangkanya sahaja. Tiada lagi degupan jantung, kini yang tinggal cuma lah tulang rangka.

Johnny mula ketawa apabila melihat pokok-pokok didalam hutan itu bergoyang lebih kuat, seperti Jaban sedang menunjukkan perasaannya selepas mendengar ayatnya.

Johnny menunduk, simpati.

"Hm, kesian kau. Disebabkan cinta terlarang kau, kau sanggup beri nyawa kau pada aku. Pada aku!"

Walaupun sudah tiada organ dalaman, Jaban masih dapat rasakan jantungnya seakan pecah tatkala mendengar ayat dari cinta hatinya sendiri.

"Aku tak sangka benda ni akan berhasil tapi ianya berjaya. Aku hidup kembali! Ugh, kau tak tahu betapa lamanya aku menahan rasa mahu ada degupan jantung semula! Terima kasih, Jaban. Kau memang anak perempuan Tuan Park yang boleh diharapkan. Sayangnya, kau bodoh. HAHAHAHA!" Johnny tergelak besar, langsung tidak menghiraukan perasaan budak perempuan yang sudah menjadi kambing hitamnya.

"U—Uncle Johnny! Kenapa saya? Kenapa?!" Jerit Jaban, kali ini dibawa keluar segala rasa marah, tiada lagi perasaan yang digelar 'cinta'. Johnny tidak membalas, sebaliknya dia mula ingin melangkah, keluar dari hutan itu.

Tapi dia berhenti. Berpaling kebelakang, dia berkata,

"Oh iya, Jaban. Benda yang aku nak cakapkan pada kau selepas majlis tu.."

"The living and the dead can't be together. That's the rules of the after death, dear."

Jaban terkaku. Jantungnya yang sudah tidak berdegup, tapi dapat dia rasakan seakan ia dicucuk pisau. Ditembak dengan senapang patah.

Kerana orang yang sudah mati tidak boleh bersama dengan orang yang masih hidup.

"Apa yang aku dah buat.. Tidak. Papa, omma, Syundail.. Tidak!" Jaban menggelengkan kepalanya, memandang ke arah tangannya yang kini sudah bertukar menjadi tulang sahaja. Dia melepaskan segala emosi yang kini dirasai. Menangis. Meraung. Marah. Sedih. Kecewa. Menyesal. Kerana sudah tiada lagi perasaan cinta yang dirasakan terhadap lelaki tidak berhati perut itu. Uncle Johnny kesayangannya.

Semuanya berlaku kerana Uncle Johnny. Tidak, bukan kerana Uncle Johnny sahaja, tapi dirinya juga yang melulu buat keputusan. Jaban melihat ke hadapan, kelibat Uncle Johnny nya sudah tiada. Dia sudah pergi. Dia lari. Meninggalkan Jaban yang sudah tinggal tulang dan tengkorak.

He betrayed me. Rejected me. Humiliated me. Left me in the woods. Alone. Ashamed. And.. Turns me into ... the dead.

..Shouldn't have exactly done that.

NEXT>

How To Be A Bride? | JohnnyDove le storie prendono vita. Scoprilo ora